Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Tuesday, March 09, 2010

50 Langkah Menjadi Suami Mithali

Para isteri pun boleh baca

  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

  1. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

  1. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  1. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

  1. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

  1. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

  2. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

  3. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?

  4. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

  5. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.


  1. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

  1. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

  1. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

  1. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

  1. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

  1. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

  1. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  1. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

  1. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

  2. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

  1. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

  1. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

  1. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

  1. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

  1. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

  1. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

  1. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

  1. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

  2. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  3. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

  1. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

  2. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

  3. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

  4. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

  5. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

  1. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

  1. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

  2. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

  1. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

  1. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

  1. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

  1. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

  1. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

  1. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

  1. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Wallahu a’lam

Hidup perlukan kasih sayang




KISAH yang dipaparkan minggu ini memang sesuai dibaca oleh kaum wanita dan jadikan iktibar, kerana ia merupakan luahan hati, perasan dan curahan rasa seorang suami terhadap isterinya dan kehidupan yang dilaluinya selama ini.

Dalam e-mel pendek yang dihantar oleh Affandi kepada penulis, dia lebih senang berjumpa dan bercerita daripada menulis. Kerana dia mahu apa yang disuarakan itu ikhlas dari hatinya sendiri.

Namun bukan mudah Affandi melahirkan dengan kata-kata, setelah memusing ke kiri ke kanan barulah apa yang ingin diceritakan terlantun keluar. Bagaimanapun katanya, perasaannya ini terpaksa dipendamkan di lubuk hatinya. Dia tidak mahu rumah tangganya runtuh, kerana dia amat sayangkan anak-anaknya.

Untuk tidak membuang masa, ikuti cerita Affandi. Katanya, perasaan orang lelaki tak sama seperti kaum wanita yang suka bercerita pada orang lain dan menagih pendapat, atau mungkin mencurahkan isi hati mereka tetapi kepada kebanyakan lelaki mereka lebih suka menyimpan segala-galanya dalam hati dan kemudian apabila sudah tidak tertahan, mereka bertindak hingga sukar dikawal.

“Namun saya agak lain sikit. Saya rasa saya tidak akan bertindak keras hingga boleh merosakkan masa depan anak-anak, kerana saya sayangkan mereka dan saya tak mahu kerana perbuatan saya seorang boleh memusnahkan harapan mereka.

“Sebenarnya perkahwinan saya sekarang bukan berdasarkan cinta sama cinta, ia lebih merupakan perkahwinan yang diatur keluarga, kahwin dulu cinta kemudian. Memang benar kalau anda kata mana ada orang zaman ini berkahwin seperti saya, tetapi itulah yang terjadi. Semua ini berlaku gara-gara cinta pertama saya gagal di tengah jalan.

“Cinta pertama saya putus apabila gadis yang saya cintai setengah mati berpaling arah. Saya berkorban segala-galanya untuk dia, tetapi bila saya meminta sedikit kesabarannya dia tidak sanggup berkorban. Maklum saya tak ada kerja tetap waktu itu.

“Masa sama-sama menuntut di U dulu saya berkorban tolak tawaran ijazah kepada diploma untuk bersamanya. Lepas belajar saya dapat tawaran bekerja di utara, tetapi dia bekerja di KL. Katanya, dia tak sanggup berpisah dengan saya. Kerana sayang juga sekali lagi saya berkorban menolak tawaran kerja tersebut untuk mencari kerja di KL.

“Nak jadikan cerita terjadi gawat tahun 1987, kerja sukar didapati. Saya lakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk hidup, maklum duduk di KL kalau tak berduit memang susah. Saya buat dua kerja untuk bayar sewa rumah.

“Tahun pertama memang kekasih saya Roslah boleh sabar, masuk tahun kedua dia mula desak saya cepat cari kerja, lepas tu dia mencari alasan keluarganya desak dia kahwin segera dengan orang senegerinya, dan lamaran jejaka pantai timur itu telah pun diterima.

“Kerana cinta yang teramat, hampir setengah tahun saya jadi tak betul, kerana saya amat sayang dan kasihkan Roslah. Pada saya cinta saya tak ada pada gadis lain selain dia. Akhirnya saya buat keputusan tak mahu bercinta lagi. Kerana saya masih terdengar-dengar janjinya “sehingga luruhnya hatiku. Aku tetap mencintaimu“ kata-kata hikmatnya membuat saya merana dan akhirnya memakan diri.

