“Saya yakin dia hanya mempergunakan wanita itu dengan memperdayakannya kononnya boleh menjadi kaya.
“Kalau benar sekalipun wanita itu boleh menjadi perantara dengan jin nombor ekor, ia tidak lebih daripada sekadar pembohongan kerana jin bukannya boleh meramal nombor ekor dengan tepat sebaliknya hanya menipu manusia,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam mengenai seorang suri rumah memujuk suami menceraikannya demi memperoleh status ‘janda segera’ gara-gara terpengaruh tawaran pakej hidup percuma bomoh puja nombor ekor di Johor Bahru. Perbuatan bomoh dikenali Pak Ungku itu dibongkar suaminya, Zulkifli Abu Hassan, 38, yang tertekan dan keliru akibat desakan isteri menceraikannya semata-mata kerana mahu memiliki kemewahan hidup secara mudah biarpun menyedari dia bakal dipersembahkan kepada syaitan atau dijadikan objek perantara ketika sesi pemujaan nombor ekor. Menurutnya, dia tidak menyangka isterinya yang berusia 30-an makan pujukan bomoh didakwa menawarkan duit poket hingga RM1,000 sebulan selain janji manis menanggung segala kos makan dan minum serta sewa rumah sekiranya bersetuju menuruti kehendak gila itu. Abdul Malek berkata, wanita yang terpedaya itu bukan saja membiarkan dirinya terbuka kepada zina dan aktiviti tidak sihat lain malah suatu hari nanti dia akan ‘dibuang’ begitu saja apabila bomoh itu sudah bosan.
“Wanita itu mungkin terkena sihir tafriq atau pembenci dan jika keadaan itu berlaku, tidak mustahil suatu hari nanti habis madu sepah dibuang.
“Tiada cara mudah mendapatkan kekayaan kerana ia perlukan kerja keras terlebih dulu. Dalam soal ini, syaitan diharap memberi kekayaan sedangkan semua rezeki datangnya dari Allah swt," katanya.
No comments:
Post a Comment