





Setiap orang mahukan zuriat yang cerdas dan pintar, Selain kaedah moden, cara tradisional juga tidak kurang hebatnya. Apabila anda didatangi tanda- tanda hamil seperti mengidam dan sebagainya, cubalah amalkan meminum air rendaman cengkih setiap hari sehingga anak selamat dilahirkan.
Tidak perlu banyak, cukup sekadar 2 atau 3 biji cengkih. Berikan juga kepada anak anda minuman air rendaman cengkih dari selepas dilahirkan sehingga berumur 5 tahun.
Dengan izin Allah, Insyaallah ianya berkesan
SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA
Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah. antara petua2nya..... Ari-ari Pedih - Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut. Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma. - Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur. Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit. Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit. Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih. Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih. Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah. Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin. Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan. Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera. Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi. Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang. Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan. - Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi. Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut. Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut. Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu. Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati. Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. - Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh. Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan. Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada. Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi. Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala). Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh. Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan. - Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh. - Sirih bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan selama memakannya. Sirih tersebut hendaklah dituliskan rajah seperti berikut; | |. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh. - Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki. - Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar. |
screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">
screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">
screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">
Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka.
Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.
Antara khasiat pegaga adalah:
menyegarkan badan
merawat pitam
mengurangkan berat badan
awet muda
rawatan lepas bersalin
mengukuh tumpuan ingatan
meningkatkan kecergasan minda
menambahkan kekuatan fizikal
kelancaran suara
berupaya merawat penyakit nyanyuk
mengawal keguguran rambut
kulit licin dan sihat
Khasiat Perubatan tradisional
Luka/ulser kulit
Minuman tonik bagi menghalang proses penuaan..
melambatkan kulit kedut
menyembuhkan ulser perut/usus
menyembuhkan penyakit kusta
melegakan penyakit kelamin
menyembuhkan demam
menyembuhkan eczema (penyakit kulit)
melancarkan peredaran darah
merendahkan tekanan darah
Nilai pegaga
Melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi. Ada juga jadikan jus pekat, teh herba dan pil atau kapsul. Di Sri Lanka pegag dijadikan bubur dan diberikan pada kanak2 pra-sekolah untuk menhalang kekurang nutrien.
Zat dalam pegaga
Kalsium
Ferum [zat besi]
Vitamin C
karatenoid [provitamin A]
tokoferol
1. Bacalah Ayat Qursi 7 kali, dengan syarat kita benar-benar yakin dengan keajaiban ayat ini. dengan rasa yakin & tak berbelah bagi bahawa ayat ini mampu mengubat penyakit.
2. Setiap hari amalkan surat Al Mathurat, kita akan di hindari dengan pelbagai masalah.
3. Control minda. saya selalu terfikir, macam mana orang boleh berjalan atas kaca, api dsb, kalau kita baca buku, kita akan mendapat jawapan mengenai permasalahan ini. Kawalan minda amat penting.
Dari pengalaman saya, cara ini amat berguna. selain kita berubat, ketiga-tiga cara ini, saya selalu amalkan dalam hidup. biasanya, selepas orang itu sembuh, mereka tanya apa rahsianya, saya akan jawap 3 perkara di atas.
Di sini, saya ada berbincang dengan orang Inggeris & Europe mengenai masalah ini, saya ingatkan tak ada, rupa-rupanya lagi banyak .. Kesimpulannya, jin & syaitan ini, ada dua cara :
1. Halau syaitan- dengan baca Ayat Al Quran.
2. Bagi syaitan suka- terbalikkan ayat alquran.
Ayat quran ini penuh mukjizat, kalau kita tukar sedikit huruf, baris atau apa-apapun, ianya akan memberi maksud yang lain. berhati-hatilah.
Saya pernah bertanya, bagaimana orang boleh jadi kebal, rupa-rupanya, dalam ayat yang dibaca, mereka ada menerbalikkan ayat AlQuran, itu yang mereka kebal.
Saya ingin menekankan di sini, Ini adalah cara & pengalaman saya. Mungkin orang lain ada cara mereka.
Percayalah, sebaik-baik pertolongan itu daripada ALLAH.
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit
selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruangberkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala
dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyakterkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya.......
resipi utk pesakit ... BP, kencing manis.... dah tried out .... alhamdulillah berkesan...
1 biji epal hijau
1 batang saleri
1 biji capsicum hijau
1 biji peria katak (peria yang kecil tuuu)
1 potong bahagian timun - kira-kira sama saiz dengan sebiji epal hijau.
Semua bahan di atas dimesin lalu di minum
buat 2 kali dalam seminggu
cubalah insyaAllah
untuk muka yang cerah (untuk masa hadapan)
|
menyegarkan kulit wajah
|
ingin mencantikan mata
|
melicinkan muka
|
| menghilangkan jerawat dan bintik hitam di muka senang je kekawan mula2 ambil tomato yang masak dipotong 2.dan 1 makan dan yang 1 lagi digosok pada muka hingga kering baru bilas lihatlah kesannya.anda akan berasa kelainan pada wajah anda.saya sendiri mencubanya |
Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian. ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.
Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak. Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.
Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur.
"Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. "
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT
7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati, kesehatan jiwa, & mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dsbnya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.