Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Thursday, March 18, 2010

Tip mudah rumah tangga bahagia


Bagi merealisasikan kehidupan rumah tangga mengikut kehendak Allah disenaraikan di sini beberapa tip yang boleh dipraktikkan.

1. Niat suami hendak berkahwin mesti jelas iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin dapat secara halal melainkan dengan kahwin. Suami berkahwin bukan supaya dilayan makan dan minum, bukan untuk mudah disediakan pakaian, membasuh pakaian, dan bukan juga untuk dijadikan teman shopping. Semua itu boleh dilakukan walaupun lelaki itu hidup membujang. Tetapi yang diperlukan ialah keharusan menyentuh kulit wanita.

2. Niat isteri hendak berkahwin kerana untuk mendapat pembelaan seseorang lelaki yang bergelar suami. Dengan niat itu dia akan dibela oleh suami, dan suami akan membelanya sehingga ke akhir hayat.

3. Suami melaksanakan tanggungjawab terhadap isterinya dalam semua keadaan. Ini mendorong dia bekerja untuk membolehkan dia mendapat rezeki yang halal. Walaupun isteri orang kaya, dia akan bekerja tungkus lumus untuk isterinya.

4. Isteri memastikan dia akan berada di sisi suaminya pada waktu tidur malam walaupun dalam bulan Ramadhan. Hal ini kerana suami mahu bermanja dengan isteri dan mengharapkan dia dimanjakan. Jika perkara ini boleh dilakukan sehingga salah seorang meninggal dunia pasti terbentuk keluarga bahagia.

5. Pasangan suami isteri hendaklah saling bersangka baik dan member kepercayaan dalam apa yang diamanahkan.

6. Suami wajib mentaati ibu bapanya, dan menghormati ibu bapa mentua. Sebaliknya isteri perlu menghormati ibu bapanya dan ibu bapa mentuanya. Dengan sikap ini, tidak akan memberi peluang kepada mentua suka salahkan menantu.

7. Anak-anak suami perlu diambil perhatian oleh isteri (apatah lagi ibu anak itu sendiri), mereka perlu dilatih adab dan sopan bagaimana menghormati orang tua dan sebagainya. Anak-anak itu perlu diingatkan supaya mentaati ibu dan bapa.

8. Suami atau bapa anak-anak itu perlu sesekali mendidik dengan penuh kasih sayang.

Percayalah kalau semua umat Islam boleh membentuk rumah tangga berdasarkan panduan di atas, kebahagiaan mereka pasti berpanjangan. Bukan sekadar hingga ke anak cucu tetapi hingga ke dalam syurga.

Selain itu bagi mereka yang berpoligami, ada tip tambahan untuk mereka, antaranya:

1. Suami mesti berterus terang dengan isteri.

2. Suami jangan membiasakan berbohong isteri sama ada tua atau muda.

3. Suami mesti bersikap adil terhadap isteri

4. Isteri wajib menghormati suami dan memberi kepercayaan kepadanya.

5. Isteri tidak boleh mengongkong suami sehingga suami tidak boleh bersikap adil kepada isteri-isterinya.

6. Isteri semasa ketiadaan suami di rumah perlu berdoa kebaikan dan keselamatan suami.

Semua paparan ini adalah hasil kajian dan pengalaman mereka yang berpoligami.

Tuesday, March 16, 2010

kelmarin berlalu


sesi ejeh-ejeh bilik anak dara ku

mengembirakan hati anak dara ..umm

mesti happy doh tok payoh berebut pc ngen umi lagi heheh

ermmm barbie gak...dok tepek di pc tu huhuhu...budok pue gak lah heheh

abah ngen umi ni ha

Sunday, March 14, 2010

dr facebook


Jiha Zurrunaji pada 06hb Mac pukul 10.36 ptg Reply

Mesej: : Drpd on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan??? Mula2 mmg xcaye bnde ni,tp y not kite try kn sbb die XPERLU MODAL pn. XPERLU MODAL!! Haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..
Beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di Catcheyes
jom..

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini.

Ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

Katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..

Banyak tu .. awak tak nak ke? Jomlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..

Untuk maklumat awak,keahlian Catcheye telah
mencecah 46,723 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan

Cara nak register:
http://www.catcheye.com.my/?r=...

2. Klik 'Join Catcheye now'

3. Isi maklumat diri, IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)

4. Isi jawapan:

soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)

5. Klik agree and proceed.. Ok siap. Kemudian apa perlu buat?

1.klik sign in

2.lepas sign in klik reward panel

3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.

4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak. kat bawah care nak register

5.postkan risalah saya ni di buletin facebook atau myspace & emailkan kepada kawan2.

6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.

percayalah!sebab benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP KITE KNE USAHA JGAK KN??
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
klik, klik, klik

*x berminat pn try je…anggap je main2 mne tau ade rezeki FREE JE...XTIPU... =)
www.catcheye.com.my
Catcheye is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn reward points by viewing our ads, which can converted into cash or other prizes.
Adlin Mohamad pada 07hb Mac pukul 8.45 pagi Reply
betul ke jiha tk yah kuar modal...yg dulu akak join kena kuar 100.00 pastu cari downline...yg ni cuma klik je dapat duit???...
Abah Umiliya pada 11hb Mac pukul 2.42 ptg
salam jiha yer ke..nak klip 2 gak ahh
Chumel Ke pada 15hb Mac pukul 8.45 pagi Reply
tul ke jiha ni...
Balas:

Saturday, March 13, 2010

Khasiat Air Cengkih

Setiap orang mahukan zuriat yang cerdas dan pintar, Selain kaedah moden, cara tradisional juga tidak kurang hebatnya. Apabila anda didatangi tanda- tanda hamil seperti mengidam dan sebagainya, cubalah amalkan meminum air rendaman cengkih setiap hari sehingga anak selamat dilahirkan.


Tidak perlu banyak, cukup sekadar 2 atau 3 biji cengkih. Berikan juga kepada anak anda minuman air rendaman cengkih dari selepas dilahirkan sehingga berumur 5 tahun.

Dengan izin Allah, Insyaallah ianya berkesan


etua masalah kesihatan 1

khasiat daun sirih

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera.

Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

antara petua2nya.....

Ari-ari Pedih - Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

- Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.

- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.

Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.

- Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh.

- Sirih bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan selama memakannya. Sirih tersebut hendaklah dituliskan rajah seperti berikut; | |. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh.

- Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki.

- Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.

khasiat limau nipis


Limau nipis tentu tidak asing bg kita. Bila hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis juga dapat mengimbangkan makanan berlemak.

Banyak lagi kegunaan limau nipis ini. Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya berperanan sbg pembuang toksin terbesar jika dibandingkan dgn buah2an lain. Rasa masam yg terkandung di dlmnya boleh membantu menghilangkan racun dlm tubuh badan.

Jika ingin melakukan pembuangan toksin, cuba minum segelas besar air yg ditambah dgn limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dgn segelas air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dgn rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dgn limau biasa.

Meminum air limau nipis sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus.

Jika batuk, ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dgn kicap manis. Minumlah 3 kali sehari. Cara lain utk mengubat batuk ialah dgn memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan hingga menjadi suam2 kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu terus perah ke dlm mulut hingga mengalir ke tekak. Cara ini juga baik utk menyembuhkan selsema.

Limau nipis juga boleh menghentikan kebiasaan merokok. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yg masam segar membuatkan kita terangsang utk minum air putih. Lakukan beberapa kali dlm sehari. Cara ini selain dpd mengurangkan keinginan utk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yg terdapat pada gigi & mulut.

Bagi yg menghadapi masalah ketiak berbau, siapkan limau nipis yg dicampurkan kapur sirih. Lepas mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biar seketika sebelum membasuhnya. Lakukan pagi & petang.

Selain buahnya, daun limau nipis juga ada gunanya. Kiranya demam, petik segenggam daun limau nipis. Rebus dgn 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air ini utk 'menuam' pesakit. Caranya dgn membasahkan pada air rebusan dan perah kain tersebut. Kemudian tempelkan pada dahi pesakit.

Khasiat PEGAGA


screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">



screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window';}" border="0">

Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka.

Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.


Antara khasiat pegaga adalah:

menyegarkan badan
merawat pitam
mengurangkan berat badan
awet muda
rawatan lepas bersalin
mengukuh tumpuan ingatan
meningkatkan kecergasan minda
menambahkan kekuatan fizikal
kelancaran suara
berupaya merawat penyakit nyanyuk
mengawal keguguran rambut
kulit licin dan sihat

Khasiat Perubatan tradisional

Luka/ulser kulit
Minuman tonik bagi menghalang proses penuaan..
melambatkan kulit kedut
menyembuhkan ulser perut/usus
menyembuhkan penyakit kusta
melegakan penyakit kelamin
menyembuhkan demam
menyembuhkan eczema (penyakit kulit)
melancarkan peredaran darah
merendahkan tekanan darah


Nilai pegaga

Melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi. Ada juga jadikan jus pekat, teh herba dan pil atau kapsul. Di Sri Lanka pegag dijadikan bubur dan diberikan pada kanak2 pra-sekolah untuk menhalang kekurang nutrien.

Zat dalam pegaga
Kalsium
Ferum [zat besi]
Vitamin C
karatenoid [provitamin A]
tokoferol


Petua Rumahtangga Bahagia


Untuk yang hendak kahwin, dah kahwin,



1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8- Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Masam-Masam Tomato


Petua org tua2, jika mahukan kulit yg halus & cantik dgn rona kemerah-merahan, rajin2lah makan buah tomato. Selain dimakan mentah, buah tomato yg masak ranum juga elok digosok ke kulit wajah bagi membersihkan kulit. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu, hasilnya pasti menggembirakan.

Sebenarnya sejauh mana kebenaran & keberkesanan khasiat tomato ini sukar dijawab. Cuma jika dilihat dari segi kandungan vitamin C yg memang diakui baik utk kulit. Namun berbanding tomato, sitrus lebih kaya kandungan vitamin C nya.

Namun utk menyangkal atau menolak begitu saja petua org tua2 tidak munasabah. Ini kerana resamnya org tua2, walaupun tidak bersandarkan ilmu & kajian moden, mereka bercakap berlapikkan pengalaman. Mungkin ada juga benarnya. Biasanya hal2 mcm ni kenalah dijadikan amalan yg berterusan. Bukan sekadar utk dicuba sekali dua saja.

Bercakap tentang petua kulit cantik menggunakan buah2an tempatan spt betik, limau malah tomato, ada sorang kawan yg memiliki kulit halus mulus & gebu. Dia memang taksub & mengamalkan petua ni dari remaja lagi. Bila ditanya rahsianya, katanya semenjak usia awal belasan thn, dia suka mengunyah buah tomato mcm mengunyah epal. Itulah yg menjadikan kulitnya gebu & halus serta bersih. Katanya lagi dia amat yakin dgn khasiat buah tomato &
sehingga kini masih mengamalkan memakan buah tomato setiap hari.

Ada jugak Ayong cuba memakan buah tomato ni & kalau boleh nak jugak jadikan amalan harian. Tapi sehingga harini, tak boleh nak lawan kawan Ayong lagi. Bukannya apa, kadang2 makan, kadang tu lupa pulak. Dan Ayong pun tak boleh nak makan buah tomato begitu saja. Kalau nak makan kena dicicah dgn garam, barulah boleh dimakan.


--PERIHAL TOMATO--
************************
Tomota bukanlah sayuran walaupun ramai yg beranggapan demikian. Ia sebenarnya tergolong dlm kelompok buah2an. Dan juga bukan sayuran berbuah kerana sayuran jenis berbuah terhasil dlm tanah spt ubi kentang, asparagus, lobak merah & lobak putih. Nama saintifik tomato ialah 'Lycopersicon esculentum' & termasuk dlm kumpulan solinicius iaitu sama
dgn cili. Ia tanaman sepanjang musim & boleh hidup di mana2 tetapi lebih sesuai ditanam di kawasan tinggi yg mana suhunya lebih sejuk.

Tanah peroi, tanah pasir ringan serta mempunyai bahan organik sesuai bagi tanaman tomato. Manakala suhu antara 26 hingga 33 darjah Celcius perlu utk pertumbuhan pokok yg baik. Sebab itulah ia hidup subur di kebanyakan negara beriklim separuh tropika. Terdpt 2 jenis tomato yg biasanya ditanam di negara kita iaitu 'lypooercincon esculentum yg byk di dapati di
pasaran & juga jenis ceri. Kedua2nya hanya berbeza dari segi saiz tetapi sama dlm kriteria lain spt kandungan zat & galian.


--TOMATO MENGURANGKAN RISIKO BARAH--
******************************************************
Tomato dikatakan berkesan membantu mengurangkan risiko barah. Sebiji tomato bersaiz sederhana mengandungi 40% RDA utk vitamin C. Sari 'phytonutrient (lycopene)' dpd tomato berkeupayaan utk melindungi sel2 badan dpd serangan penyakit tertentu dgn cara melindungi fungsi sel.

Dlm satu kajian yg dijalankan, mendapati bahawa pengambila tomato, sos tomato & jus tomato telah dpt mengurangkan risiko pembentukan kanser postat.


--MITOS/SALAH TANGGAPAN TENTANG TOMATO--
***********************************************************
Sejak dulu lagi byk mitos yg melekap kukuh dlm pemikiran masyarakat tentang tomato. Antaranya ialah :

Mitos : Tomato bersifat racun
Kenyataan : Tomato tidak memudaratkan langsung. Dan rasanya juga sedap.
----------------

Mitos : Tomato adalah sayuran
Kenyataan : Tomato bukannya sayuran tetapi buah. Buah2an ini didefinisikan sbg ovari yg telah matang. Ertinya ia dibina dpd struktur reproduktif engosperm (tanaman berbunga). Tomato sendiri berbentuk pejal & mengandungi biji.
-----------------

Mitos : Semua jenis tomato berwarna merah apabila masak
Kenyataan : Terdpt pelbagai jenis tomato, dan tidak semuanya berwarna merah apabila masak. Warna tomato bermula dpd hijau hinggalah ke ungu gelap.

YAKIN dengan keupayaan ubat ini:

saya ada beberapa cadangan, untuk menyelesaikan masalah ini dengan syarat kita kena AMAT PERCAYA / YAKIN dengan keupayaan ubat ini:

1. Bacalah Ayat Qursi 7 kali, dengan syarat kita benar-benar yakin dengan keajaiban ayat ini. dengan rasa yakin & tak berbelah bagi bahawa ayat ini mampu mengubat penyakit.

2. Setiap hari amalkan surat Al Mathurat, kita akan di hindari dengan pelbagai masalah.

3. Control minda. saya selalu terfikir, macam mana orang boleh berjalan atas kaca, api dsb, kalau kita baca buku, kita akan mendapat jawapan mengenai permasalahan ini. Kawalan minda amat penting.

Dari pengalaman saya, cara ini amat berguna. selain kita berubat, ketiga-tiga cara ini, saya selalu amalkan dalam hidup. biasanya, selepas orang itu sembuh, mereka tanya apa rahsianya, saya akan jawap 3 perkara di atas.

Di sini, saya ada berbincang dengan orang Inggeris & Europe mengenai masalah ini, saya ingatkan tak ada, rupa-rupanya lagi banyak .. Kesimpulannya, jin & syaitan ini, ada dua cara :

1. Halau syaitan- dengan baca Ayat Al Quran.

2. Bagi syaitan suka- terbalikkan ayat alquran.

Ayat quran ini penuh mukjizat, kalau kita tukar sedikit huruf, baris atau apa-apapun, ianya akan memberi maksud yang lain. berhati-hatilah.

Saya pernah bertanya, bagaimana orang boleh jadi kebal, rupa-rupanya, dalam ayat yang dibaca, mereka ada menerbalikkan ayat AlQuran, itu yang mereka kebal.

Saya ingin menekankan di sini, Ini adalah cara & pengalaman saya. Mungkin orang lain ada cara mereka.

Percayalah, sebaik-baik pertolongan itu daripada ALLAH.

Khasiat Inai


1. "JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM. BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN SATU DARJAT" diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT ADALAH DENGAN INAI" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.

Inai telah lama digunakan di negara2 timur sebagai pewarna semulajadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai
sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan rambutnya.

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.

Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden.

Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk.

Kelebihannya:
- Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kehilangan bendalir
- Mengurangkan jangkitan/infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan.

Kelebihannya:
- Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
- Mencantikkan kulit kaki
- Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap") dan biarkan selama 3 jam atau lebih.

Kelebihannya:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.

Kelebihannya:
- Melindungi kulit dari cahaya matahari
- Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2minggu)
- Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
- Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.


4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)


7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!


8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)


10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.



KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sabda Rasulullah s.a.w

*"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana*

*sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal*

*dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas*

*pemikirannya."*

*Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin*

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.Puan janganlah risau kerana takut

tips


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit
selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruangberkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala
dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyakterkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......


petua utk mengurangkan kadar BP n kencing manis


resipi utk pesakit ... BP, kencing manis.... dah tried out .... alhamdulillah berkesan...


1 biji epal hijau
1 batang saleri
1 biji capsicum hijau
1 biji peria katak (peria yang kecil tuuu)
1 potong bahagian timun - kira-kira sama saiz dengan sebiji epal hijau.

Semua bahan di atas dimesin lalu di minum
buat 2 kali dalam seminggu

cubalah insyaAllah


petua

untuk muka yang cerah (untuk masa hadapan)

makan telur mentah tanpa memasaknya hari-hari dan setiap pagi.untuk dapatkan muka yang cerah masa hadapan insyaallah

menyegarkan kulit wajah

gunakan timun yang telah diparut bersama kulitnya, campurkan sedikit tepung jagung dan sedikit air.sapu di kawasan bawah elakan kawasan bawah mata.lakukan pada waktu malam.InsyaAllah

ingin mencantikan mata

setiap kali anda mandi siram air di atas kepala selepas itu buka mata anda dan baca selawat ke atas nabi 3 kali..insyaallah selamat mencuba....amin

melicinkan muka

ambil sebiji tomato dibelah dua kemudian sapukan kemuka selama 20 minit biarkan kering.Lepas tu pandai2 la basuh muka ya..selamat mencuba

menghilangkan jerawat dan bintik hitam di muka

senang je kekawan mula2 ambil tomato yang masak dipotong 2.dan 1 makan dan yang 1 lagi digosok pada muka hingga kering baru bilas lihatlah kesannya.anda akan berasa kelainan pada wajah anda.saya sendiri mencubanya


Info : Khasiat Madu

Madu mempunyai banyak khasiat yang dapat menyembuhkan pelbagai jenispanyakit. Selain itu madu jugak mengandungi zat zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meningkatkan stamina. Madu sesuai untuk tubuh badan kerana ian mempunyai zat seperti:

a) kabohidrat, protein, asid amino, vitamin dan mineral yang mudah diserap oleh sel sel badan.

b) kandungan sumber antibodi didalam madu berupaya melawan dan membunuh kuman daripada segala jenis penyakit berjangkit.

c) asid amino dalam madu boleh meningkatkan fungsi dan tugas otak.

Kegunaan Madu

Madu adalah cairan manis yang berasal dari nektar tanaman yang diproses oleh lebah pekerja menjadi madu dan tersimpan dalam sel sel sarang lebah.

Rasa dan jenis madu juga ditentukan oleh jenis bunga yang diambil atau makanan dari lebah tersebut yang diperolehi melalui manisan dari tumbuh-tumbuhan. Hasil madu ini juga dipengaruhi oleh cuaca dan iklim di mana bunga yang dihisap oleh lebah tersebut berada.

Kandungan madu terdiri dari air, gula (fruktosa, glukosa, sukrosa,
maltosa), vitamin (B1, B2, B5, B6, C), mineral (Ca, Na, P, Fe, Mg,
Mn), serbuk dan enzim berupa diastase.

Madu boleh dimanfaatkan untuk:

Makanan kesihatan berasaskan ALAM
Meningkatkan stamina tubuh
Anti bakteria
Anti kulat
Merawat kulit

Petua Kesihatan

Hilangkan Lemak


Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian. ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.


Awet muda dan menarik.


Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak. Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.


1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.



Petua sihat cara saintifik nabi kita

Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur.
"Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. "

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :

Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati, kesehatan jiwa, & mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dsbnya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.



Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah