screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">
screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">
screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">
Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka.
Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.
Antara khasiat pegaga adalah:
menyegarkan badan
merawat pitam
mengurangkan berat badan
awet muda
rawatan lepas bersalin
mengukuh tumpuan ingatan
meningkatkan kecergasan minda
menambahkan kekuatan fizikal
kelancaran suara
berupaya merawat penyakit nyanyuk
mengawal keguguran rambut
kulit licin dan sihat
Khasiat Perubatan tradisional
Luka/ulser kulit
Minuman tonik bagi menghalang proses penuaan..
melambatkan kulit kedut
menyembuhkan ulser perut/usus
menyembuhkan penyakit kusta
melegakan penyakit kelamin
menyembuhkan demam
menyembuhkan eczema (penyakit kulit)
melancarkan peredaran darah
merendahkan tekanan darah
Nilai pegaga
Melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi. Ada juga jadikan jus pekat, teh herba dan pil atau kapsul. Di Sri Lanka pegag dijadikan bubur dan diberikan pada kanak2 pra-sekolah untuk menhalang kekurang nutrien.
Zat dalam pegaga
Kalsium
Ferum [zat besi]
Vitamin C
karatenoid [provitamin A]
tokoferol
No comments:
Post a Comment