Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Monday, March 22, 2010

KISAH DAJJAL DALAM HADITH

sumber dr blog ilmuan~~~


http://resepirahsiaku.blogspot.com


"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka


Persoalan tentang al-ghaibiyyah, iaitu persoalan alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dali.Namun, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dll. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bangaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah dan kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.” Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

” Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.” Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.

” Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya

.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.” Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu


.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Sunday, March 21, 2010

Apabila manis jadi pahit




TIADA pasangan yang berkahwin semata-mata untuk bercerai. Namun jika sudah tiada jodoh, berpisah jalan terbaik. Kehidupan rumah tangga zaman milinium terlalu mencabar. Jika iman rapuh dan kesabaran setipis kulit bawang nescaya mahligai dibina kecundang jua akhirnya.

Pada pandangan zahir, pasangan itu sama cantik dan sepadan bagaikan pinang dibelah dua.

Pokoknya tiada yang kurang, dikurniakan pula kemewahan yang melimpah ruah namun hidup kita tiada yang sempurna. Apabila bersangkut soal hati, ia sukar dimengerti dan apabila sekeping hati itu sudah mula merajuk tiada yang dapat memujuk.

Perceraian bukan saja berlaku di kalangan artis dan selebriti bagaimanapun kerana kerjaya yang diceburi menjadikan mereka milik masyarakat, cerita mereka menjadi bualan. Semakin disorok semakin seronok untuk dibongkar kisah di sebalik tabir kemilau dan kemasyhuran yang dikecapi.

Tahun 2009 mencatat suka duka silih berganti. Yang baru mendirikan rumah tangga pasti sedang mengulit bahagia. Mereka yang baru mendapat cahaya mata pula tentu berasakan dunia ini mereka punya dan pada yang baru terlerai kasih, jangan bersedih.

Perceraian penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33, akhir Mei lalu, paling mendapat perhatian berikutan Maizawati membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen.

Pasangan itu akhirnya bercerai pada 15 Julai lalu selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

Penyanyi Waheeda atau nama sebenarnya Norwahida Abdul Wahab dikatakan penyebab keruntuhan mereka. Pun begitu setiap kali ditanya keintiman yang mula terjalin sama ada Akhil atau Waheeda, mereka menafikan sekeras-kerasnya. Kisah mereka semakin panas apabila ada yang terserempak dengan mereka menonton wayang bersama. Akhil juga mengundang Waheeda muncul dalam rancangan berbentuk nasihat kepada golongan remaja, Cafe Akhil Hayy 2.

Selepas puas menafikan mereka ada hubungan intim, akhirnya kebenaran terbongkar jua apabila sebaik saja Akhil bercerai dengan Maizawati, mereka terus menikah pada 16 Ogos lalu.

Perceraian yang turut menjadi berita sensasi ialah pernikahan tidak sah penerbit, pelakon dan dan pengarah terkenal Aziz M Osman, 47 dan pasangannya, Nor Radhiah Ramli, 23.

Pada 1 Februari lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Trengganu, memutuskan pernikahan Aziz dan Radhiah yang berlangsung pada 16 Ogos 2008, tidak sah dan mengarahkan pasangan itu berfaraq (berpisah).
Perkahwinan itu diputuskan tidak sah kerana ketika mereka berkahwin, Radhiah belum tamat edah bagi perkahwinan pertamanya dengan Engku Ahmad Hisham Engku Abdullah. Pernikahan Nor Radhiah dengan Engku Ahmad Hisham pula diputuskan mahkamah sebagai tidak sah kerana dinikahkan secara wali hakim oleh jurunikah warga negara Thailand, di luar bidang kuasa istikhlafnya iaitu bukan di dalam wilayah Narathiwat, Thailand.


Barangkali tahun ini juga menjadi kenangan pahit untuk pelakon dan model, Natasha Liana Hudson, 28, yang sekali lagi gagal mempertahankan rumah tangga keduanya dengan ahli perniagaan dan politik, Datuk Shahrin Zahari, 28, yang hanya bertahan dua tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 29 Julai 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Neesa Helena. Pernikahan pertama Natasha dengan Mohd Faiz Mohd Raih, 29, hanya bertahan lima bulan. Mereka berkahwin pada 6 Mei 2006.

Beego, 29 pula mencatatkan sejarah peribadi tersendiri apabila hanya 10 hari bergelar suami. Perkahwinan yang diselimuti duka itu berakhir dengan perceraian. Punca kenapa ikatan suami isteri itu terlerai, hanya mereka yang tahu.

Mengakhiri hubungan itu yang terlalu banyak kekusutan yang timbul, maka pada 16 Mac lalu, Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, sah melafazkan cerai talak satu terhadap Intan Shahira Mohd Shahru Bahari, 28, yang dinikahinya pada 29 Disember 2007.

Aktres popular era 90-an, Salina Zaimon atau Lydiawati, 43, pula dibayar RM105,000 oleh bekas suaminya, Azhar Mohd Zar, 35, atas perintah mahkamah selepas dicerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat selepas tiada bersefahaman antara mereka. Mereka berkahwin pada Ogos 2008.

Kisah keretakan rumah tangga Jamaludin Elias atau Nash, 48, antara yang menjadi tajuk utama akhbar apabila pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages,Sosilawati Lawiya, 44, memohon cerai taklik sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membatalkan permohonan injunksi secara ex-parte (sebelah pihak) yang dibuat bekas isterinya.

Bagaimanapun, Nash yang bernikah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor dan didakwa keluar dari rumah kelamin mereka pada 13 Ogos 2007, akhirnya sah melafazkan talak satu kepada Sosilawati di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu.

Pelawak, pelakon dan pengarah AR Badul turut mengejutkan ramai apabila disahkan bercerai dengan isterinya, Muna Liza Basir melalui talak khuluq (tebus talak) sebanyak RM1 pada 22 Jun lalu selepas gagal menemui jalan penyelesaian berhubung pergolakan rumah tangga mereka.

AR Badul yang berkahwin dengan Muna Liza sejak lapan tahun lalu didakwa wanita itu melafazkan cerai di Bukit Antarabangsa, Ampang pada 16 September 2008.

Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, 50, sekali lagi berdepan dilema perceraian apabila perkahwinan ketiganya dengan Fatimatu Zahra Samad, 25, pada 3 Januari 2006 di Thailand, berakhir dengan pengesahan talak satu yang dilafazkannya pada 15 Mei 2007.

Pelakon utama filem Santau, Puteri Mardiana Zainal Abidin, 28, dan Shahnaz Norwawi, 32, disahkan bercerai taklik dengan talak satu pada 25 Ogos lalu selepas mengingkari syarat taklik dengan keluar rumah tanpa izin suami pada 3 Julai.

Tanpa banyak publisiti selepas berkahwin, tiba-tiba pasangan selebriti, Siti Nordiana Alias, 25, dan Mohd Faizal Mohd Yusop, 31, yang bernikah pada 26 April 2006 disahkan bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah Faizal melafazkan cerai melalui telefon bimbit dua kali iaitu pada 27 Julai dan 25 Ogos.

Pelakon drama Kisah Kaisara dan Tari Tirana, Wan Sharmila Wan Mohamed, 28, turut disahkan bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober lalu selepas tiga tahun bergelar isteri kepada penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom, 37, selain dramatis Emma Akma Yunus, 40, yang bercerai buat kali ketiga dengan bekas suaminya yang juga pengarang akhbar tabloid, Mohd Kamal.

Beberapa kes perceraian artis yang masih dalam proses perbicaraan turut dapat perhatian termasuk permohonan pengesahan lafaz cerai isteri penyanyi Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 31, Marshila Mustapa yang ditangguhkan sehingga Februari 2010 kerana bekas vokalis kumpulan Exists itu dimaklumkan masih di Singapura kerana terbabit dalam kes kecurian telefon bimbit pelakon di sana.

Turut mendapat perhatian, perbicaraan kes perceraian kali kedua vokalis OAG, Radhi Razali, 32, dengan Shazlin Sharif, 31, yang bakal disambung 18 Januari depan.

Selepas insiden tercedera akibat jatuh tangga di kediamannya, Ida Nerina Hussain, 45, menghadapi satu lagi tamparan hebat apabila suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali memohon pengesahan lafaz cerai 29 Oktober lalu.

Proses perceraian antara penyanyi Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, yang memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada Aidilfitri 2008 terhadap komposer, Jamaluddin Sulik atau Seri Bayu yang kini menghidap penyakit saraf 'motoneuron' juga belum selesai.