“Setelah setahun bekerja tetap, keluarga mendesak supaya saya kahwin, tak guna tunggu orang yang tak sayang. Namun cinta sukar dijual beli, jiwa tetap merana, namun permintaan ibu bapa dan keluarga sukar ditolak, akhirnya setelah lebih tiga tahun merana, saya terpaksa mengikut kehendak mereka.

“Kerana calon isteri pilihan adik-beradik tentulah mereka carikan yang terbaik. Kini perkahwinan saya sudah menjangkau usia lebih 13 tahun. Anak dah tiga, yang tua dah masuk sekolah menengah rendah. Malangnya jiwa saya kosong, cinta yang dicari tidak kesampaian, isteri saya tidak tahu menilai cinta saya.

“Secara kasar memang adik-beradik dan ibu nampak saya bahagia, tetapi sebenarnya jiwa saya memberontak, bukan kesal cinta pertama yang kecundang, sebaliknya kerana saya tidak mendapat kasih sayang seorang isteri. Saya kesal tidak mencari cinta sejati, mencari orang yang benar-benar cinta dan sayangkan saya.

“Isteri saya Izan tidak ambil berat akan diri saya, tidak mencintai saya. Oleh kerana saya pandai mengurus rumah tangga, semua dia lepaskan pada saya, sampai mencuci pakaian, memasak dan berkemas rumah saya lakukan.

“Memang saya suka memasak dan berkemas rumah, tetapi sebagai suami saya mahu makan masakan air tangan isteri dan saya mahu lihat cara dia berkemas rumah, sebaliknya dia mahu saya melayan dia. Kadang tu saya pesan, tolong panaskan lauk saya nak makan balik malam nanti, dia kata ya, bila balik saya lihat dia dah tidur atas katil. Sementelah saya pandai masak, nak makan pun kena masak sendiri.

“Masa mula-mula kahwin dulu saya fikirkan dia penat, begitu juga masa anak masih kecil fikirkan biarlah saya bantu, tetapi akhirnya semua benda saya terpaksa uruskan. Masa dalam pantang sayalah uruskan rumah, jaga anak dan siapkan makan minum dia. Dia tak buat apa pun, semua tunggu saya balik pejabat bereskan.

“Sebagai suami, saya pun teringin dibelai, dipujuk dan disayangi isteri, tetapi Izan tak ambil tahu langsung. Usahkan nak masak makanan kegemaran saya, nak hulurkan air ketika saya kehausan pun susah, alasannya penat, suruh saya ambil sendiri.

“Apa penatnya kalau kebanyakan urusan rumah saya yang bereskan, dan rumah kami bukan banglo dua tingkat mungkin penat nak menyapu atau turun naik tangga. Kalau dia penat saya pun penat juga, kita sama-sama bekerja.

“Kalau isteri lain balik kerja kena ke dapur memasak, suami duduk baca paper, tapi saya turun tangan bantu ke dapur, hingga mandikan anak-anak pun saya bereskan. Kalau ikutkan rasa saya yang kecewa ini mahu saya tinggalkan rumah dan mencari cinta sejati, mencari orang yang sayangkan kita dan layan kita sebagai suami, tetapi bila lihat muka anak-anak semua perasaan yang terluka terpaksa saya telan semuanya. Saya tak mahu anak-anak menderita hidupnya kerana saya ingin mencari cinta dan kasih sayang.

“Sebenarnya jiwa saya amat sepi ketandusan kasih sayang, tetapi sampai bila saya boleh sabar? Kebimbangan saya kalau jiwa saya yang kesepian ini diisi oleh wanita lain. Saya tak mahu keluarga hancur, tetapi apa lagi boleh saya lakukan. Saya juga mahu merasa dikasihi, disayangi dan dibelai. Itulah kehendak seorang suami.

“Tak kira lelaki atau perempuan bila jiwa kosong tidak dikasihi oleh pasangannya dan ada pula orang di luar yang memahami dan tahu mengambil hatinya, sudah pasti jiwanya cepat tersentuh menjadi syahdu, bagaikan orang kehausan di padang pasir, setitik air sudah cukup bermakna dan boleh membuatnya hidup semula.

“Begitulah dengan jiwa saya yang secara kebetulan bertemu dengan seorang wanita (isteri orang) yang senasib dengan jiwa saya. Saya kehausan kasih sayang isteri, dia pula menderita kerana suami. Kami senasib, bila bertemu bagaikan api disiram minyak terus terbakar. Bermula dengan pertolongan yang sedikit akhirnya saya menyedari hati dan jiwa kami serasi kerana masing-masing kecewa.

“Salha selalu sugul ke pejabat, sering minta bantuan saya membayarkan bil dan sewa rumahnya. Saya hairan mengapa tak meminta bantuan suaminya, kata Salha, dia pasti bilnya tidak berbayar dan duitnya dihabiskan pada wanita lain.

“Bermula dari bertanya inilah saya tahu dia menderita sebab suaminya tak bertanggungjawab. Bukan setakat memasak, mengurus rumah dia mesti bereskan, dia juga terpaksa bayar bil dan sewa rumah, Sementelah gajinya lebih besar daripada suaminya.

“Saya menderita bukan dipukul seperti Salha, tetapi jiwa tertekan, bila masing-masing mencurahkan perasaan maka bersemailah kasih sayang dan cinta antara kami. Namun bukan bermakna saya nak kahwin dengannya, tetapi luka di hati ini terasa terubat, kerana ada orang yang sayang, ambil berat. Hubungan kami bersandarkan emosi dan perasaan yang kecewa bukan berlandaskan nafsu, tetapi kasih sayang dan hati.

“Namun kami sedar sampai bila kami harus macam ini. Berkongsi kasih sayang dengan isteri dan suami orang. Tapi bukan salah kami, salahnya kerana kami tidak mendapat kasih sayang di rumah daripada suami dan isteri masing-masing.

“Kata Salha, nasib dia lebih malang, bukan setakat tak dapat kasih sayang, malah lebih menderita kerana dipukul dan didera, hingga dia hampir-hampir mengalami masalah sakit jiwa. Kini setelah tujuh tahun persahabatan kami hidupnya banyak berubah kepada kebaikan, saya yang banyak membantu dia kerana kami saling berkongsi masalah. Hubungan kami setakat melahirkan isi hati masing-masing yang tertekan, tidak pernah terlanjur kepada zina, sekadar keluar makan, berpegangan tangan dan bergandingan itu adalah.

“Kami memahami masalah masing-masing kerana itu dia lebih dekat dengan saya berbanding orang lain, sebab masalah kami sama. Justeru, ada perkongsian kasih sayang antara kami. Namun Salha tetap mahu menjadi ibu dan isteri yang baik kepada keluarganya, walaupun dia dipukul dan didera psikologi, tetapi dia tetap gigih teruskan hidup demi anak-anak, sama seperti apa yang saya lakukan.

“Dalam pada itu saya tak mahu merosakkan nama baik saya kerana hubungan kami ini. Kerana saya adalah pemimpin masyarakat di kawasan perumahan saya, malah saya menjadi role-model bukan sahaja kepada masyarakat setempat, tetapi kepada adik-beradik saya mereka begitu menghormati saya kerana rumah tangga kami aman.

“Penyertaan saya dalam persatuan sukarela, belia, masyarakat, masjid dan PIBG adalah untuk mengisi hati saya yang sunyi dan kosong, kerana saya tak mahu ikutkan perasaan. Pada saya inilah saja jalan untuk mengubat hati saya.

“Bila memikirkan ini, tidak hairanlah ramai suami senasib saya beralih kasih, kahwin dua atau bercerai-berai. Kerana isteri tidak tahu membelai jiwa suami mereka. Lainlah suami yang memang mempunyai motif tertentu. Jiwa saya yang kosong tetap tidak diendahkan oleh Izan yang lebih pentingkan diri sendiri, kerana dia tahu saya tidak akan tinggalkan dia kerana anak-anak. Tapi sampai bila? Dan saya bersyukur Salha memahami jiwa saya.“ Demikian cerita Affandi tentang jiwanya yang kosong tidak dibelai oleh isterinya.

Dia pulang ke rumah hanya untuk memenuhi syarat dan menunaikan kewajipannya, tetapi hidupnya tidak bermakna. Hanya anak-anak mengubat hatinya.

Sepatah kata Affandi, dia mencari kasih sayang di luar dengan isteri orang. Padanya itu tidak berdosa kerana isteri orang ini juga menderita hidupnya, dan dialah tempat mengadu, malah dialah yang memberi kekuatan agar tidak sakit jiwa. Apa pandangan pembaca semua? Bolehkah kita membantunya?

Isteri solehah



Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .

1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.



3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.



7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :) .

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).


0. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .


Bercerai jejas kesihatan

Bercerai hidup atau mati dalam sesebuah perkahwinan hakikatnya adalah satu ketentuan yang tidak dapat dielakkan dan menerimanya sebagai takdir Tuhan. Namun apa yang mungkin ramai tidak sedar atau tidak tahu sebenarnya perpisahan membawa kesan kesihatan yang signifikan pada isteri atau suami yang ditinggalkan biarpun selepas mereka berkahwin semula.

Malah kajian oleh para penyelidik Barat juga menunjukkan impak daripada perpisahan itu dirasai sehingga bertahun-tahun sama ada dari segi emosi mahupun kesejahteraan keseluruhan individu tersebut. Ia terus dirasai walaupun individu tersebut mungkin sudah mampu meneruskan kehidupannya dengan menemui ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan baru. Kajian terbaru itu telah membuktikan bahawa perceraian menjejaskan kesihatan walaupun jika mereka sudah berkahwin semula.



Mereka yang bercerai atau menjadi balu menghadapi risiko dilanda masalah kesihatan yang kronik seperti menghidap penyakit jantung, diabetes, atau kanser 20 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang kekal dalam perkahwinan. Mereka juga menghadapi 23 peratus lebih tinggi masalah mobiliti termasuk kesukaran untuk memanjat tangga atau berjalan biarpun pada jarak yang dekat. Kajian juga mendedahkan bahawa dengan mencari pasangan baru tidak banyak membantu mengembalikan kesihatan mereka.


Mereka yang berkahwin semula masih berdepan masalah kesihatan kronik 12 peratus lebih tinggi dan masalah mobiliti (19 peratus) berbanding mereka yang kekal dalam perkahwinan. Adalah dipercayai bahawa bercerai atau menjadi balu menjejas tahap kesihatan disebabkan kemerosotan dari segi pendapatan, tekanan melampau dan kesedihan yang berpunca daripada isu-isu seperti penjagaan anak dan kewangan. Bagaimanapun kesan buruk disebabkan tekanan melampau lebih ketara - daripada masalah sistem kardiovaskular hinggalah kepada sistem imun - dan berterusan sehingga bertahun-tahun lebih-lebih lagi apabila individu tersebut sekali lagi dilanda kesedihan.

Para penyelidik Universiti Chicago dan Universiti Johns Hopkins, Baltimore, Amerika Syarikat, baru-baru ini membuat kajian terhadap 8,652 orang berusia antara 51 hingga 61 tahun. Perkahwinan pertama Tiga per empat daripada mereka masih berkahwin dengan 55 peratus perkahwinan pertama dan 20 peratus berkahwin semula, manakala 22 peratus pernah berkahwin tetapi sudah berpisah. Kurang daripada empat peratus responden tersebut belum berkahwin. Dan daripada jumlah mereka yang pernah berkahwin tetapi sudah berpisah, 69 peratus tinggal berasingan atau bercerai dan 31 peratus kematian suami atau isteri. Purata usia pertama kali berkahwin di kalangan mereka yang telah bercerai atau menjadi balu adalah 21 tahun. Mereka menghabiskan purata 25 tahun hidup berumah tangga dan 9.5 tahun hidup selepas bercerai atau menjadi balu Para penyelidik juga memeriksa tahap kesihatan responden dalam aspek jumlah penyakit kronik yang dihidapi seperti diabetis, penyakit jantung, penyakit paru-paru, kanser atau strok dan tahap mobiliti (kebolehan bergerak). Turut diperiksa ialah simptom-simptom kemurungan dan ditanya tentang bagaimana mereka menilai tahap kesihatan mereka sendiri sama ada cemerlang, sangat baik, baik, biasa atau rendah. Kajian mendapati bahawa tahap kesihatan mereka yang berkahwin semula atau kumpulan yang sudah bercerai sangat teruk berbanding mereka yang masih dalam perkahwinan. Responden yang tidak pernah berkahwin mempunyai masalah mobiliti 12 peratus lebih tinggi berbanding yang mempunyai pasangan dan 13 peratus lebih tinggi bagi simptom kemurungan. Ahli Sosiologi dari Universiti Chicago yang juga penulis bersama kajian tersebut, Profesor Linda Waite, memberitahu kehilangan suami atau isteri berpunca daripada perceraian boleh menyebabkan tekanan melampau selama berbulan-bulan atau bertahun sehingga menjejaskan sistem peredaran di dalam tubuh badan. Beliau berkata: "Tekanan menjejaskan sistem imun adan dan membawa kepada peningkatan keradangan. Sekarang kita andaikan bahawa keradangan itu boleh menjadi punca kepada penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung) dan jenis kanser tertentu. "Bertambah teruk jika pada tempoh ini biasanya individu tersebut tidak mengambil peduli atau menjaga keadaan dirinya. Tidak makan atau bersenam dengan betul. "Individu tersebut juga selalunya tidak cukup tidur dan kehidupan sosial juga terjejas lebih-lebih lagi jika perpisahan itu dirasakan cukup menyeksakan. Mereka kehilangan kawan dan ipar duai yang selama ini menjadi tempat mengadu. Bagaimanapun Waite menegaskan bahawa walaupun perceraian atau menjadi balu membawa risiko kesihatan tetapi ia tidaklah sampai ke peringkat umpama 'hukuman mati'. "Jika anda menjaga diri dan mereka yang di sekeliling ada turut menyokong, anda mungkin dapat meminimumkan kerosakan itu," katanya. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa perkahwinan mempunyai kaitan yang positif pada kesihatan dan kesejahteraan seseorang itu dalam jangka masa panjang. Kajian oleh Cass Business School di London pula mendapati bahawa lelaki yang kematian isteri menghadapi risiko untuk mengikut 'jejak langkah' pasangannya enam kali lebih tinggi dakan tempoh 12 bulan dan angka itu dua kali ganda bagi wanita. Lebih 42 peratus perkahwinan di Britain berakhir dengan perceraian.


Padah Kecurangan Suami Isteri

Padah curang Biarpun tiada kajian khusus dan angka tepat mengenai peratusan kecurangan yang berlaku antara pasangan dalam perkahwinan, apa yang pasti kes sebegitu kerap berlaku yang menjadi antara punca keretakan sesebuah perkahwinan. Bahkan, lebih mengejutkan jika dikatakan isu kecurangan lazim berlaku di kalangan golongan profesional dan sudah lama mendirikan rumah tangga serta mempunyai cahaya mata. Sehubungan itu, timbul persoalan kenapakah kecurangan masih berleluasa dalam perhubungan suami isteri, wanita bujang dan suami orang, isteri dan suami orang serta isteri orang dengan lelaki muda.

P Pengasas Hushim Motivator & Caunselor Consultancy, Hushim Salleh, berkata ada pelbagai sebab yang mendorong pasangan, baik suami ataupun isteri, berlaku kecurangan dalam rumah tangga walaupun perkara berkenaan sepatutnya tidak berlaku. “Faktor paling biasa yang mendorong pasangan berlaku curang ialah usia perkahwinan mereka. Pada peringkat awal perkahwinan mungkin masing-masing cuba untuk memahami antara satu sama lain, tetapi apabila sudah memahami dan ada perasaan jemu, mulalah berlaku perkara tidak diingini. “Antaranya terbit rasa bosan terhadap pasangan dan kejujuran mula dipinggirkan menyebabkan tiada ketelusan walaupun ketelusan penting dalam perkahwinan,”


katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Hushim berkata, tiada sifat telus dalam perhubungan perkahwinan boleh membawa kepada timbulnya keinginan untuk curang kerana masing-masing beranggapan tiada apa yang perlu diperkatakan selain menyembunyikan perkara sebenarnya yang sepatutnya dinyatakan kepada pasangan. Selain itu, katanya, faktor luaran seperti pergaulan dan kurangnya perhatian yang diberikan pasangan juga tidak dinafikan menjadi pencetus kepada fenomena curang dalam rumah tangga. “Apabila tiada perhatian, pasangan akan berasa kekurangan suatu dalam kehidupan. Merujuk kepada mereka yang bekerja di pejabat, pergaulan seharian dengan teman sekerja kadangkala menjadikan mereka berpotensi untuk curang kerana mendapat perhatian sewajarnya di luar rumah.


Itu belum lagi dikira mengenai tugasan di luar daerah bersama rakan sekerja. “Kalau di rumah suami atau isteri jarang memuji pasangan, tetapi di pejabat keadaan menjadi berbeza apabila ada rakan sekerja memuji atau menunjukkan perhatian lebih terhadap mereka yang kurang mendapat perhatian ini. Akibatnya berlaku perhubungan yang mungkin pada mulanya sekadar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya. Bertolak daripada SMS, sering kali perhubungan berkenaan akan berjalan lebih jauh seperti menghubungi antara satu sama lain dan diikuti pertemuan di luar untuk tujuan menjamu selera.

“Dalam fasa ini, mereka yang melakukannya boleh diistilahkan sebagai membina repo dalam perhubungan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami terlepas pandang mengenai perlakuan isteri dan berlakulah perbuatan curang yang sudah terang salah dan berdosa itu. “Ada juga kes kecurangan berlaku disebabkan pasangan tidak mendapat kepuasan dalam perhubungan kelamin. Jadi, apabila ada yang menawarkannya secara suka sama suka, ia akan berlangsung seperti dikehendaki dan rosaklah ikatan sesebuah perkahwinan apabila terjadi zina,” katanya. Hushim berkata, kecurangan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk memandangkan kemudahan teknologi tersedia dengan mudah sekali gus memberi laluan selesa kepada individu untuk meneruskan perhubungan tanpa diketahui pasangan masing-masing. Begitu pun, katanya, tidak adil untuk menyalahkan teknologi, tetapi itulah yang berlaku dalam masyarakat terutama apabila memperkatakan mengenai curang. “Dengan adanya perkhidmatan pesanan ringkas melalui telefon bimbit, facebook, twitter dan pelbagai lagi, perhubungan menjadi mudah dan ringkas bahkan perbualan di laman jaring juga mendorong individu berlaku curang terhadap pasangan,” katanya. Memperincikan lebih lanjut mengenai curang, Hushim mengkategorikan kecurangan dalam bentuk perbualan telefon berlaku sebanyak 60 peratus, manakala keluar untuk minum (30 peratus) dan berakhir di bilik tidur pula sebanyak 10 peratus. Pegangan agama yang semakin tipis juga menjadikan individu semakin tidak mengambil kisah mengenai perkara negatif dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam perhubungan rumah tangga menyebabkan wujudnya fahaman kalau suami boleh melakukannya, isteri juga apa kurangnya.


“Mungkin 10 atau 20 tahun sebelum ini kita jarang mendengar mengenai kecurangan dalam rumah tangga kerana si isteri tidak akan sekali-kali melakukan kecurangan kerana mereka takut kepada hukum Tuhan. “Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat kini seakan menerima saja kenyataan suami keluar ikut pintu hadapan, isteri keluar melalui pintu belakang yang mana ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya. Justeru, perkara ini tidak wajar menjalar di dalam sesebuah perkahwinan kerana ia akan menjadi barah kepada perhubungan suami isteri. Tujuan asal perkahwinan adalah untuk mengelakkan dosa terutama zina, selain mendapatkan zuriat yang bakal menjadi pewaris kepada keturunan manusia yang mulia. Bagaimana mengelakkan pasangan curang * Saling mempercayai antara satu sama lain. * Sentiasa mengadakan perbincangan sekiranya ada soal berbangkit. * Kembali kepada agama kerana apabila pegangan kepada agama kukuh, pasangan akan mengetahui dosa pahala serta takut untuk melakukan kecurangan yang mendorong kepada dosa lain. * Menghargai pasangan masing-masing. * Jangan abaikan pasangan anda. * Hadiri sesi kaunseling bagi mengenalpasti kekurangan yang mungkin boleh dan perlu diperbaiki dalam rumah tangga, Bagaimana mengesan kecurangan? * Pasangan kurang berkomunikasi. * Pasangan lebih senang melakukan hal bersendirian. * Masalah kewangan mungkin wujud kerana pasangan anda mungkin banyak berbelanja untuk perhubungan curang yang dilakukan. * Pasangan anda cenderung pulang lewat ke rumah. Pengakuan dua wanita KECURANGAN boleh berlaku dalam setiap perkahwinan sekiranya pasangan tidak mempunyai rasa tanggungjawab atau bila wujudnya rasa tidak puas hati terhadap diri masing-masing. Bahkan, perkataan curang itu sendiri sudah tidak enak untuk disebut kerana kita mengetahui natijah daripada perbuatan berkenaan tidak baik untuk kesejahteraan perhubungan suami isteri mahupun pasangan kekasih. Ikuti kisah dua wanita yang sanggup mendedahkan kecurangan dilakukan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap pasangan. Kedua-duanya mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka sanggup melakukan kecurangan terhadap pasangan selain membelakangkan agama yang sewajarnya dijadikan benteng terhadap sebarang maksiat. KISAH 1: Kecewa sikap suami NOR, 35, mengakui beliau mengalami suasana rumah tangga yang amat manis pada lima tahun pertama usia perkahwinan dan amat bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang antara beliau serta suami. Kedua-duanya berjawatan tinggi dan memiliki sumber kewangan yang kukuh selain mampu untuk bercuti ke luar negara setiap tahun, namun lama-kelamaan Nor mengakui beliau mula berasa tertekan dengan suami yang hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya saja. “Memang pada mulanya saya berasa suami memahami saya, tetapi sesudah melahirkan anak ketiga, suami mula mengabaikan kami di rumah dan asyik menumpukan pada kerja saja. “Saya mula berasa tertekan kerana saya menguruskan segala-galanya sendiri walaupun ada suami. Jika sebelum ini kami bergilir menghantar dan menjemput anak ke sekolah, suami sering beri alasan beliau banyak kerja di pejabat,” katanya. Nor mula merasakan sudah tidak wujud pembahagian tugas yang sepatutnya dikongsi bersama kerana beliau perlu melakukannya semua secara bersendirian sehinggalah anak demam pun beliau terpaksa menghantar anak ke klinik tanpa ditemani suami. “Saya juga bekerja, sama seperti suami. Pulang dari kerja, saya bergegas ke dapur, waktu malam pula membersihkan rumah terutama habuk kerana dua daripada anak kami alah kepada habuk. Mana sempat untuk saya mengerjakannya seorang diri. “Itu belum dikira menyiapkan pakaian untuk kerja keesokannya, bangun seawal pagi untuk menyiapkan bekal anak selain suami sendiri mahu bersarapan di rumah walaupun saya tahu dia akan bersarapan sekali lagi di pejabat bersama teman,” katanya. Bagaimanapun, apa yang lebih menyentap fikiran Dewi ialah keperluan batin suami yang terlalu kuat menyebabkan beliau berasa amat tertekan untuk memenuhi permintaan suami yang agak melampaui batas sedangkan beliau juga bekerja. “Balik ke rumah, kerja saya tidak selesai juga kerana menyiapkan keperluan kami anak beranak untuk esok sedangkan suami terus berehat. Bila tiba masa untuk saya berehat, dia pula mahu saya melayannya. Dia langsung tidak cuba memahami saya. “Sehinggalah pada suatu hari, saya bertemu rakan lama ketika membeli keperluan rumah di sebuah pasar raya. Dengan tiga anak dan barang yang perlu dibeli, dia berbual dengan saya sambil dia juga membeli barang. Kami bertukar nombor telefon dan bermula dengan bertanya khabar, kami menjadi lebih mesra,” katanya. Nor mengakui sikap ambil berat dan prihatin rakan itu membuatkan beliau rasa dihargai dan apabila ada yang memahami, beliau mula meluahkan keluhan hati mengenai suami yang jarang memahami kehendak dan masalah yang dihadapi. “Suami saya juga kerap ke luar daerah. Ini memudahkan lagi tujuan saya untuk keluar berjumpa ‘rakan.’ Anak mengetahui, tetapi mereka juga seronok apabila saya bawa berjumpa rakan. Dengan statusnya yang bujang, dia tidak mempunyai masalah untuk bertemu saya. “Saya pula yang terpaksa mencari helah untuk bertemu dengan dia. Perhubungan kami semakin jauh dan berlarutan. Saya membuat pengakuan pada suami mengenai apa yang sudah terjadi. Suami terkejut dan berjanji untuk lebih memahami saya, tetapi janji tinggal janji,” katanya. Nor berkata, beliau tekad untuk berhenti berhubung dengan rakannya itu, tetapi suaminya tidak pernah menunaikan janji sebaliknya beliau dapat menghidu suami mempunyai hubungan dengan wanita lain selain jarang pulang ke rumah. Lantaran tidak mahu menambahkan dosa diri sendiri dan tidak mahu suami terus terjebak dengan perkara yang sudah dilakukannya, Nor bersemuka dengan suami dan ternyata mereka masih mempunyai kemahuan antara satu sama lain, tapi ibarat nasi sudah menjadi bubur, tiada jalan penyelesaian kecuali berpisah. “Saya melalui beberapa siri pergaduhan yang teruk, tetapi akhirnya suami menjatuhkan talak dan saya meneruskan perhubungan dengan rakan tadi. “Saya akui rasa berdosa yang amat sangat kerana curang terhadap suami, tetapi kalau dia memahami saya, tidaklah sampai saya tergamak untuk menduakan dia. Saya sudah melakukan yang terbaik untuk rumah tangga kami walaupun sakit hati kerana suami seakan tidak nampak pengorbanan saya.” Penyudahnya, kecurangan menjadi senjata untuk Dewi bertindak menyedarkan suami walaupun agama melarang keras beliau melakukannya. KISAH 2: Kenapa saya curang BERBEZA dengan Nor, Yuhanis (bukan nama sebenar), 28, mengakui beliau berlaku curang kerana sering dikhianati teman lelaki dalam hidup menyebabkan beliau mengambil keputusan membalas dendam kepada mana-mana lelaki yang muncul dalam hidupnya. “Saya mempunyai hubungan dengan suami orang. Dia menyediakan saya satu unit kediaman di kondominium mewah di kawasan elit untuk memudahkan dia melawat saya. “Tidak cukup dengan kediaman selesa, saya diberikan kenderaan dan dimandikan dengan pelbagai lagi kemewahan lain menyebabkan saya berasa seronok berada dalam zon selesa. Walaupun disalut kemewahan, saya tetap bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri,” katanya. Memandangkan kemewahan yang dilambakkan kepadanya, Yuhanis tidak pernah terfikir bahawa suami orang yang juga merangkap teman lelakinya itu mempunyai seorang lagi teman lain yang diberikan kemudahan sama. “Saya tergamam dan berasa kecewa kerana dia menipu saya. Walaupun saya hanyalah teman wanitanya, dia masih mahu memiliki teman wanita lain menyebabkan saya berasa tertipu. “Daripada ditipu, saya ambil keputusan melarikan diri dengan memulangkan balik segala kemewahan yang diberikan. Saya tahu dia mencari saya dan sudah meninggalkan teman wanita baru, namun saya tetap tidak mahu kembali kepada dia,” katanya. Yuhanis kemudian memilih berkahwin dengan Suhaimi (bukan nama sebenar) ketika bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam sesudah berhenti kerja kerana beranggapan Suhaimi adalah lelaki berpoket tebal yang mampu memberi kemewahan hidup kepadanya, tetapi kenyataannya Suhaimi adalah lelaki yang tidak berwang. “Saya sangka dia mampu menyediakan saya kemudahan hidup, tetapi apa yang saya dapat ialah makan nasi tidak berlauk dan kadangkala hanya makan tepung yang dimasak menjadi kuih cucur. “Memang amat menyedihkan dan saya sedar saya sudah ditipu Suhaimi kerana sebelum berkahwin, dia tidak pernah menunjukkan ciri berkenaan. Kemarahan ditipu teman lelaki masih belum hilang, saya ditipu lagi suami sendiri menyebabkan saya berasa kesetiaan tiada makna lagi,” katanya. Sehubungan itu, Yuhanis lebih senang mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki kerana suaminya sendiri tidak pernah mencari dan mengambil tahu apa yang dilakukan selama ini. Begitupun, Yuhanis berazam untuk kembali ke pangkal jalan sekiranya bertemu lelaki baik yang sanggup membimbingnya ke arah hidup yang lebih bermakna. Berbekalkan wajah cantik dan kelihatan lebih muda daripada usianya, tidak susah untuk Yuhanis mendapatkan lelaki yang diinginkan, tetapi dendam yang masih membara membuatkan beliau ingin berlaku curang tanpa memikirkan natijah kemudian hari.

Ramai suami ‘tak kenal’ pasangan

Berjuta-juta lelaki tidak tahu saiz baju isteri mereka, minyak wangi kegemaran malah warna asal rambut pasangan sendiri, menurut satu kajian terbaru. Penyelidik mendedahkan, enam daripada 10 suami percaya bahawa mereka memahami pasangan luar dan dalam, tetapi sebenarnya langsung tidak mengetahui. Selain itu, seorang daripada setiap 10 lelaki tidak tahu tarikh lahir isteri; lapan peratus tidak tahu warna asal rambut manakala 12 peratus tidak tahu warna mata pasangan mereka. Malah, seorang daripada setiap tiga orang lelaki langsung tidak mengetahui jenis minyak wangi kegemaran isteri. Statistik berkenaan adalah hasil satu kajian terhadap 2,000 lelaki bagi firma The Perfume Shop. Jurucakap firma itu, Michelle D’vaz berkata: “Keputusan kajian ini amat mengejutkan. Maklumat asas seperti tarikh lahir dan warna rambut adalah antara yang anda sangka pasangan anda mengetahui tetapi nampaknya kebanyakan lelaki tidak tahu mengenainya.

tu termasuk juga warna mata atau minyak wangi yang disembur setiap pagi.” Kajian juga mendapati, 27 peratus lelaki membelikan isteri mereka pakaian atau pakaian dalam tetapi saiznya salah, manakala satu pertiga daripada mereka berbalah mengenainya. Sebanyak 61 peratus suami yang ditanya mengakui majoriti mereka langsung tidak ingat aspek tertentu dalam hidup isteri sendiri meskipun ia mungkin perkara kecil.


I Tidak hairan lebih separuh wanita berpendapat lelaki perlu berusaha untuk mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka. Manakala 80 peratus percaya, wanita akan mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka daripada warna mata hingga jenama losyen selepas bercukur yang dipakai pasangan.


Kajian juga mendedahkan, walaupun majoriti lelaki mengetahui minyak wangi yang digunakan isteri atau teman wanita mereka,








Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah