Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Sunday, March 07, 2010

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT



Taubat sebelum terlambat. Mungkin esok atau bila-bila masa saja Malaikat Izrail boleh mengambil nyawa kita. Bayangkan kalau diri kita dipenuhi dengan segala dosa besar atau sekecil zarah.

Pernah dulu ada seorang kawan yang sama-sama berkhidmat dalam tentera. Beliau berkata...

"Segala dosa besar dia pernah buat semasa dalam perkhidmatan. Adakah Allah SWT akan mengampunkan dosanya"

Jadi aku pun berkata kepadanya! Kalau dibanding dengan kisah seorang hamba Allah pada zaman Rasulullah SAW, dosa dia lagi banyak dan lebih dasyat perbuatannya masa hidup tapi Allah SWT ampun juga.

Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur selepas jenazah baru ditanam ditanah perkuburan. Hamba Allah ini akan mencuri kain-kain kapan dari jenazah dan dijual untuk menyara hidup. Dibiarkan jenazah dalam keadaan bogel selepas itu. Kalau jenazah itu seorang wanita cantik, hamba Allah ini akan setubuh jenazah tersebut, dan perkara ini telah diketahui oleh sahabat Rasulullah SAW akan perbuatannya.

Pada suatu hari hamba Allah ini meninggal dunia, tidak seorang pun sahabat-sahabat Rasulullah SAW mahu menolong atau membantu untuk menguruskan pengebumian jenazah hamba Allah ini kerana terlalu banyak melakukan dosa semasa hidupnya. Mendengar akan perkara ini Rasulullah SAW pergi menguruskan jenazah hamba Allah ini.

Semasa mengusung jenazah hamba Allah ini ke tanah perkuburan, sahabat-sahabat melihat dari jauh dan ternampak Rasulullah SAW terlompat-lompat semasa mengusung jenazah ke tanah perkuburan.

Selepas selesai Rasulullah SAW mengurus jenazah hamba Allah ini, maka sahabat-sahabat pun bertanya mereka kepada Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, kenapa semasa Ya Rasulullah SAW mengusung jenazah hamba Allah itu, kami nampak Ya Rasulullah terlompat-lompat, Maka Rasulullah menjawab! Semasa mengusung jenazah hamba Allah itu, sekalian malaikat berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya kerana hamba Allah ini adalah ahli syurga"

Terkejut semua sahabat-sahabat. Rasululah SAW memberitahu kepada sahabat-sahabatnya. Dalam masa hidupnya, dalam setahun, dalam bulan Rejab hamba Allah ini tidak melakukan maksiat, malah beliau hanya melakukan solat taubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT atas perbuatannya. Maka Allah SWT pun mengampunkan segala dosa-dosanya sebelum beliau mati.

Jadi sebesar-besar mana pun dosa kita dengan Allah SWT nescaya diampunnya. Tidak termasuk dosa-dosa sesama manusia tidak diampun oleh Allah SWT jika selagi seseorang itu tidak diampun oleh insan lain. Jadi mulai saat ini marilah kita sama-sama melakukan solat taubat sebelum terlambat. Jika terdaya lakukan tiap-tiap siang atau malam jika kesempatan selama sebulan.

----------------------------------------------------------------------

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat

2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi

3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan

4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya

5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

a. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrimutk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

b. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”(Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

c. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran atau Ayat Kursi (11 kali).

d. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

e. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),




Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”


f. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,


Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.


g.dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa) Muhammad Isa Selamat

Ingatan bagi pelupa: Mengambil iktibar cabaran dilalui nabi ketika berdepan kesusahan

MANAKAH yang besar penderitaan kita dengan penderitaan Nabi Adam? Yang dalam syurga bersenang-senang dengan isterinya, lalu disuruh keluar. Manakah yang susah penderitaan kita dengan penderitaan Nabi Nuh, yang menyeru umat kepada Islam, pada hal anaknya enggan mengikut?

Hingga seketika disuruh Tuhan segala ahli kerabatnya naik perahu, anak itu tidak ikut. Malah sama karam dengan orang ramai di dalam gulungan banjir di hadapan matanya. Kemudian datang pula ketetapan Tuhan anak itu bukan keluarganya.

Pernahkah kita lihat cubaan serupa yang ditanggung Ibrahim? Disuruh menyembelih anak untuk ujian, ke manakah dia lebih cinta, kepada Tuhannya atau kepada anaknya?

Yaakub dipisahkan daripada anaknya Yusuf. Yusuf diperdayakan seorang perempuan. Ayub ditimpa penyakit parah. Daud dan Sulaiman kena pelbagai fitnah. Demikian Zakaria dan Yahya, yang memberikan jiwa mereka untuk korban keyakinan. Isa Al-Masih pun demikian pula. Muhammad lebih-lebih la


Pernahkah mereka mengeluh? Tidak, kerana mereka yakin kepercayaan kepada Tuhan menghendaki perjuangan dan keteguhan. Mereka tidak menuntut kemenangan zahir kerana mereka sudah menang.


Mereka memikul beban seberat itu, menjadi Rasul Allah, memikul perintah Tuhan kerana mencintai manusia. Sebab itu mereka tempuh kesusahan, pertama membuktikan cintakan Tuhan, kedua menggembleng (mengekang) batin, ketiga kerana rahim yang sayang segenap umat.

Apakah lagi yang akan kita keluhkan apabila berdepan cubaan? Sehingga manakah baru darjat kita, dibandingkan dengan nabi? Mari kita tempuh liku hidup, mari kita berjuang, bersabar, bertawakal dan berani menurut contoh nabi.

Hadith :Larangan Berkhalwat



Hadith :


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”

(at-Tirmidzi)

Huraian:

1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.

2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.

3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.

Mengenai Mengantuk dan Tidur





Mengenai Mengantuk dan Tidur

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren;Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kesihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik.

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah .

Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman. (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya,
Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang.

Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."

(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.
Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Sebarkan Artikel Ini" src="ttp://i295.photobucket.com/albums/mm128/imran35/Untitled-1-1.gif">

Khasiat dan mudarat tongkat ali




Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga dan ingin cepat kaya dan seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang ditawarkan. Kenapa?''

Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang Melayu dengan produk prosesan hasilan herba.

Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu akan kebenarannya.

Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan sampingan produk yang mereka gunakan.

Beliau yang ditanya mengenai khasiat tongkat ali dan kacip fatimah untuk meningkatkan kehebatan dan tenaga berkata, kajian menunjukkan memang produk berasaskan tumbuhan tersebut mempunyai kesan positif tetapi ada pihak mengambil kesempatan mengkomersialkannya dengan cara yang salah.

''Saya tidak nafikan ada kajian mengesahkan khasiat kedua-dua herba popular itu, malangnya ia menjadi momokan dan permainan gimik.

Malah katanya, beliau kagum dengan orang terdahulu yang berjaya menemui khasiat produk tersebut sedangkan belum ada kecanggihan peralatan ketika itu untuk meneroka khasiatnya.

Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan kedua, adakah produk tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya.

Katanya, cara memproses, boleh menimbulkan persoalan kerana ada pihak mungkin hanya mengisar tongkat ali berkenaan untuk dicampurkan dalam minuman.

Sedangkan katanya, cara terbaik ialah mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan.

''Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan ini membahayakan tubuh pengguna,'' katanya.

Malah orang Melayu kata beliau, boleh pupus jika menggunakan produk yang memudaratkan kerana ia boleh merosakkan organ peranakan.

Persoalan kedua, ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali sedangkan kuantitinya sangat sedikit.

Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malayusia (FRIM) menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan.

Justeru beliau mahu agensi berkaitan, mengambil langkah perlu untuk menetapkan peraturan supaya jumlah minimum tertentu diperlukan bagi mengesahkan minuman tersebut memang mengandungi tongkat ali sebagai contoh dan mana-mana pihak yang tidak mematuhinya dianggap penipu.

Lebih mendukacitakan, sesetengah syarikat menggunakan testimoni untuk mengesahkan kehebatan produk mereka dan inilah yang mengundangkan minat pengguna.

Beliau berkata, trend ini semakin menjadi-jadi apatah lagi terdapat tawaran tertentu untuk menjadikan penggunanya kaya.

Beliau berkata, menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi memang semakin menjadi trend di peringkat global disebabkan kecenderungan manusia kini untuk melakukan pencegahan penyakit berbanding rawatan, khususnya herba.

Dalam hal ini, Malaysia mempunyai kelebihan kerana memiliki kekayaan hutan atau biodiversiti yang boleh dimanfaatkan.

Bagaimanapun, menjadi cabaran saintis Malaysia untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan mengenai khasiat tumbuhan herba dan peruntukan untuk tujuan tersebut perlu ditambah.

Satu lagi masalah yang timbul ialah perbuatan pengilang yang mencampurkan banyak jenis herba dalam satu jenis produk dengan mendakwa yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

''Adakah ini telah dibuktikan secara saintifik atau hanya ilmu tradisional sedangkan kajian mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu," ujar Ramlan.

Perbuatan untuk mengkomersialkannya secara melulu ini ibarat menculik ilmu yang sepatutnya dipelajari terlebih dahulu.

Satu lagi penyelidikan yang perlu diperhebatkan ialah menghasilkan sebatian piawai yang boleh dijadikan rujukan dalam menghasilkan produk tongkat ali dan kacip fatimah pada masa akan datang.

Berdasarkan kajian kata Ramlan, tongkat ali mempunyai banyak khasiat antaranya meningkatkan hormon lelaki dan dikatakan mampu membantu menguruskan badan.

Khasiat tongkat ali

Khasiat ini disokong oleh satu kajian di Amerika Syarikat. Justeru, pada mana-mana produk, ia sepatutnya sama kemujarabannya walaupun diambil daripada pokok herba tertentu dari sumber yang menggunakan ekstrak piawai yang berlainan.

Sementara itu, salah sebuah institusi penyelidikan yang terlibat dalam kerja-kerja makmal mencari khasiat tongkat ali ialah FRIM.

Tongkat ali (Eurycoma longifolia) adalah dari famili Simaroubaceae telah digunakan secara tradisional oleh kaum Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi.

Ia digunakan secara tradisional sebagai agen penggalak seks (apphrodiasiac) dan untuk meningkatkan kesihatan badan.

Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, penyelidikan tersebut bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut.

"Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di namakan eurikomanon dan juga sebatian aktif," katanya.

Pelbagai sebatian kimia dalam tongkat ali telah diasingkan dan dikenalpasti. Pencirian dan penentuan struktur sebatian kimia tersebut dilakukan menerusi kaedah spektroskopi.

Beberapa sebatian kimia telah dipilih sebagai sebatian penanda ekstrak tongkat ali.

Sebatian penanda tersebut berperanan penting untuk memastikan identiti, integriti dan kualiti serta keseragaman produk yang berasaskan tongkat ali.

Eurikomanon yang merupakan sebatian utama (major) telah dipilih sebagai sebatian penanda untuk akar tongkat ali.

Peratus pemulangan pengekstrakan eurikomanon daripada akuas ekstrak akar tongkat ali adalah tidak kurang daripada 1.7 peratus.

Terkini, FRIM telah menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri farmaseutikal, nutraseutikal dan makanan, untuk penilaian kualiti ekstrak dan produk tongkat ali.

Penentuan kualiti juga dapat dihasilkan dengan teknologi sensor bau dan rasa yang telah digunakan sebagai peralatan penjanaan finger-printing untuk aktiviti pempiawaian tumbuhan ubatan, ekstrak dan herba produk.

Dengan adanya penanda kimia tersebut, ia sebagai 'cap cari' tongkat ali yang mengesahkan kehadirannya dalam mana-mana campuran pun.

Ditanya mengenai kegilaan golongan lelaki yang minum tongkat ali untuk menambah tenaga terutama untuk tujuan seks, beliau berkata, kajian mengenainya telah dibuktikan tetapi biasanya pada dos yang disyorkan.

''Pengguna sihat secara umumnya hanya memerlukan 100 miligram sehari sahaja," ujar Rasadah.

Katanya, memang benar ada kajian mengenai kandungannya yang dikenali sebagai kesan apphrodisiac tetapi kesannya bergantung kepada dos.

Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar.

Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian.

Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan masalah hormon dan kesuburan.

Apa yang penting dalam pengambilan tersebut, dos penggunaan perlu diambil kira kerana ada kemungkinan ia mengundang risiko kepada pengguna.

Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut masih dijalankan.

Ditanya mengenai bahagian mana pada pokok tersebut yang paling banyak sebatian bioaktif, Rasadah berkata, khasiatnya banyak tersimpan di bahagian akar selain daun dan batang.

Orang Melayu kata beliau hanya mengetahui rahsia khasiat pada 1990-an dan ketika itu mereka menggunakannya dengan merebus bahagian yang dikatakan mempunyai banyak khasiat.

Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh saintis hari ini ialah untuk membuktikan atau mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu.

Pembuktian secara saintifik itu perlu bagi menguji keberkesanan, kualiti dan keselamatannya.

Malah FRIM telah menawarkan perkhidmatan memproses kepada industri herba dalam penghasilan produk daripada tongkat ali menerusi kilang Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Pusat teknologi Herba (HTC) FRIM di Kepong.

Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah kecenderungan segelintir pihak yang suka mencampurkan tongkat ali dengan bahan lain untuk menambah khasiat sesautu formulasi herba tersebut

''Kita tidak tahu apakah bahan-bahan yang dicampurkan ini bertindak balas sesama sendiri dan menimbulkan risiko lain," katanya.

Elak cari bukti suami curang





Saya berusia 49 tahun, memiliki kerjaya terjamin dan anak-anak yang baik. Suami juga berjawatan tinggi seperti saya dan kami sememangnya kelihatan seperti sebuah keluarga yang sempurna. Namun, sedari dulu lagi saya mencurigai kejujuran suami sebab sikapnya yang suka berbohong. Tetapi kami berjaya juga melayari rumah tangga selama 23 tahun.

Sejak dua tahun lalu, dia berpindah ke Kuala Lumpur mulai berubah. Dia sudah pandai marah-marah termasuk hal kecil. Ada saja yang tidak kena dengan perangai anak-anak dan dia mudah lupa serta tidak lagi prihatin soal keluarga.




Satu hari, sebelum suami berkursus ke luar negara saya terdengar perbualan telefonnya dengan seorang wanita. Saya mula syak dan terkejut melihat 46 panggilan telefon dibuat pada nombor yang sama dalam satu bulan. Apabila ditanya, suami mengakui dia melakukan kesilapan tetapi tidaklah sehingga berzina. Namun, saya tidak percaya. Sejak itu saya tidak tenang, hati saya terluka. Kata suami, dia bukan berniat hendak mencari kasih wanita lain cuma ingin menjadi seperti kawan-kawan di pejabat yang punyai kawan di laman siber.

Kata suami juga dia masih sayangkan saya dan anak-anak tetapi saya sebagai isteri tidak boleh menerima dengan mudah pengakuan suami. Saya menyelidik tentang perempuan itu walaupun saya tahu tindakan itu tidak membantu menenangkan hati sebaliknya menjadi perasaan bertambah geram dan marah. Saya tidak dapat mengelak untuk memikirkan kemungkinan suami sudah berzina. Sedangkan pada masa yang sama, saya masih sayangkan dia, anak-anak dan rumah tangga yang dilayari selama 23 tahun. Puan, bantulah saya mengatasi kemelut ini.

Aliyah

JAWAPAN:

Puan yang dilanda ribut perasaan. Ribut yang tidak dapat dipastikan dari mana puncanya dan ke mana arah matlamat serta paling sulit untuk menentukan bila tamat musimnya. Inilah namanya kemelut cinta yang menyeksa.

Persoalan yang puan kemukakan sebenarnya adalah persoalan biasa yang dilakukan oleh lelaki bernama suami. Mungkin berhasrat menguji harga diri (masih ‘macho’ lagi atau tidak) atau mahu suka-suka sebagai perintang waktu dan sebagai selingan dengan pasangan yang ada, atau dia berasa bebas kerana sudah berada di luar kawasan, lalu berasa tidak ada yang kenal dia di Kuala Lumpur. Jadi dia terasa kebebasan itu miliknya atau sememangnya dia mahu menambah lagi satu secara dirancang, di kota ini atau tidak direncana.

Ini disebabkan saya pernah menangani kisah yang hampir serupa. Pengakuan seorang suami yang secara tiba-tiba dia digoda dan atas alasan mahu membantu atau lain-lain alasan yang difikirkan sesuai bagi mereka akhirnya bernikah secara berahsia. Sehinggalah isteri mendapat bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh suami, maka akhirnya suami mengaku yang dia sudah nikah. Alasan dia berahsia dari isteri ‘tidak mahu melukakan hati isteri pertama’ walaupun itu sememangnya sangat melukakan isteri.

Jadi puan, berhubung dengan kes puan, perkara ini berlaku mungkin atas salah satu alasan tersebut yang kita tak dapat meramalkan kecuali dengan pengakuan suami sendiri nanti. Maka nasihat saya pada puan, pertama jangan mencari-cari bukti lain jika puan mahu terus bersamanya. Kerana jika puan cari bukti, Allah pasti ketemukan kerana Allah Maha Pengasih.

Apa yang membimbangkan, bila terkumpul bukti-bukti itu, puan yang sememangnya mahu mengekalkan hubungan perkahwinan dengan suami dan masih sayang dengan anak-anak akan bertukar menjadi timbul kebencian, kekecewaan dan kesedihan yang boleh mengheret puan ke kancah pergaduhan dan mungkin juga perceraian yang puan cuba elakkan seperti dinyatakan.

Apa yang puan lakukan ialah berhenti mencari bukti dan jalani hidup ini seadanya bersama suami dan dalam keadaan akrab dan santai. Puan lebih mudah membuat suami bercerita duduk perkara sebenarnya. Mohon dia ceritakan secara ikhlas tanpa tekanan dari pihak puan dan puan pula harus menerima ceritanya dalam keadaan yang tenteram dan terbuka.

Setelah mendengar ceritanya puan berilah komen secara ikhlas dan tenang terhadap cerita berkenaan. Nyatakan perasaan puan yang sebenar terhadap sikap suami dengan baik, tenang dan bersahaja.

Elakkan daripada bercakap untuk meluahkan rasa marah, untuk mendapat simpati atau untuk mempertahankan hak atau untuk merayu agar tidak ditinggalkan atau sebagainya yang menggambarkan kita takut kehilangannya atau kita menahan hubungannya dalam bentuk cemburu dan sebagainya.

Sikap ini akan membuat suami bersikap ‘protective’ dan cuba membela diri sendiri dan mengeluarkan alasan bahawa bukan dia yang mencari dan memulakan. Sebaliknya, dia dirayu, diburu dan digoda, ditagih simpatinya, terpaksa dan lain-lain alasan yang munasabah.

Kedua, belajar membangun kekuatan diri dengan berpegang pada peringatan Allah SWT bahawa jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan peta hidup kita ditentukan oleh sebahagian kecil usaha kita, tapi sebahagian besarnya adalah di bawah ketentuan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita ini tidak akan kekal bahagia selamanya kerana kita ini hamba Allah SWT dan oleh kerana itu kita tidak dapat terlepas daripada ujian-Nya.

Maka ini adalah ujian kepada hubungan perkahwinan puan yang selama ini berjalan baik, lalu kurang berterima kasih kepada Allah SWT dan mungkin puan menggantungkan rasa bahagia itu kepada suami terlalu tinggi dan rendah sikap bergantung pada Allah SWT. Maka Allah SWT ‘menegur’ anda sekarang bahawa yang membuat anda bahagia selama ini bukan suami tapi Allah SWT.

Lalu Allah SWT mahu kita dekat balik kepada-Nya dan menggantungkan harapan bahagia seterusnya kepada-Nya juga, bukan manusia. Maka jika ini terjadi bermakna kita sudah lebih mendekat pada Allah SWT dan mohon pertolongan Allah SWT dalam usaha menghadapi ujiannya ini. Jika ini berlaku maka puan tidak panik lagi, kerana Allah SWT sudah di sisi.

Jika hilang suami, Allah SWT sudah di sisi, mana lebih untung dapat cinta suami atau cinta Allah. Mana cinta yang dapat mententeramkan hati dan mana cinta yang melukakan hati. Hasilnya kita akan pasrah untuk terus hidup bahagia bersama atau pun tidak bersama lagi dengan suami kerana Allah.

Jika Allah yang ketemukan kita maka Allah SWT juga boleh pisahkan kita, maka kalau itu mahunya Allah SWT, mana mungkin kita menentangnya. Kalau mahunya Allah SWT, kita bersama mana ada kuasa yang mampu memisahkannya. Oleh itu tingkatkan penyerahan kepada Allah sebagai penentu kehidupan kita. Bukan pilihan mahunya kita semata-mata.

Sebab itu Ibnu Qayyim menyebut “nilai manusia itu boleh diukur dengan semangat dan apa yang dia inginkan.” Jika anda inginkan hidup bahagia maka bermohon dan bersandarlah kepada Allah SWT bukan kepada manusia dengan cara selalu memberi maaf dan berlapang dada dengan apa yang ditemui dalam hidup kerana orang yang selalu berlapang dada maka dia telah dijanjikan oleh Allah akan memperoleh kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Juga suka saya memperingatkan jika anda terus menyerang dan mencari-cari alasan untuk mencari sebab berasa sedih dan menderita, bermakna anda sudah menjatuhkan diri sendiri dalam kesibukan yang sebenarnya. Dari hadis menyatakan kemarahan itu adalah sebuah bara api dari neraka dan di saat itulah syaitan dapat mengalahkan kita kerana kita lalai dengan Allah dan kita sedang marah. Mudah-mudahan semua perkara ini dapat dikendalikan dengan baik dan hasilnya diserahkan kepada Allah juga.

Tujuh tingkat neraka





Neraka berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.

Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: “Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)

Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.

Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:

l Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)

Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

l Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

l Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

l Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

l Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

l Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

l Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. ” (surah Al-Qariah: 8-11)

Thursday, February 25, 2010

MANUSIA MACAM KITA


Manusia macam kita

Memang pandai bercakap

Menyalahkan orang lain


Mengutuk orang lainPerlekeh orang lain

Merendahkan orang lainOrang macam kitaDimana-manapun adaBila jari telunjuk tunjuk pada orang lainEmpat jari lain tunjuk pada diri sendiri

Tengok pada diri sendiri dahuluJangan...Asyik mengata orang,



Al-Quran kamu tak bacaAsyik menyalahkan orang,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengutuk orang,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik perlekehkan orang,

Al-Quran kamu tak bacaAsyik merendahkan orang,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik berceramah sana sini,!

Al-Quran kamu tak bacaAsyik berkuliah sana sini,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik berdakwah sana sini,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak bacaAsyik bercerpen bernovel,


Al-Quran kamu tak baca AAsyik berforum di internet,

Al-Quran kamu tak bacaAsyik berchit-chat di IRC,

Al-Quran kamu tak bacaAsyik bergebang di telefon,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik mendongak televisyen,

Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak bacaAsyik baca buku ilmiah,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik baca majalah tabloid,




Al-Quran kamu tak bacaAsyik bersembang politik,



Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak bacaAsyik berkepit dengan suami,

Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengasuh anak,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik ber'e-mel' dengan kawan,



Al-Quran kamu tak bacaAsyik membelek handphone,


Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengadap vcd ceramah,



Al-Quran kamu tak bacaKenapa tak baca?

Tak sempatBusyTak fahamTak retiMalas


dapat surat dari pejabat tanahdalam bahasa melayukamu boleh bacadapat surat lawyerdalam bahasa inggeriskamu boleh bacadapat surat daripada Allahdalam bahasa Arabkamu tak boleh bacaapa nak jadi?

Rugi! rugi! rugi!Itu sajalah bekalanUntuk diri sendiri


Di belakang hariDan hari ini Al-Quran teman sejatiDi kala kaki tak mampu berdiriDi kala tangan tak mampu mengangkat lagiDi kala lutut lenguh setiap sendiDi kala badan tak mampu ke sana ke mariDi kala telinga tak mampu menangkap bunyiDi kala tekak tak rasa apa lagiRumah kata pergiKubur kata mari






siniJuga buat teman di kala sendiriDalam kubur sunyi sepiMenangislah sepuas hatiMulai dari hari iniMenyesali diri Yang jahil dan dhaif sekaliAmbillah inisiatif sendiriUntuk baiki diriJangan hanya duduk sesali diriMelihat Al-Quran menyusup pergihanya tulisan sahaja yang tinggal lagiistilah juga tidak berguna lagikerana ertinya tidak difahamiBacalah Al-Quran hari ini!

MUKJIZATNYA AZAN





Pesanan Semasa Mendengar Azan...Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:


"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.


"Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?



Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.."



yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,



lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.."



semasa sakaratul maut menghampiri kami.Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada



3 tanda2nya:


1) Jujur dalam berkata-kata.


2) Menjauhi segala yg haram.


3) Merendahkan diri.Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada


3 tanda2nya:


1) Merahsiakan ibadahnya.


2) Merahsiakan sedekahnya



.3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada



3 tanda2nya:


1) Takut berlaku dusta dan keji.


2) Menjauhi kejahatan.


3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada



3 tanda2nya:



1) Mengawasi dirinya.



2) Menghisab dirinya.


3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.



45 minit terasa terlalulama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandinganbola sepak.


Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yangberfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN






Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah