Namun, seperti hal kecantikan dan penjagaan yang lain, masalah mulut berbau dapat diselesaikan dengan mudah jika amalan dan petua berikut diikuti dengan betul.
1. Reneh kayu manis di dalam secawan air. Kemudian masuk kannya ke dalam sebuah botol untuk disimpan di blik mandi. Setiap pagi atau jika perlu, gunakan air ini untuk berkumur.
2. Daun parsli kaya dengan klorofil iaitu bahan semulajadi yang berfungsi sebagai penyahbau. Kunyah sedikit daun parsli secara kerap dan bau nafas anda akan kekal segar sepanjang hari.
3. Kunyah biji pelaga untuk mengharumkan nafas.
4. Tumbuk lumat 10 kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Sebatian itu digosok terus pada gigi dan sehingga terkena pada semua bahagian gigi. Kumur hingga bersih dan lakukannya tiga hari sekali.
Tapi ingat, petua-petua yang diberi tidak mungkin berkesan kalau anda tidak mengamalkan amalan memberus gigi dengan betul. Belajar teknik berus gigi dari pakar gigi anda dan tukar berus gigi lama dengan yang baru apabila ia kurang berkesan.
Bagi mereka yang percaya dan selesa dengan pencuci mulut, gunakan larutan yang tidak mengandungi alkohol.
Jangan lupa untuk flos gigi kerana ramai menganggap tabiat ini tidak penting. Flos gigi mampu menghilangkan 30 peratus daripada bakteria yang menyebabkan bau busuk, yang tidak mungkin dapat dihilangkan dengan hanya memberus gigi.
No comments:
Post a Comment