Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Thursday, July 08, 2010

Al-Hadith : Dikasihi Allah, dikasihi manusia



Dari Abu Abbas, Sahl bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang
lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu
amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. '
Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh
Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau
dicintai oleh orang ramai. '

(Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad yang baik)



Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah
SAW telah
bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka
janganlah kamu sia-siakan, Dia telah menentukan beberapa hudud (batasan), maka
janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka
janganlah kamu mencabulinya dan Dia diamkan segala sesuatu sebagai rahmat bagi
kamu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.

(Riwayat Daruqutni dan lain-lain)

Wednesday, July 07, 2010

Punca Sakit Belakang


Punca Sakit Belakang

Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjuang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ.

Sesuatu organ akan sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal (NW1) dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan rendah ke tulang Coccyx (tulang sulbi). Proses ini akan memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.

Apabila suatu organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang sebelum diproses untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman ini lah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebabkan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga yang berterusan ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah tercedera atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang iala slip disk.

Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap normal, rasa kesakitan telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.

Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang

  • Setiap pesakit mempunyai punca yang berbeza antara satu sama lain dan ia
    dapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secara
    terpeinci dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan, berikut ialah
    ringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptom
    sakit belakang.
  • Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkan
    pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik
    dengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang
    terutama di bahagian pinggul atau Cervical.
  • Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah
    berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan
    makanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa atau
    pengawit. Elakkan mengambil kopi terutama Nescefe dan air bergas /
    bikarbonat.
  • Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan
    terhadap sakit belakang.

Psikologi adalah perkara terpenting yang perlu diawasi kerana ia sangat berkaitan dengan organ penghadaman. Saya akan terangkan secara terpeinci dan penuh saintifik kaitan antara organ dan karekor yang dikatakan sebagai punca penyakit belakang di dalam post yang lain, insya Allah. Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:-

  • Banyak bersabar, kawal perasaan marah (berkaitan dengan Hempedu (NW14),
    Tekanan darah tinggi (
    NW7).
  • Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu
    yang tidak adil (berkaitan dengan sistem limpatik (
    NW12).
  • Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, hasad, dengki, khianat
    (yang berkaitan dengan organ pankreas (
    NW15)
  • Jangan mudah bersedih (yang berkaitan dengan organ paru-paru (NW10).
  • Jangan mudah risau (yang berkaitan dengan jantung (NW11)
  • Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah (berkaitan dengan buah
    pinggang
    NW13).

Si Dia Tidak Pandai Mengaji

Si Dia Tidak Pandai Mengaji

Di ruangan kaunseling Dang Setia akhbar Metro Ahad, 5 Ogos 2007, seorang guru wanita telah menulis menyatakan kebingungannya terhadap calon suami yang tidak tahu mengaji Al-Quran. Menurut guru yang berusia 25 tahun itu, bakal suaminya pada luaran nampak sempurna tetapi baru-baru ini barulah diketahui bahawa beliau tidak lancar membaca dan masih belum khatam Al-Quran.
metroahad.jpg
Dang Setia memberi respon positif dengan memuji guru tersebut kerana mementingkan agama ketika memilih calon pasangan hidup. Beliau mencadangkan agar si lelaki mula mempelajari bacaan Al-Quran. Kesungguhan yang ditunjukkan untuk belajar boleh dijadikan penanda aras untuk menentukan nilai agama si lelaki. Seterusnya si guru boleh membuat keputusan untuk masa depan dirinya.

Pendapat Dang Setia benar. Seseorang yang belum mahir membaca Al-Quran seharusnya berusaha mempelajari bacaan Al-Quran. Bukan setakat membaca, malah jika mampu perlu mengkaji Al-Quran secara serius dan konsisten setiap hari. Walaupun mungkin masa yang diperuntukkan untuk pembacaan dan kajian sekadar setengah jam setiap sehari, ia perlu dilakukan berterusan. Aisyah r.a. pernah menyatakan bahawa, “amalan yang paling disukai oleh Rasulullah adalah amalan yang dikerjakan secara terus-menerus.” [1]

Artikel-artikel tentang kelebihan dan kehebatan Al-Quran pernah disiarkan sebelum ini. Secara keseluruhannya Al-Quran dapat mengeluarkan seseorang daripada kegelapan kepada kehidupan yang lebih bercahaya. Firman Allah di dalam surah Tallaq ayat 11, “(Diutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh – dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk).”

Al-Quran dapat memberi manfaat kepada pembacanya di dunia dan di akhirat. Di dalam sebuah riwayat Rasulullah telah berkata, “sesiapa yang pandai membaca Al-Quran ia akan dikumpulkan bersama para malaikat yang mulia. Sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi tersekat-sekat dan bersusah payah akan memperolehi dua pahala.” [2]

Menurut Sheikhul Hadith Muhammad Zakariyya, seseorang yang tersekat-sekat di dalam membaca Al-Quran akan mendapat dua ganjaran kerana dia telah menanggung susah payah di dalam mempelajari dan membaca Al-Quran. Namun, ini tidak bermaksud bahawa beliau akan memperoleh ganjaran melebihi orang yang mahir di dalam membaca Al-Quran. Ganjaran orang yang mahir adalah amat besar sehinggakan akan dikumpulkan bersama para malaikat. Justeru, jangan kita meninggalkan Al-Quran dengan alasan ia susah dibaca atau kerana bacaan kita tersekat-sekat.

Di dalam riwayat Tirmizi, Rasulullah telah berkata, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka dengannya ia memperoleh satu hasanah dan bagi satu hasanah itu bersamaan dengan sepuluh kali ganda pahala. Aku tidak berkata alif-lam-min itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf.” [3]

Di dalam riwayat lain oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim, Rasulullah telah berkata, “Sesiapa yang menjaga solat-solat fardhu tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang membaca seratus ayat pada satu malam tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai.” [4]

Namun, sebaik-baik pembacaan Al-Quran adalah apabila kita membaca sambil memahami maksud Al-Quran. Seterusnya mengamalkan apa yang diperintahkan oleh ayat-ayat yang kita fahami itu. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran?

Wallahu’alam.

Tuesday, July 06, 2010

Cinta Seorang Suami



Based on True Story..

Sekadar renungan untuk semua………..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ……… tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : ‘Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.’

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………

‘Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ….. kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,’ ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

‘Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…’ Sejenak kerongkongannya tersekat… ‘Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ……. bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno… Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…

Disitulah pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ……. Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar…

Rahsia Di Sebalik Nombor Rumah



Pernah tak korang terfikir mengapa korang memilih rumah yg korang duduki
sekarang?Apa nombornya?Apa yang menyebabkan korang tertarik untuk mendiami
rumah tersebut?
Kiraan:
Nombor 11 = 1+1=2
Jadi angka rumah korang ialah 2.Baca keterangan 2 kat bawah….

Nombor 192
= 1+9+2=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah korang ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah….

Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya
dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang
kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan
fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan
gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu
dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik
dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada
penghuninya.Cubalah… .

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah
bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya
degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan ‘kesempurnaan’
dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk
meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik
beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang
yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati
jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar
mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk
diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan
kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di
rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah
ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis.
Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis
ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang
lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan
seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal
di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka
akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang
bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun
begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat
perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan
telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan
kebendaan.

Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor
ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan
tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai
daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang
tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra
menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu
juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah
kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan
layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan
dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main
dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua
kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada
kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang
alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu
juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang
sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan
perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit
dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk
mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa
depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan
yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul
jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang
berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah
itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami
rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula
kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap
kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9

Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
dicita-citakan selama ini.

luahan....


sumber dalam forum

Re: perampas

Sorry....kebanyakkan perempuan zaman sekrg mmg suka bercinta dgn suami org.Kdg2 sesetengah perempuan sanggup menyerahkan maruah diri demi hendak menunjukkan kasih sayang terhadap suami org yang baginya si isteri tidak pandai menjaga rumahtangga.Kononnya suami org lebih romantik dan caring...Sebenarnya pompuan zmn skrg sanggup menghancurkan hati kaum sejenisnya....Tidakkah dia terfikir jika terjd ke atas ibunya sendiri.Tp bagi sy tidak salah jika si suami itu mampu dr segi segala2nya....Yg sy tidak puas hati,ada sesetengah lelaki yg tak sedar diri yg makan minum dia pun si isteri tanggung apatah lagi perbelanjaan dapur ,bil2 dan anak-anak.....Adakah ini dipanggil suami yang bertanggungjwb? Kenapa arus mencari lagi perempuan lain sedangkan isteri seorg pun setakat cukup2 makan shj....Pikir2kanlah kaum lelaki....Si isteri sanggup berkorban ape shj jika si suami pandai juga menjaga ati si isteri...Hakikatnya siape arus dipersalahkan....

Re(2): perampas

betul tu lia. i sokong... isteri zaman skrg bukan mcm dulu...i pakai minyak wangi pagi ptg siang mlm....anak sorang je sbb suami x nak ramai2. i pun muda lagi baru 26. kereta 2 bijik kancil dgn perdana downpayment i bayar. i kawin dgn suami dia x de apa2. u fikir berapa ribu downpayment perdana v6. kerana sayangkan suami i turutkan. u bayangkan i jugak masih study lg. tapi apa suami nak i bagi...tapi org x tau. ingat suami i kaya. poket tebal. nak menempel kat suami i mcm parasit. i x faham perangai pompuan2 ni. i mmg bengang giler. nasib baik i waras lg. kalau i jahat dah lama i layan jer laki2 kat luar tu. tapi i x nak jadi isteri nusyuz. x cium bau syurga.

Re: perampas

suami sememangnya tak sedar diri dan sering lupa daratan..bila poket tebal sikit perasan semua betina gilakan dia..nak testmarket konon..betina pula pantang diajak, mudah tergoda dan pantang dibelanja ingatkan suami orang tu banyak duit..tak sedar duit beli beras pun is3 yang bayar..belum lagi duit susu..
i dah alami kisah hidup begini..sedih dan rasa diri lansung tak dihargai..segala pengorbanan untuk suami sia-sia aja..suami cakap i tak faham jiwa dan kerja suami..sanggup pukul canag satu kl nak cari is3 ke 2..list suami panjang..terasa sungguh hina..
kaum lelaki jangan pandai cakap aje bermadu ini indah dan ikut sunnah nabi..kenapa amalan rukum iman dan islam tak ikut sunnah nabi..cakap macam bagus aje..
betina pula kena ayat cair..tak sedar ke hidup macam roda..goda suami orang suami sendiri bakal kena goda..tunggu dan lihat..bukan minta..tapi allah ini adil..betina datal...

Meletakkan satu batu asas; Penceraian adalah kegagalan si Suami. itu salah. Selain dari kerana jodoh dah habis, kegagalan munkin salah satu pihak salah, tapi bukan lelaki sahaja. Perempuan pun ada gagalnya. Kembali pada tajuk asal, kenapa anak dara suka pada suami orang. selain dari kerana jodoh peretemuan di tangan allah swt. Kebanyakkan kerana desperated, dah tak ada jantan lain nak kat dia. Suami orang ni biasanya pandai memikat, baik hati, murah hati dan banyak lagi le alasannya, rujuk aje le pendapat Pak ngah atas tu!

Meletakkan satu batu asas; Penceraian adalah kegagalan si Suami. itu salah. Selain dari kerana jodoh dah habis, kegagalan munkin salah satu pihak salah, tapi bukan lelaki sahaja. Perempuan pun ada gagalnya. Kembali pada tajuk asal, kenapa anak dara suka pada suami orang. selain dari kerana jodoh peretemuan di tangan allah swt. Kebanyakkan kerana desperated, dah tak ada jantan lain nak kat dia. Suami orang ni biasanya pandai memikat, baik hati, murah hati dan banyak lagi le alasannya, rujuk aje le pendapat Pak ngah atas tu!

Sekadar membuat pembetulan..untuk pengetahuan, isteri zaman sekarang mana ada busuk2 bau cempedak masam mcm org zaman dulu2, sibuk kt dapur dan ramai anak..kebanyakannya berkerjaya dan bijak dlm penampilan diri serta mengurus rumahtangga..Jgn tuduh org perempuan sebegitu, mungkin yg anda kenal sebegitu jd anda membuat telahan sebegitu.. Dah namanya lelaki, mmg suka nak test market, maklumlah makin tua makin ramai yg minat, tambah2 jika poket tebal dan pemurah. Tambahan pula ada ramai anak dara yg suka dgn lelaki yg teguh dan pemurah.. tapi tak semua lelaki bersifat buaya, cuma segelintir shj, nasiblah isteri2 yg dpt suami begitu..

May 23, 2008 09:59 GMT+8,
paparockpop wrote :

Re(3)Bunga_terung: perampas

Saya berbangga dengan puan dengan perngorbanan yang puan berikan tapi saya akan lebih bangga andai pengorbanan itu di iringi dengan keikhlasan. Ikhlas yang sebenar ia lah perngorbanan yang tidak di ungkit ungkit bak kata Nabi saw, seperti seeor semut hitam atas batu hitam pada waktu malam. Sekiranya puan meredhakan suami berkahwin lagi akan membawa erti yang besar kerana kesenangan yang puan miliki dapat di kongsi oleh saorang wanita lain, tumpang berteduh. Soal suami yang waras dan siuman akan menyayangi puan akan mencintai dan menyayangi puan selamanya, kecuali suami puan tu gila sepere!

Re: Syok dgn suami Orang

nak chat dan nak kawan rasanya. tetapi ada baiknyer jangan berkawan kalau dah tau dia laki orang. Aku pun chat gak tetapi just kat skrin jer ler. habis situ habis ler. Tak der ler sampai nak call2 dan nak dating2 nie. Habis2 pun email jer. Pokoknya tepuk dada tanya diri sendiri, kalau kita jadi bini orang tu adakah kita juga merelakan suami kita ada kawan lain? Sebab tu aku dalam rumahtangga jujur tu penting. Aku kenal saper kawan2 dia dan dia gak tahu saper kawan2 aku dan al-hamdulillah kawan dia kawan aku dan kawan aku kawan dia dan pendek kata mereka adalah kawan kami.

JANGAN TERLEBIH SUDAH!!!...

Ehh ko ni ckp belik2 la..

isteri yg baik kena doa supaya suami kawin lagi. Sebab dia perempuan baik ler maka dia rela suami berbahagia ada isteri ramai, dak gitu lagyBug?

"Suami yg baik tidak sesekali menyakiti hati isterinya" - itu bukan ckp aku. Itu kata Rasulullah SAW.

baik atau tidak seorang suami, isetri mesti mentaati suami. Sakit hati adalah penyakiy syaitan. mana ada istilah sakit hati. isteri kene redha dengan apa yang Allah beri. kekadang suami kawin lagi kerana itu adalah ketentuan. so isteri yang baik kene banyak doa suapaya suami tak kawin lagi.

baikkah suami itu?

Sebaik-baik suami dan semulia-mulia lelaki, tidak akan sampai hati dan tidak tergamak menyakiti hati isteri.

Sebaik-baik wanita dan semulia-mulia isteri pula ialah mentaati suaminya.

So sesama la give and take.

Kalau dah deduanya org yg baik dan mulia, takde la slack dimana2 - insyaAllah bahagia ke akhir hayat dan diberkati Allah hidup mereka.

Wisdom rules.. yeahhh

betul ke kamu isteri yang baik

betul ke kamu isteri yang baik atau kamu memiliki isteri yang baik. Kalau nak tahu dia baik atau tidak cuba kamu kawin lagi satu atau tengok keadaan kamu bila suami kamu kawin lagi. kalau kamu melenting, marah, mengamuk, maki hamun orang, susahkan hidup suami dan isteri baru , atau segala perlakuan yang menyusahkan hidup suami, bermakna kamu bukan isteri atau perempuan yang baik. perempuan atau isteri yang baik akan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Isteri yang baik adalah isteri yang beriman. Tapi kalau asyik nak kondem je isteri muda atau kat sini asyik nak cakap perempuan muda, anak dara atau sesiapa saja suka rampas suami orang perempuan tu adalah ciri2 perempuan atau isteri yang tidak baik. sebab tu suami dia Allah bagi isteri lain. so fikir-fikirkan lah. dalam Al-Quran tak ada istilah rampas suami orang . Selagi suami mampu dan kalau dia nak kahwini wanita yang baik2 apa salahnya. go ahead

Kenapa Suami Curang ?


Ini adalah untuk menjawab kemusykilan:
http://webblog.myjodoh.net/2007/08/01/kenapa-perlu-berusaha-sedangkan-semuanya-telah-ditentukan/#comment-970

Dear Min,

Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri sendiri.

Begitu juga mereka yang telah berumahtangga. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya.

Berbeza dengan soal zuriat. Baik atau buruk, tetap zuriat. Sedangkan pasangan hidup boleh bercerai atau berganti. Nabi berkata, “Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik”[1]

Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.

Patah bererti penceraian atau mencari yang lain. Jadi, ini faktor kedua-dua pihak. Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya.

Hanyasanya para isteri kurang merenung. Hanyasanya terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakkannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri.

Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.

Rasulullah mencintai Siti Khadtijah. Lelaki mana tak sayang isteri jika isteri mereka seperti Siti Khadtijah. Jika kita study sirah Nabawi, kita akan nampak bagaimana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi. Sampai diri sendiri jadi “zero”. Bayangkanlah perasaan seorang wanita yang pernah dua kali kematian suami, jika bersuami, sudah tentu mereka akan hargai. Berbeza dengan para isteri first time kahwin, belum lagi merasa kesusahan hidup bersendirian.

Nasihat saya, jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.

Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?

Wallahu’alam.

.

Atasi baran dengan bacaan ruqyah


Saya mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.

Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan. Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.

Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:

Saya turut bersimpati di atas apa yang terpaksa puan tempuhi. Namun, begitulah pahit maung ujian kehidupan, bukan hanya puan seorang malah setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pasti ada suratan ujian masing-masing yang tidak dapat dielakkan seperti firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun. (67:02)

Walau bagaimanapun, Allah SWT telah memaklumkan kepada kita mengenai hal ini seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155: Bahawasanya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Allah SWT kemudiannya ‘mendidik’ kita tentang apa yang perlu dilakukan apabila ujian kehidupan mengundang dalam ayat seterusnya (2:156): (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka lantas berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.

Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini:

“Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”

Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara:


1. Doa (kurniaan),


2. Rahmat dan


3. Hidayah daripada-Nya di dalam ayat seterusnya (2:157)


: Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya.

Bagi mengatasi masalah baran suami puan, cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan


ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’

21:69

ini semasa barannya muncul: Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (21:69)). Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin.

Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami puan, bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari


Surah al-Naml, ayat 30:

27:30


Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’


yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

Bagi pihak puan juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu puan mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila puan bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.

Puan juga digalakkan memperbanyakkan


istighfar kerana dalam Surah Hud,

ayat 3


Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)

Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Puan boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan puan dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama-Nya yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga puan dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan. Amin.

Sebagai satu alternatif, puan juga boleh mencuba bacaan ruqyah


dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:

3:200


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya). (3:200)).

Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga puan, bacalah Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim. (Maksudnya: Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Semoga keluarga puan terpelihara di dalam perlindungan Allah terutamanya anak-anak puan daripada mudarat perceraian. Amin

~ Utusan

renungan

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah