1. Bacalah Ayat Qursi 7 kali, dengan syarat kita benar-benar yakin dengan keajaiban ayat ini. dengan rasa yakin & tak berbelah bagi bahawa ayat ini mampu mengubat penyakit.
2. Setiap hari amalkan surat Al Mathurat, kita akan di hindari dengan pelbagai masalah.
3. Control minda. saya selalu terfikir, macam mana orang boleh berjalan atas kaca, api dsb, kalau kita baca buku, kita akan mendapat jawapan mengenai permasalahan ini. Kawalan minda amat penting.
Dari pengalaman saya, cara ini amat berguna. selain kita berubat, ketiga-tiga cara ini, saya selalu amalkan dalam hidup. biasanya, selepas orang itu sembuh, mereka tanya apa rahsianya, saya akan jawap 3 perkara di atas.
Di sini, saya ada berbincang dengan orang Inggeris & Europe mengenai masalah ini, saya ingatkan tak ada, rupa-rupanya lagi banyak .. Kesimpulannya, jin & syaitan ini, ada dua cara :
1. Halau syaitan- dengan baca Ayat Al Quran.
2. Bagi syaitan suka- terbalikkan ayat alquran.
Ayat quran ini penuh mukjizat, kalau kita tukar sedikit huruf, baris atau apa-apapun, ianya akan memberi maksud yang lain. berhati-hatilah.
Saya pernah bertanya, bagaimana orang boleh jadi kebal, rupa-rupanya, dalam ayat yang dibaca, mereka ada menerbalikkan ayat AlQuran, itu yang mereka kebal.
Saya ingin menekankan di sini, Ini adalah cara & pengalaman saya. Mungkin orang lain ada cara mereka.
Percayalah, sebaik-baik pertolongan itu daripada ALLAH.
No comments:
Post a Comment