ANDA YANG MANA SATU?


SUMBER DR BLOG ILMUAN:

http://resepirahsiaku.blogspot.com


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah orang yang membiar atau malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

10 PERKARA YANG SIA-SIA



SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakaan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sering membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari.


3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.


4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.


5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.


6. Lelaki atau wanita yang tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu.

7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.


8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.


9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.


10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan
kekenyangan di dalam rumah.

Isteri curang, suami pitam


KAJANG: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.


Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.

Pasangan berkenaan yang berpakaian lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.


Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.


Suami wanita itu yang berusia lingkungan 60-an dan enggan dikenali berkata, dia yang turut bersama dalam operasi terbabit hanya mampu menahan kemarahan dan hampir pitam sejurus melihat isterinya berada bersama lelaki lain.


“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram.


“Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.

Menurut suami malang terbabit, dia mendirikan rumah tangga sejak 19 tahun lalu dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dan tidak menyangka isterinya itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan tinggal bersama lelaki bukan mahram.

“Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.


“Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada saya kerana sepanjang kami berkahwin, kami tidak pernah berahsia. Kelakuan peliknya ini menyebabkan saya berasa curiga,” katanya.


Menurutnya, sejak itu, isterinya yang juga mengajar di sebuah pusat tuisyen di Kajang itu kerap pulang lewat ke rumah walaupun kebiasaannya pusat mengajar berkenaan sudah tutup pada jam 10 malam.


“Isteri saya tiba ke rumah jam 12 tengah malam dan perangainya bertambah teruk, termasuk pernah tidak pulang langsung,” katanya.

Lelaki itu mendakwa, isterinya juga pernah menutup telefon bimbitnya dari pagi dan dia hanya dapat menghubungi wanita berkenaan semula pada sebelah malam.


“Sebenarnya, saya sangat risaukan keselamatannya ketika itu kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Namun, dengan rasa tidak bersalah, isteri saya pulang ke rumah tanpa memberikan alasan munasabah.

Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.

Thursday, March 18, 2010

Tip mudah rumah tangga bahagia


Bagi merealisasikan kehidupan rumah tangga mengikut kehendak Allah disenaraikan di sini beberapa tip yang boleh dipraktikkan.

1. Niat suami hendak berkahwin mesti jelas iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin dapat secara halal melainkan dengan kahwin. Suami berkahwin bukan supaya dilayan makan dan minum, bukan untuk mudah disediakan pakaian, membasuh pakaian, dan bukan juga untuk dijadikan teman shopping. Semua itu boleh dilakukan walaupun lelaki itu hidup membujang. Tetapi yang diperlukan ialah keharusan menyentuh kulit wanita.

2. Niat isteri hendak berkahwin kerana untuk mendapat pembelaan seseorang lelaki yang bergelar suami. Dengan niat itu dia akan dibela oleh suami, dan suami akan membelanya sehingga ke akhir hayat.

3. Suami melaksanakan tanggungjawab terhadap isterinya dalam semua keadaan. Ini mendorong dia bekerja untuk membolehkan dia mendapat rezeki yang halal. Walaupun isteri orang kaya, dia akan bekerja tungkus lumus untuk isterinya.

4. Isteri memastikan dia akan berada di sisi suaminya pada waktu tidur malam walaupun dalam bulan Ramadhan. Hal ini kerana suami mahu bermanja dengan isteri dan mengharapkan dia dimanjakan. Jika perkara ini boleh dilakukan sehingga salah seorang meninggal dunia pasti terbentuk keluarga bahagia.

5. Pasangan suami isteri hendaklah saling bersangka baik dan member kepercayaan dalam apa yang diamanahkan.

6. Suami wajib mentaati ibu bapanya, dan menghormati ibu bapa mentua. Sebaliknya isteri perlu menghormati ibu bapanya dan ibu bapa mentuanya. Dengan sikap ini, tidak akan memberi peluang kepada mentua suka salahkan menantu.

7. Anak-anak suami perlu diambil perhatian oleh isteri (apatah lagi ibu anak itu sendiri), mereka perlu dilatih adab dan sopan bagaimana menghormati orang tua dan sebagainya. Anak-anak itu perlu diingatkan supaya mentaati ibu dan bapa.

8. Suami atau bapa anak-anak itu perlu sesekali mendidik dengan penuh kasih sayang.

Percayalah kalau semua umat Islam boleh membentuk rumah tangga berdasarkan panduan di atas, kebahagiaan mereka pasti berpanjangan. Bukan sekadar hingga ke anak cucu tetapi hingga ke dalam syurga.

Selain itu bagi mereka yang berpoligami, ada tip tambahan untuk mereka, antaranya:

1. Suami mesti berterus terang dengan isteri.

2. Suami jangan membiasakan berbohong isteri sama ada tua atau muda.

3. Suami mesti bersikap adil terhadap isteri

4. Isteri wajib menghormati suami dan memberi kepercayaan kepadanya.

5. Isteri tidak boleh mengongkong suami sehingga suami tidak boleh bersikap adil kepada isteri-isterinya.

6. Isteri semasa ketiadaan suami di rumah perlu berdoa kebaikan dan keselamatan suami.

Semua paparan ini adalah hasil kajian dan pengalaman mereka yang berpoligami.

Tuesday, March 16, 2010

kelmarin berlalu


sesi ejeh-ejeh bilik anak dara ku

mengembirakan hati anak dara ..umm

mesti happy doh tok payoh berebut pc ngen umi lagi heheh

ermmm barbie gak...dok tepek di pc tu huhuhu...budok pue gak lah heheh

abah ngen umi ni ha

Sunday, March 14, 2010

dr facebook


Jiha Zurrunaji pada 06hb Mac pukul 10.36 ptg Reply

Mesej: : Drpd on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan??? Mula2 mmg xcaye bnde ni,tp y not kite try kn sbb die XPERLU MODAL pn. XPERLU MODAL!! Haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..
Beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di Catcheyes
jom..

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini.

Ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

Katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..

Banyak tu .. awak tak nak ke? Jomlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..

Untuk maklumat awak,keahlian Catcheye telah
mencecah 46,723 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan

Cara nak register:
http://www.catcheye.com.my/?r=...

2. Klik 'Join Catcheye now'

3. Isi maklumat diri, IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)

4. Isi jawapan:

soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)

5. Klik agree and proceed.. Ok siap. Kemudian apa perlu buat?

1.klik sign in

2.lepas sign in klik reward panel

3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.

4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak. kat bawah care nak register

5.postkan risalah saya ni di buletin facebook atau myspace & emailkan kepada kawan2.

6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.

percayalah!sebab benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP KITE KNE USAHA JGAK KN??
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
klik, klik, klik

*x berminat pn try je…anggap je main2 mne tau ade rezeki FREE JE...XTIPU... =)
www.catcheye.com.my
Catcheye is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn reward points by viewing our ads, which can converted into cash or other prizes.
Adlin Mohamad pada 07hb Mac pukul 8.45 pagi Reply
betul ke jiha tk yah kuar modal...yg dulu akak join kena kuar 100.00 pastu cari downline...yg ni cuma klik je dapat duit???...
Abah Umiliya pada 11hb Mac pukul 2.42 ptg
salam jiha yer ke..nak klip 2 gak ahh
Chumel Ke pada 15hb Mac pukul 8.45 pagi Reply
tul ke jiha ni...
Balas:

Saturday, March 13, 2010

Khasiat Air Cengkih

Setiap orang mahukan zuriat yang cerdas dan pintar, Selain kaedah moden, cara tradisional juga tidak kurang hebatnya. Apabila anda didatangi tanda- tanda hamil seperti mengidam dan sebagainya, cubalah amalkan meminum air rendaman cengkih setiap hari sehingga anak selamat dilahirkan.


Tidak perlu banyak, cukup sekadar 2 atau 3 biji cengkih. Berikan juga kepada anak anda minuman air rendaman cengkih dari selepas dilahirkan sehingga berumur 5 tahun.

Dengan izin Allah, Insyaallah ianya berkesan


etua masalah kesihatan 1

khasiat daun sirih

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera.

Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

antara petua2nya.....

Ari-ari Pedih - Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

- Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.

- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.

Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.

- Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh.

- Sirih bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan selama memakannya. Sirih tersebut hendaklah dituliskan rajah seperti berikut; | |. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh.

- Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki.

- Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.

Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah