Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Monday, February 01, 2010

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

01. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.

02. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

03. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

04. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

05. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

06. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

07. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

08. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

09. Jangan biar mata liar diperjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH S.W.T. itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yang buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam.

MOTIVASI DIRI

* Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah


* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dgn tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.


* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.


* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.


* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.


* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan
memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dlm diri kelak.


* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dhulu, kerana hanya dia
yang memiliki kunci penggerak dirinya.


* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam usahanya.


* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat
difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.


* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah
musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

MENGENAL LELAKI DARI BULAN KELAHIRANNYA 0 comments

Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahirannya
Artikel ini hanya sebagai pengetahuan tapi jangan terlalu percaya ok!!

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.



Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.



RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.



RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.



JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .



JamadilAkhir.
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.



Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .



Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rrezeki .



Ramadhan.
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya lalu selamat.





Syawal.
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki .



Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

RELAKAH ANDA DIMADUKAN?

Kalau kita tanya kaum lelaki, apa yang mereka idamkan. Jawapannya banyak sekali.....seperti berkereta mewah 2 atau 3 buah, banglo mewah yang besar di 2 atau 3 tempat yang ekslusif dan beristeri lebih daripada satu.

Tetapi suami hendaklah mengukur baju di badan sendiri. Tanya diri tu? Mampukah anda!

Untuk kahwin lebih daripada satu, suami perlu mempunyai kewangan yang kukuh dan juga kekuatan seks yang luar biasa. Jika tidak, berlakulah kes-kes isteri curang dan bermacam-macam lagi sehingga kita tertanya-tanya apakah kita tidak pernah mengambil iktibar daripada kes-kes tersebut.

Namun sebenarnya, tidak semesti orang yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja yang mampu beristeri lebih dari satu! Ada yang cukup-cukup makan pun pasang sampai tiga. Dulu, ada seorang jiran saya yang dikenali sebagai "Man Tiga". Dia ni digelar begitu kerana mempunyai tiga isteri. Isteri-isterinya semua bersatu hati dan berbaik-baik antara madu. Masing-masing membuat kuih-muih dan menjual di hadapan rumah. Hasilnya, si suami gunakan untuk menampung hidup serta persekolahan anak-anak yang sebanyak 15 orang.

Saya pernah bertanya, mengapa tidak dicukupkan 4 orang? Jawapannya, "Coming Soon!" Dia berkata begitu dengan bangga sekali.

Saya? Teringin jugak! Tapi, setakat ini, cukuplah dengan satu isteri. Mungkin saya tidak sanggup menduakannya kerana melihat jauh ke dalam anak mata anak-anak saya yang empat orang itu. Saya sangat sayangkan anak-anak saya yang comel dan cerdek ini. Kalau orang lain saya tak tahu lah pulak! Semoga cita-cita beristeri lebih daripada satu bukan menjadi agenda saya, tidak sekarang, tidak juga di masa depan, insya-Allah. Lagipun, tak ada adik-beradik saya yang beristeri lebih dari satu. Takut nanti jadi suatu perkara yang luar biasa bagi keluarga kami.

Saya pernah terbaca dalam satu majalah tempatan. Kata isteri seorang Dato, "Biarlah dato ada 'affair' dengan 'mistressnya' daripada dato (suaminya) berkahwin dengan perempuan itu. Mengucap panjang saya.

Sanggupkah menanggung dosa? Tidak takutkah kepada azab Allah SWT? Tahukah betapa besarnya dosa berzina di sisi Islam?

Masya-Allah!!!!!

Ini kisah tentang kaum lelaki di utara Semenanjung. Ada yang sanggup melintas ke seberang melepaskan nafsu serakah. Memanglah, kalau kita tengok gadis-gadis di sana, muda-muda dan bergetah. Layan lelaki macam raja. Lelaki-lelaki ini berkata bahawa isteri mereka tidak sanggup buat seperti apa yang dilakukan oleh gadis-gadis seberang ini. Makan disuap, kaki dibasuh dan macam-macam lagi layanan yang tidak terbuat oleh isteri kita.

Tapi mereka lupa. Yang tidak halal itu memang sedap kerana di tengah-tengah lelaki dan perempuan itu duduknya syaitan. Tentu sahaja enak, kerana syaitan dah terselit dan mengindahkan segala-galanya. Lupakah bahawa di sana penyakit Aids sedang menular pantas? Tak takutkah terkena virus HIV? Atau dijangkiti siplis, herpes dan lain-lain penyakit kelamin? Nauzubillah! Kemudian, bila balik ke rumah, maka berjangkitlah penyakit ini kepada si isteri. Tidak kasihankah kepada isteri yang setia? Yang baik? Yang tidak tahu apa-apa? Nanti, jika terbocor rahsia, siapa yang malu? Satu keturunan mendapat aib. Yang pasti, bukan suami sahaja akan dikutuk, dimaki, malah seluruh keluarga akan dipulau masyarakat setempat!

Jadi bacalah post ini wahai para isteri yang budiman .....

POLIGAMI

Poligami antara tanggungjawab sosial, keinginan lelaki dan keresahan wanita. Poligami sebenarnya merupakan punca keresahan kepada isteri pertama lebih daripada merupakan masalah wanita keseluruhannya. Dari kenyataannya, wanita secara umum perlukan kepada poligami sebagaimana lelaki namun sebab sahaja yang berbeza. Suami yang berkeinginan kuat, memerlukan lebih dari seorang isteri. Wanita yang lemah memerlukan perlindungan – bilangan mereka ini ramai – perlukan kepada suami. Tidak semua keadaan atau bukanlah keadilan mutlak kalau kita berpegang kepada kaedah ‘satu lelaki untuk satu perempuan’.Sebaliknya ia akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat.

“Ustaz tolong cakap kepada suami saya…”.

Begitulah bunyinya seorang isteri memulakan luahannya apabila suami ingin ‘pasang cawangan’.

“Dia tidak mampu, apa yang saya tahu –saya isterinya – dia tidak boleh berlaku adil. Bukan saya tidak setuju….”, luahnya lagi.

Beginilah detik-detik kehidupan seorang isteri yang ingin dimadukan. Perasaan sedih, kecewa, celaru bercampur-baur, mengakibatkan bak kata pepatah, “mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang.” seolah-olah seluruh dunia memusuhinya.

Sebaliknya pula pengakuan suami.

“Saya bahagia dengan isteri saya, kami tidak ada masalah, cuma saya rasa nakkan satu lagi. Saya percaya saya boleh beri keadilan kepada isteri saya kalau saya berpoligami. Isteri saya InsyaAllah boleh terima keadaan ini. Bukan kerana cantik. Kalau nak lihat pada kecantikan isteri saya yang pertama pun lagi cun…”

Keinginan yang melonjak-lonjak sukar ditafsirkan. Tetapi itulah hakikatnya. Ucapan suami yang berkobar-kobar dan keresahan isteri yang berdebar-debar. Punca apa yang perlu dikaji ialah, apakah punca kepada keresahan isteri pertama itu sebenarnya?

Dari pengamatan penulis ada beberapa punca yang menyebabkan perkara itu berlaku:

1. Ia kadangkala berpunca daripada sikap wanita itu sendiri yang pentingkan diri sendiri (isteri pertama), sukar untuk bertolak ansur, dan sukar menerima hakikat ia sudah berkongsi tongkat.

2. Kadang-kadang berpunca dari sikap lelaki yang bersikap ‘habis madu sepah dibuang’ dan senang melihat penderitaan isteri yang dimadukan.

3. Kadang kala berpunca daripada masyarakat yang memandang serong kepada poligami, sehingga menganggap isteri tua tidak pandai menjaga suami dan sebagainya.

4. Serta tidak kurang juga masalah datang daripada isteri kedua yang tamak dan tidak sedarkan diri. Setelah mengambil suami orang dia berusaha merampasnya terus.

Keempat-empat punca ini, adalah penafsiran sebenar kepada keresahan untuk menerima hakikat bermadu oleh isteri pertama. Ia bukan disebabkan oleh poligami itu sendiri.

Poligami membawa kebaikan kepada masyarakat dan keluarga jika ia dilaksanakan dengan menepati kehendak hukum Islam. Sistem Islam yang amat adil ini dicemari oleh perbuatan manusia sehingga poligami dilihat negatif oleh banyak kelompok masyarakat. Jika sekiranya manusia lelaki dan wanita bersikap adil (adil bukan hanya sifat lelaki) poligami akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang sedang dihadapi oleh manusia kini. Kesedaran Sosial Penulis ingin mengajak isteri-isteri untuk merenung nasib kaum sejenis dengannya.

Siapakah yang lebih halus perasaannya untuk merasa belas kasihan kepada kaum wanita yang tidak bernasib baik, kalau isteri pertama hanya mementingkan diri dan mengatakan jangan kacau suami saya, maka siapa yang akan selamatkan mereka? Kalau begitu wanita adalah mereka yang paling tidak sensitif dengan isu wanita dan amat mementingkan diri sendiri.

”Kalau nak kawin dengan anak dara tua oklah juga atau selamatkan janda yang tidak terbela….. ini tidak, nak cari anak dara, berkelulusan tinggi ada profesion dan kadang kala tidak pentingkan agama….ada potensi boleh didik, dakwanya. Mana tanggungjawab sosial di sini? Saya nampak tak ada lain kecuali nafsu”.

Ya, kenyataan itu ada benarnya, namun tanggungjawab sosial tidak terhenti kepada masalah yang disebutkan. Mengelakkan berlaku perzinaan dan hubungan sumbang juga adalah suatu tanggung jawab sosial.

Suami ada sebab tersendiri yang diterima syariat untuk melepaskan keghairahannya dengan cara berpoligami. Kepada isteri kedua hendaklah berterima kasih kepada isteri pertama. Hormatilah mereka sebagaimana sepatutnya.

“….Dulu saya yang carikan untuknya isteri, sampai hati dia sanggup meninggalkan saya”

Jagalah lidah daripada ucapan menghasut, dan usaha untuk control suami.

”Saya tidak suka dengan perempuan gila tu..tak tahu jaga laki !!!”

Islam melarang isteri yang bermadu bertindak demikian. Hadapilah sikap mementingkan diri sendiri dengan mujahadah. Sebaliknya berilah dorongan kepada suami agar bersegera ke rumah isteri pertama.

“Abang kalau balik sana , kirim salam pada kakak ya!”

Kekang keinginan dengan perasaan tanggungjawab.

“Masa mula-mula kahwin dulu dia balik setiap dua hari tetapi sekarang ada saja alasannya. Kalau yang sana tu telefon cepat-cepat dia balik, kadang-kadang nak minum air bersama anak-anak pun tak sempat”.

Selepas beberapa bulan dari berpoligami kenyataan perit bermula. Perahu kini sudah tidak berkemudi lagi. Lajak sudah tidak boleh diundur dan nasib isteri pertama sukar diramalkan. Rasa tanggungjawab mula nipis dan ikrar keadilan mula dilupakan. Suami mula menghadapi dunia baru yang tidak dijangka sebelum ini.

“Macam mana selepas buka cawangan?”

“Perempuan, perempuan juga. Kalau belum mula tu…. tak payahlah”

Oleh kerana menyedari akan ragam manusia ini Islam meletakkan panduan yang lengkap yang perlu diikuti oleh pasangan yang ingin berpoligami.

Naluri keinginan lelaki seharusnya dihalakan untuk memenuhi tuntutan sosial seperti berikut;

1. Kemandulan: Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam mengharuskan suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi zuriat sendiri.

2. Penyakit: Isteri mengidap penyakit yang menghalang si suami untuk menikmati kehidupan rumahtangga secara sempurna, kerana isteri gagal memberi layanan yang sewajarnya kepada suami, Islam mengizinkan suami untuk berpoligami sebagai satu ganjaran terhadap kesabaran suami yang sanggup menjaga dan menanggung isteri yang berpenyakit.

3. Nafsu: Suami memiliki keupayaan seksual yang luarbiasa dan tidak mampu ditampung oleh seorang isteri, apatah lagi sekiranya si isteri berada dalam haid dan nifas. Islam mengharuskan suami berpoligami untuk memelihara kesucian agama dari terjebak ke lembah maksiat.

4. Pertambahan bilangan janda, balu dan andartu: Bertambah bilangan kumpulan di atas secara tidak langsung menambahkan bebanan sosial dan mempengaruhi kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong sesiapa yang berjiwa mulia untuk berpoligami dengan niat memelihara kehormatan dan kemulian kaum wanita.

5. Musafir: Para suami yang banyak bermusafir keluar negara dalam tempoh yang agak lama diatas urusan tertentu juga adalah antara faktor yang membolehkan lelaki untuk berpoligami. Kerana dengan itu ia dapat mengelak dari terjebak kepada dosa dan zina.

6. Pertambahan bilangan perempuan: Perkara ini berlaku disebabkan kematian ramai kaum lelaki. Keadaan ini juga adalah antara sebab sosial yang mengharuskan poligami.

Syarat-syarat poligami

Ada beberapa syarat yang ditetapkan kepada lelaki yang ingin berpoligami. Antaranya ialah:

1. Ada keinginan daripada pihak lelaki

2. Tidak boleh melebihi empat orang. Islam menghadkan poligami hanya kepada empat orang sahaja.

3. Mampu berlaku adil. Keadilan meliputi perkara-perkara berkaitan tempat tinggal, nafkah, makan pakai dan tidak termasuk hal-hal yang berkaitan dengan hati dan kecenderungan perasaan. Jika keadilan gagal dipenuhi Islam tidak mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.

Hukum berpoligami.

1. Wajib apabila dibimbangi membawa kepada zina dan maksiat

2. Harus, bila suami berkemampuan dan berkeinginan untuk berpoligami

3. Haram, apabila tidak mampu menunaikan hak yang sepatutnya kepada isteri-isterinya.

4. Makruh, apabila suami gagal menunaikan bebarapa hak isterinya dan dengan keredaan isteri

Apakah poligami harus digalak atau harus dihindari terserahlah kepada penilaian suami yang bijaksana.

Sumber: Laman Nurani

PANDUAN MENJADI SUAMI DAN ISTERI YANG BAIK

Dalam setiap perkahwinan, pasangan yang mendirikan rumahtangga mempunyai impian untuk mendapat suami atau isteri yang baik seperti sifat Rasulullah SAW atau Siti Khadijah. Walaupun kata perpatah melayu "Lidah lagikan tergigit". Itu adalah asam garam kehidupan yang perlu ditempuhi sepanjang hidup di alam berumahtangga.


Hidup berumahtangga bukan hanyalah untuk menikmati sex sahaja, disamping naluri sex adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sehubungan dengan itu nafsu kelamin itu tidak perlu dibasmikan atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan secara teratur dengan sebaik-baiknya. Justru itu perkahwinan itu adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin dikalangan manusia.


Sabda Rasulullah SAW:


"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya dia telah memelihara sebahagian daripada agamanya"


Untuk memimpin sebuah keluarga yang baru, si suami atau si isteri mestilah belajar bagaimana hendak membentuk keluarganya menjadi keluarga yang bahagia yang dikehendaki supaya kekal ke akhir hayatnya. Ciri-ciri yang perlu diikuti oleh setiap pasangan suami-isteri berugama Islam adalah seperti berikut:-


CIRI-CIRI SUAMI YANG TERBAIK


1. Memegang peranan sebagai ketua keluarga.
2. Menunaikan kewajipan sebagai suami mengikut ikatan janji.
3. Isteri adalah dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh kehidupan.
4. Cinta kasih terhadap isteri mestilah dibina dengan penuh kasih sayang, ikhlas, jujur serta dijelmakan di dalam sikap dan perbuatannya.
5. Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutama soal-soal urusan rumahtangga.
6. Jangan bertindak kasar, berilah kesempatan untuk memperbaiki kesilapan.
7. Membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung atau tidak langsung.
8. Berlaku jujur dan ingatlah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui.
9. Memahami kedudukan sebagai isteri seorang wanita yang tidak sama tarafnya.
10. Selesai segala sengketa dengan bijaksana, buang nafsu amarah dengan segera, ingat ajaran Allah SWT dan Rasullullah SAW.
11. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan jika terdapat kesilapan.
12. Ingatlah bahawa isteri dan anak adalah amanat Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kelak.
13. Mempunyai prinsip dan pedoman bahawa perkahwinan mempunyai nilai yang mulia dan tinggi.
14. Mempunyai akhlak yang terpuji mengikut ajaran Islam.


CIRI-CIRI ISTERI YANG BAIK


1. Isteri yang patuh pada ajaran agama.
2. Menjaga amanat dan pesanan suami dengan sebaik-baiknya.
3. Menjaga kesihatan diri, lahir dan batin.
4. Memelihara kehormatan diri dan suami.
5. Menjaga rahsia suami.
6. Menjaga perasaan suami tanpa melebihkan diri sendiri.
7. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
8. Hormat dan sopan terhadap suami.
9. Cinta dan kasih kepada suami dibuktikan dengan perbuatan.
10. Jangan bertindak sendiri tanpa pengetahuan suami.
11. Berbincang dan berunding dalam segala urusan rumahtangga.
12. Jujur dan ikhlas.
13. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik sekalipun ditengah kesibukan kerja-kerja lain.
14. Mengasuh dan mendidik anak-anaknya seperti yang dianjurkan oleh Islam.


Semuga rumahtangga dirahmati Allah SWT hendaknya dan kekal ke akhir hayat kita.

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT

 

Buat sesiapa yang merasakan ada penyakit mazmumah dalam badan.



(1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.



(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.



(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.



(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.



(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.



(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.



(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.



(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh

penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.



(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.



(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.



(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)

Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.



(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.



(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.



(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.



(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.



(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.



(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.



(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.



(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.



(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.



(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.



(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .



(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.



(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.



(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.



(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.



(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.



(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.



(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya
akan halus.



(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.



(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.



(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.



(33) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.



33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.



(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.



(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.



(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.



(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."



(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

ISTERI CURANG




Banyak kisah kita pernah dengar isteri curang kepada suami dan suami curang kepada isteri. Baru-baru ini perkara ini terjadi kepada kawan aku sendiri dimana isterinya curang kepada dia. Apabila berlaku kes yang sedemikian hanya kaum hawa kita persalahkan. Kalau berlaku kepada suami yang curang, mungkin kita anggap kes ini biasa aje, jalan penyelesaiannya si suami akan mengambil wanita ini menjadi isterinya kemudian.

Kita tak tahu punca sebenar yang menyebabkan si isteri curang kepada suaminya. Banyak sebab-sebab kita boleh senaraikan, tetapi masih berlaku juga dalam masyarakat ini. Mungkin kurang pengetahuan dan pendidikan dalam soal rumahtangga, kurang membaca buku-buku motivasi dari pakar dan disebabkan kita asyik hanya menonton rancangan hiburan-hiburan, rancangan realiti TV dan hanya segelintir sahaja yang menonton rancangan TV contoh seperti Forum Perdana Islam, Bersama Dr Fadilah Kamsah dan banyak lagi rancangan yang memberi faedah dan manafaat kepada kita.

Dalam kes ini, pasangan suami isteri ini sungguh berminat menonton rancangan TV, kisah-kisah seram seperti Mistik, Misteri Nusantara dan banyak lagi. Pasangan ini kurang membaca buku-buku berkenaan soal rumahtangga. Hanya pernah menghadiri kursus perkahwinan 12 tahun dahulu sebelum berkahwin.

Masalah yang dikenalpasti berpunca adalah yang pertama, si isteri memendam perasaan bertahun-tahun lamanya. Kurang berkomunikasi antara satu sama lain, apabila diajak berbincang si suami selalu mengelakkan diri. Yang kedua masalah nafkah batin. Di abai dan selalu gersang. Dalam 12 tahun perkahwinan mereka hanya 3 tahun pertama sahaja mendapat nafkah batin. Seterusnya si suami sudah kurang berminat walaupun si isteri masih cantik dan menawan.

Si suami malu untuk mengaku beliau lemah tenaga batin. Banyak tukang urut dan pakar-pakar dalam bidang ini dan kalau kita perhatikan dalam majalah dan internet sahaja banyak iklan untuk menguatkan tenaga untuk lelaki dan untuk isteri. Jangan kita rasa malu atau rendah diri untuk melakukan sesuatu keatas diri kita demi kebahagian rumahtangga.

Isteri mana dalam dunia ini yang sanggup tidak disentuh bertahun-tahun oleh suaminya dan berdiam diri kononnya nak jaga maruah dan rumahtangga supaya nampak bahagia. Apabila si isteri yang telah lama gersang terjumpa buaya darat atau buaya tembaga yang boleh memenuhi keperluan nafkah batinnya. Ia sanggup dan berani menanggung risiko dan dosa dan tidak takut dengan azab Allah SWT nanti.

Jadi kepada Si suami dan Si Isteri cerminlah diri, ingatlah bala yang kita tempah sendiri. Kalau belum terlanjur patah balik ke pangkal jalan. Kalau yang dah terlanjur berdoa dan memohon keampunan dari Allah SWT. Kita mesti ingat dalam hidup ini bahawa kita dicipta oleh Allah SWT untuk mentaat perintahnya dan meninggal larangannya semuga hidup kita diberi Allah SWT kebahagian dunia dan juga akhirat.



13 Sebab Si Dia Curang

1. Landasan Hubungan Rapuh

Dulu dia bercinta dengan kamu atas landasan yang tidak kukuh seperti dicabar teman- teman dan dipaksa keluarga. Mungkin juga dulu dia beranggapan hendak main-main atau cuba- cuba saja dengan kamu. Tak sangka pulak kamu terus melekat! Mungkin juga kerana wajah kamu yang cantik membuat si dia rasa ingin bercinta dengan kamu dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul- betul cinta dengan kamu, sebaliknya terpaksa berpura- pura. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yang benar- benar membuat dia jatuh cinta!



2. Hidup Terkongkong

Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yang diingini dihimpit ketika berpasangan dengan kamu. Sikit-sikit kamu menelefonnya seolah-olah tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada kamu bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pengajaran berguna kepada kamu!


3. Rasa Tidak Dihargai

Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin kamu sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata-kata yang tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaannya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yang buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang kamu! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iaitu perasaan yang tidak dapat dirasakan bila bersama kamu.


4. Sering berjauhan

kamu dan si dia sering berjauhan. Contohnya kamu belajar di universiti dan sering bekerja di kampung halaman kamu. Kamu hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga kamu atau si dia asyik kerja out-station, dihantar kursus sehingga berhari-hari, berminggu- minggu atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat kamu tiada. Niat dia mungkin sekadar suka- suka tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!


5. Mahu Lebih Bahagia

Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang- kadang tidak jelas.


6. Rasa Marah

Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Kamu mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati kamu. Kamu juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dengan tidak mahu meminta maaf. Mungkin kamu juga sering menimbulkan kemarahannya dengan melakukan perkara- perkara yang tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling mnyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.


7. Ada Orang Cemburu

Si dia setia dengan kamu dab kamu juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yang begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan kamu. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan kamu. Si dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!


8. Komunikasi Hambar

Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin kamu terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata- kata cinta. Bila bertemu, kamu dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk di bincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yang dapat mengisi kekosongan hati ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.


9. Rasa Rendah Diri

Dia sayangkan kamu tetapi jauh di sudut hatinya betapa rendah diri pada diri sendiri. Kamu mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila kamu membawanya di majlis- majlis sosial yang dilingkungi orang- orang yang berjaya. Dia cintakan kamu tapi pada waktu yang sama tidak percayakan kamu. Dia mungkin beranggapan kamu hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu kamu berjumpa dengan orang yang setaraf dengan kamu. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu-buru dengan menerima cinta orang lain yang lebih menyanjungi dirinya berbanding kamu!


10. Ketidakpuasan Dalam Kasih Sayang

Si dia mungkin merasakan kamu tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kamu sibuk ke sana sini dan kerjaya kamu membuat kamu tidak cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta kamu dengan keluar dengan orang lain yang lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.


11. Hubungan Terlalu Rutin

Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yang akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya, malam minggu pasti kamu akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik- asyik restoran yang sama. Kamu tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat- tempat menarik dan sebagainya. Kadang- kadang aktiviti seperti melawat zoo, pameran dan muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.


12. Sikap Playboy

Ahh..... si dia memang patut kamu jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jangan menyesal jika si dia meninggalkan kamu kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi kamu sebelum kamu lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada kamu. Lelaki hidung belang.


13. Sikap yang mengada- ngada

Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang- kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang kamu minta. Malah kadang- kadang hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk kamu! Malah kamu terus mendesak seolah- olah dia anak jutawan. Kamu juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi ke kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau kamu sudah menjadi suami isteri. Si dia mungkin muak dengan sikap kamu dan mencari pengganti yang lebih memahaminya.

Dan banyak lagi sebab-sebab isteri curang, bersambung...................

MENELITI AIB DIRI SENDIRI

 



Apabila pilihanraya kecil disesuatu kawasan akan diadakan, kita akan mendengar ceramah dari parti-parti politik yang akan bertanding. Dalam usaha untuk memenangi pilihanraya kecil, kita sering mendengar kisah baik dan buruknya calon yang akan bertanding.

Segala keburukan tentang calon tersebut akan didedahkan oleh parti lawan kepada pengundi sehingga mengeluarkan aib seseorang walaupun perkara itu benar atau sebaliknya.

Begitu juga di dalam masyarakat kita, tak kira di mana pun kalau ada kesempatan saja , ada saja aib tentang seseorang yang akan kita bincangkan. Macam mana umat Islam nak maju ke hadapan.

Mungkin sudah tidak terhitung seberapa banyak aib daripada seseorang yang telah kita ungkap di hadapan khalayak ramai.

Dan betapa kita mungkin merasa nikmat kerana telah memperbincangkan hal ikhwal tentang aib seseorang, meskipun kita sendiri sesungguhnya belum yakin akan kebenaran berita dan aib dari orang yang kita bicarakan tersebut. Begitu ringannya lidah kita melancarkan sebuah kalimat yang kita tidak tahu apakah kalimah tersebut membawa keredhaan Allah SWT atau mungkin malah mendatangkan kemurkaan-Nya - Semoga Allah SWT lindungi kita dari hal demikian.


Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyebutkan bahawa,

"Engkau tidak akan memperolehi hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu, baru kemudian engkau perbaiki orang lain.


Setiap kau baiki satu aibmu, maka akan tampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai Allah adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri. "

Semoga petikan ucapan ringkas dari Imam Hasan Al Basri di atas cukup dan boleh menjadi renungan buat kita bersama dan semoga hal ini menjadi motivasi bagi kita untuk tiada henti-henti menilai diri dan berhati-hati dalam setiap ucapan yang akan kita buat.

Astaghfirullahal 'adhiim,

BERSIHKAN HATI


 


RESEPI MEMBERSIHKAN HATI

Hati yang dimaksudkan adalah hati kalbu, hati selalunya didorong oleh nafsu. Iblis dan shaitan selalu menggangu kita dengan menghasut nafsu, dan nafsulah yang mendorong hati melanggar perintah Allah SWT. Jika hati menurut nafsu maka binasalah keimanan kita. Untuk menghalang nafsu dari mengawal hati kita, kita hendaklah membersihkan hati kalbu. Hati adalah penentu. Kata baginda Nabi dalam hadithnya disebutkan:

“Dalam diri manusia ada segumpal daging, jika baik daging itu maka baik seluruh amalnya, jika buruk maka buruklah segala amal perbuatannya, maka itulah hati”.

Hati yang bersih, hati yang suci, akan mudah menyerap dan memantulkan kebaikan. Ia akan memancarkan cahaya seperti permata. Jika kita melihat wajah seseorang yang beriman. Wajahnya cukup bercahaya kerana terpancarnya cahaya keimanan dari hatinya. Oleh kerana itu mari kita selalu membersihkan hati kita.

Cara-caranya:

1. Membaca Al-quran – Diturun sebagai pedoman untuk umat manusia. Bacalah ia walaupun sepotong ayat tiap-tiap hari. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Ertinya: “Bacalah olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia akan menjadi syafaat pada hari kiamat bagi para pembaca Al-Quran”

2. Dzikrullah (berzikir, mengingat Allah SWT ) – Bila-bila masa dan dimana-mana, tiada masa tertentu.

3. Solat - Menyempurnakan yang wajib, memperbanyak yang sunnah.


4. Tawakkal - Menyerahkan segala urusan kepadaNya, berusaha menjadikan diri dan hati merasa aman bersamaNya.


5. Selawat kepada baginda nabi Muhammad SAW - Sebagai bukti kecintaan, mengharap syafaat.

Mari berusaha membersihkan hati kita, semampu kita. Sedikit demi sedikit sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, terus dan terus menjadikannya lebih baik tentu saja dengan pertolongan Allah SWT. Setelah ada tekad yang kuat dari diri kita insyaAllah, Allah SWT pasti memberikan jalan.

Semoga bermanfaat, wallahu A’lam bisshawab.

ANDA YANG MANA SATU?

 



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah orang yang membiar atau malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

Tuesday, January 26, 2010

10 Amalan Yang Terbalik



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik :

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa! pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap! Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah o! rang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup diba! yar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuat! an amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas.

 

Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW : "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

Dahi cecah ke sejadah…

 

 

 


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan

Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,

Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu

dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu

jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat

Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak lagi menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya

 Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya
setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patuk itik tak sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tanda-tanda Bahagia



1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya



Tanda-tanda Sengsara


1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
12. Gila pangkat dan irihati terhadap orang lain

Assalammualaikum..


 

Mari kita singkap biodata iblis laknatullah...Semoga kita tidak terpedaya dengan tipu dayanya....

 

Nama : Iblis Laknatullah

 

Tempat Lahir  : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi

Adam a.s

Status : Fasik Kelas pertama

 

Agama: kufur

 

Tempat tinggal didunia: Didalam hati mereka yang lalai

 

Tempat tinggal di Akhirat: Neraka Jahanam

 

Kawasan Legarnya: Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mangingati Allah.

Arah Perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

 

Isteri didunia:  setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya

 

Kaum Kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

 

Modal Pusingan: Angan-angan kosong

 

Tempat pertemuan: Pasar-pasar(pusat membeli-belah)

 

Musuh Ketat: Orang Islam yang beriman dan bertaqwa

 

Kegemaran: Melalaikan manusia dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan

 

Cita-cita/Matlamat: supaya semua makhluk dimuka bumi ini menjadi kafir dan sama-samamasuk neraka jahanam

 

Kelemahannya: Apabila orang mambaca istighfar

 

Lambang: Sebarang tatoo

 

Pejabat Operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajisdan kotor serta     tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

 

Sumber: segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

 

Perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah

 

Teman Sejawat: Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran

 

Ganjaran: Dosa dan kemurkaan Allah

 

Berkomunikasi dengan: Orang yang suka mengumpat, mencaci,memaki hamun,pendengki, pendendam,dan menghasut.

 

Makanan Kegemaran:Daging Orang mati,segala najis dan kotoran

 

Yang Ditakuti: Orang mukmin yang bertaqwa, beriman dan beramal

 

Yang Dibenci: Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

 

Alat Perangkap: Wanita cantik, model, pelacur dan seumpamanya

 

Temoh Perkhidmatan: Sehingga hari kiamat

 

Saat ajal: Apabila tiba waktu yang ditentukan Allah Pada hari kiamat kelak

 

Yang disukai: Homoseksual dan lesbian

 

Janji-janji: janji-janji kosang, angan-angan dan tipu daya

 

Yang membuatnya menangis: Apabila manusia sujud kepada Allah

 

 


Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah