Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Saturday, February 20, 2010

ILMU HIKMAH KEGUNAAN HARIAN










TERHINDAR DARI KELAPARAN DAN KEJAHATAN• Baca Surat Quraisy sebanyak 70x sehabis Subuh dan sehabis Asar• Lakukan secara rutin tiap hari dan ikhlas karena Allah s.w.t. MENGUBATI BATUK • Peras limau nipis 2 atau 3 buah dan campurkan air perahannya dengan sedikit garam, campur rata• Minum sebelum tidur dan jangan makan dan minum lagi• InsyaAllah biasanya besok sudah sembuhJIKA ANDA TERSESAT DI JALAN• Jika anda tersesat di jalan, tenangkan fikiran anda, diam sesaat sambil memejamkan mata dan membaca Ihdinas siratal mustaqim 1x dengan perlahan dan penuh yakin sambil minta Allah tunjukkan jalan yang anda tuju• InsyaAllah berdasar pengalaman, banyak terbukti membantu menemukan jalan tujuan anda, jika jalan itu tidak baik maka anda dibuat susah menemukan jalan tersebut, cukup waspada dan minta perlindungan Allah.InsyaAllah selamat. Jika baik, maka seolah ada yang menggerakkan kaki anda menuju tujuan anda.UBAT GEMENTARSebelum naik pentas bacalah Bismillah 1x lalu baca Allahu Akbar sambil menghentakkan tapak kaki ke bumi/lantai/tanah.Ulangi bacaan Allahu Akbar dan hentakan kaki ini sebanyak 3x.BAYAR HUTANG SEGUNUNG• Yakinkan pada diri sendiri bahawa anda beriman kepada Allah dan kepada segala kekuasaan-Nya• Barangan kesayangan anda seperti emas, radio, TV, tabungan dan lain-lain yang tidak sanggup anda jual tapi dengan niat ikhlas kepada Allah, sedekahkan itu semua atau yang anda masih sanggup sedekahkan dengan niat di hati minta kepada Allah semoga dengan sedekah tersebut, hutang anda sebesar gunung bisa dilunasi dan diberi jalan untuk melunasinya. Besarkan nilai sedekah anda, agar Allah lebih mempermudah pelunasan hutang anda• Seiring keyakinan anda, seiring baik sangka anda kepada Allah, seiring keikhlasan anda besedekah, seiring semakin besarnya sedekah yang anda lakukan, maka insyaAllah hutang anda akan mudah dilunasi oleh Allah, dengan jalan yang anda tanpa duga sebelumnya. Yakinlah akan kuasa Allah dan keajaibanNyaMELANCARKAN REZEKI• Perbaiki solat anda, fahami sah dan batalnya, rukun dan syaratnya. Jangan terburu-buru. Fahami makna dari bacaan solat anda.• Perbanyak istighfar, meminta ampun kepada Allah. Minima 100x sehari. Sebaiknya 1000x atau lebih.• Memperbanyak berbuat baik terutama sedekah dan zakat. Semakin sering anda lakukan sedekah, maka rezeki anda akan semakin lancar. Tapi wajib ikhlas tanpa merungut, tanpa meminta apapun, lakukan hanya kerana Allah saja. Tunaikan zakat sesuai syarat dan rukunnya, gunakan pedoman Al Qur'an, Tafsirnya dan Hadits Nabi s.a.w. Ikuti fatwa Ulama yang benar dalam mazhab 4. Serahkan zakat kepada fakir miskin dan golongan yang berhak lainnya.• Biasakan bersedekah setiap hari Juma'at sebelum solat Juma'at atau selepasnya• Lakukan semua perintah Allah dan jauhi semua laranganNya. Bekerjalah dan berdoalah terus disertai tawakal dan dengan disertai keyakinan yang kuat kepada Allah bahwa Allah lah Yang Memberi Rezeki bukan manusia. Bayangkan anda adalah burung yang terbang pagi hari dari sarangnya, terbang tanpa ilmu dan tanpa akal, tapi kembali dengan perut terisi dan membawa makanan untuk anak-anaknya. Burung hanyalah berusaha saja, bukan dia yang memberi rezeki, tapi Allah lah yang menggerakkan burung tersebut mendapatkan rezeki. Jika anda mencari harta dengan jalan yang haram setelah sulit mendapatkan yang halal, bererti anda seolah tidak percaya bahwa Allah lah yang memberi rezeki. MENGURANGI RASA SAKIT PERUTKetika anda sedang sakit perut, cubalah cara berikut ini untuk mengurangi rasa sakit perut anda.• Tekan pusar anda dengan ibu jari tangan kanan anda• Bacalah dua kalimah syahadah 1x atau 3x dengan yakin InsyaAllah sakit perut anda akan berkurangISTIQARAH MUJARABJika anda ingin mengetahui akibat dari suatu perbuatan, misalnya nikah dengan seseorang, bekerja di suatu perusahaan atau lainnya, lakukan hal berikut ini• Berwudu' sebelum tidur• Duduk di tempat tidurnya menghadap kiblat• Tempat tidurnya harus suci dan bersih (boleh dilapisi sejadah/alas yang suci)• Pakaian anda juga harus suci dan bersih• Baca selawat Allahumma salli 'ala saidina Muhammad wa'ala ali saidina Muhammad 3 x• Baca Surat Al Fatihah 10 x• Baca Surat Al Ikhlas (Qulhu) 11 x• Baca Solawat Allahumma salli 'ala saidina Muhammad wa'ala ali saidina Muhammad 3x• Lalu berdoa meminta apa yang diinginkan• Tidur menghadap ke kiblat, badan miring ke kanan• InsyaAllah di dalam tidur akan diberikan penjelasan oleh Allah. Jika tidak jelas mimpinya, mimpinya perlu ditafsirkan oleh anda sendiriBANGUN TIDUR TEPAT WAKTU• Sebelum tidur berwudu' dahulu• Tidurnya miring menghadap kanan dan menghadap kiblat• Baca surat Al Fatihah 1x• Baca surat Al Ikhlas 3x• Baca surat Al Falaq 1x• Baca surat An Nas 1x• Baca surat Ayat Kursyi 1x• Berdoa : "Ya ALLAH saya minta dibangunkan jam .....(sebutkan jam berapa) ... untuk .... (sebutkan keperluannya jika ada).Semoga bermanfaat! Amin.

RELAKAH ANDA DIMADUKAN?








Kalau kita tanya kaum lelaki, apa yang mereka idamkan. Jawapannya banyak sekali.....seperti berkereta mewah 2 atau 3 buah, banglo mewah yang besar di 2 atau 3 tempat yang ekslusif dan beristeri lebih daripada satu.
Tetapi suami hendaklah mengukur baju di badan sendiri. Tanya diri tu? Mampukah anda!
Untuk kahwin lebih daripada satu, suami perlu mempunyai kewangan yang kukuh dan juga kekuatan seks yang luar biasa. Jika tidak, berlakulah kes-kes isteri curang dan bermacam-macam lagi sehingga kita tertanya-tanya apakah kita tidak pernah mengambil iktibar daripada kes-kes tersebut.
Namun sebenarnya, tidak semesti orang yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja yang mampu beristeri lebih dari satu! Ada yang cukup-cukup makan pun pasang sampai tiga. Dulu, ada seorang jiran saya yang dikenali sebagai "Man Tiga". Dia ni digelar begitu kerana mempunyai tiga isteri. Isteri-isterinya semua bersatu hati dan berbaik-baik antara madu. Masing-masing membuat kuih-muih dan menjual di hadapan rumah. Hasilnya, si suami gunakan untuk menampung hidup serta persekolahan anak-anak yang sebanyak 15 orang.
Saya pernah bertanya, mengapa tidak dicukupkan 4 orang? Jawapannya, "Coming Soon!" Dia berkata begitu dengan bangga sekali.
Saya? Teringin jugak! Tapi, setakat ini, cukuplah dengan satu isteri. Mungkin saya tidak sanggup menduakannya kerana melihat jauh ke dalam anak mata anak-anak saya yang empat orang itu. Saya sangat sayangkan anak-anak saya yang comel dan cerdek ini. Kalau orang lain saya tak tahu lah pulak! Semoga cita-cita beristeri lebih daripada satu bukan menjadi agenda saya, tidak sekarang, tidak juga di masa depan, insya-Allah. Lagipun, tak ada adik-beradik saya yang beristeri lebih dari satu. Takut nanti jadi suatu perkara yang luar biasa bagi keluarga kami.
Saya pernah terbaca dalam satu majalah tempatan. Kata isteri seorang Dato, "Biarlah dato ada 'affair' dengan 'mistressnya' daripada dato (suaminya) berkahwin dengan perempuan itu. Mengucap panjang saya.
Sanggupkah menanggung dosa? Tidak takutkah kepada azab Allah SWT? Tahukah betapa besarnya dosa berzina di sisi Islam?
Masya-Allah!!!!!
Ini kisah tentang kaum lelaki di utara Semenanjung. Ada yang sanggup melintas ke seberang melepaskan nafsu serakah. Memanglah, kalau kita tengok gadis-gadis di sana, muda-muda dan bergetah. Layan lelaki macam raja. Lelaki-lelaki ini berkata bahawa isteri mereka tidak sanggup buat seperti apa yang dilakukan oleh gadis-gadis seberang ini. Makan disuap, kaki dibasuh dan macam-macam lagi layanan yang tidak terbuat oleh isteri kita.
Tapi mereka lupa. Yang tidak halal itu memang sedap kerana di tengah-tengah lelaki dan perempuan itu duduknya syaitan. Tentu sahaja enak, kerana syaitan dah terselit dan mengindahkan segala-galanya. Lupakah bahawa di sana penyakit Aids sedang menular pantas? Tak takutkah terkena virus HIV? Atau dijangkiti siplis, herpes dan lain-lain penyakit kelamin? Nauzubillah! Kemudian, bila balik ke rumah, maka berjangkitlah penyakit ini kepada si isteri. Tidak kasihankah kepada isteri yang setia? Yang baik? Yang tidak tahu apa-apa? Nanti, jika terbocor rahsia, siapa yang malu? Satu keturunan mendapat aib. Yang pasti, bukan suami sahaja akan dikutuk, dimaki, malah seluruh keluarga akan dipulau masyarakat setempat!
Jadi bacalah post ini wahai para isteri yang budiman .....
POLIGAMI
Poligami antara tanggungjawab sosial, keinginan lelaki dan keresahan wanita. Poligami sebenarnya merupakan punca keresahan kepada isteri pertama lebih daripada merupakan masalah wanita keseluruhannya. Dari kenyataannya, wanita secara umum perlukan kepada poligami sebagaimana lelaki namun sebab sahaja yang berbeza. Suami yang berkeinginan kuat, memerlukan lebih dari seorang isteri. Wanita yang lemah memerlukan perlindungan – bilangan mereka ini ramai – perlukan kepada suami. Tidak semua keadaan atau bukanlah keadilan mutlak kalau kita berpegang kepada kaedah ‘satu lelaki untuk satu perempuan’.Sebaliknya ia akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat.
“Ustaz tolong cakap kepada suami saya…”.
Begitulah bunyinya seorang isteri memulakan luahannya apabila suami ingin ‘pasang cawangan’.
“Dia tidak mampu, apa yang saya tahu –saya isterinya – dia tidak boleh berlaku adil. Bukan saya tidak setuju….”, luahnya lagi.
Beginilah detik-detik kehidupan seorang isteri yang ingin dimadukan. Perasaan sedih, kecewa, celaru bercampur-baur, mengakibatkan bak kata pepatah, “mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang.” seolah-olah seluruh dunia memusuhinya.
Sebaliknya pula pengakuan suami.
“Saya bahagia dengan isteri saya, kami tidak ada masalah, cuma saya rasa nakkan satu lagi. Saya percaya saya boleh beri keadilan kepada isteri saya kalau saya berpoligami. Isteri saya InsyaAllah boleh terima keadaan ini. Bukan kerana cantik. Kalau nak lihat pada kecantikan isteri saya yang pertama pun lagi cun…”
Keinginan yang melonjak-lonjak sukar ditafsirkan. Tetapi itulah hakikatnya. Ucapan suami yang berkobar-kobar dan keresahan isteri yang berdebar-debar. Punca apa yang perlu dikaji ialah, apakah punca kepada keresahan isteri pertama itu sebenarnya?
Dari pengamatan penulis ada beberapa punca yang menyebabkan perkara itu berlaku:
1. Ia kadangkala berpunca daripada sikap wanita itu sendiri yang pentingkan diri sendiri (isteri pertama), sukar untuk bertolak ansur, dan sukar menerima hakikat ia sudah berkongsi tongkat.
2. Kadang-kadang berpunca dari sikap lelaki yang bersikap ‘habis madu sepah dibuang’ dan senang melihat penderitaan isteri yang dimadukan.
3. Kadang kala berpunca daripada masyarakat yang memandang serong kepada poligami, sehingga menganggap isteri tua tidak pandai menjaga suami dan sebagainya.
4. Serta tidak kurang juga masalah datang daripada isteri kedua yang tamak dan tidak sedarkan diri. Setelah mengambil suami orang dia berusaha merampasnya terus.
Keempat-empat punca ini, adalah penafsiran sebenar kepada keresahan untuk menerima hakikat bermadu oleh isteri pertama. Ia bukan disebabkan oleh poligami itu sendiri.
Poligami membawa kebaikan kepada masyarakat dan keluarga jika ia dilaksanakan dengan menepati kehendak hukum Islam. Sistem Islam yang amat adil ini dicemari oleh perbuatan manusia sehingga poligami dilihat negatif oleh banyak kelompok masyarakat. Jika sekiranya manusia lelaki dan wanita bersikap adil (adil bukan hanya sifat lelaki) poligami akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang sedang dihadapi oleh manusia kini. Kesedaran Sosial Penulis ingin mengajak isteri-isteri untuk merenung nasib kaum sejenis dengannya.
Siapakah yang lebih halus perasaannya untuk merasa belas kasihan kepada kaum wanita yang tidak bernasib baik, kalau isteri pertama hanya mementingkan diri dan mengatakan jangan kacau suami saya, maka siapa yang akan selamatkan mereka? Kalau begitu wanita adalah mereka yang paling tidak sensitif dengan isu wanita dan amat mementingkan diri sendiri.
”Kalau nak kawin dengan anak dara tua oklah juga atau selamatkan janda yang tidak terbela….. ini tidak, nak cari anak dara, berkelulusan tinggi ada profesion dan kadang kala tidak pentingkan agama….ada potensi boleh didik, dakwanya. Mana tanggungjawab sosial di sini? Saya nampak tak ada lain kecuali nafsu”.
Ya, kenyataan itu ada benarnya, namun tanggungjawab sosial tidak terhenti kepada masalah yang disebutkan. Mengelakkan berlaku perzinaan dan hubungan sumbang juga adalah suatu tanggung jawab sosial.
Suami ada sebab tersendiri yang diterima syariat untuk melepaskan keghairahannya dengan cara berpoligami. Kepada isteri kedua hendaklah berterima kasih kepada isteri pertama. Hormatilah mereka sebagaimana sepatutnya.
“….Dulu saya yang carikan untuknya isteri, sampai hati dia sanggup meninggalkan saya”
Jagalah lidah daripada ucapan menghasut, dan usaha untuk control suami.
”Saya tidak suka dengan perempuan gila tu..tak tahu jaga laki !!!”
Islam melarang isteri yang bermadu bertindak demikian. Hadapilah sikap mementingkan diri sendiri dengan mujahadah. Sebaliknya berilah dorongan kepada suami agar bersegera ke rumah isteri pertama.
“Abang kalau balik sana , kirim salam pada kakak ya!”
Kekang keinginan dengan perasaan tanggungjawab.
“Masa mula-mula kahwin dulu dia balik setiap dua hari tetapi sekarang ada saja alasannya. Kalau yang sana tu telefon cepat-cepat dia balik, kadang-kadang nak minum air bersama anak-anak pun tak sempat”.
Selepas beberapa bulan dari berpoligami kenyataan perit bermula. Perahu kini sudah tidak berkemudi lagi. Lajak sudah tidak boleh diundur dan nasib isteri pertama sukar diramalkan. Rasa tanggungjawab mula nipis dan ikrar keadilan mula dilupakan. Suami mula menghadapi dunia baru yang tidak dijangka sebelum ini.
“Macam mana selepas buka cawangan?”
“Perempuan, perempuan juga. Kalau belum mula tu…. tak payahlah”
Oleh kerana menyedari akan ragam manusia ini Islam meletakkan panduan yang lengkap yang perlu diikuti oleh pasangan yang ingin berpoligami.
Naluri keinginan lelaki seharusnya dihalakan untuk memenuhi tuntutan sosial seperti berikut;
1. Kemandulan: Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam mengharuskan suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi zuriat sendiri.
2. Penyakit: Isteri mengidap penyakit yang menghalang si suami untuk menikmati kehidupan rumahtangga secara sempurna, kerana isteri gagal memberi layanan yang sewajarnya kepada suami, Islam mengizinkan suami untuk berpoligami sebagai satu ganjaran terhadap kesabaran suami yang sanggup menjaga dan menanggung isteri yang berpenyakit.
3. Nafsu: Suami memiliki keupayaan seksual yang luarbiasa dan tidak mampu ditampung oleh seorang isteri, apatah lagi sekiranya si isteri berada dalam haid dan nifas. Islam mengharuskan suami berpoligami untuk memelihara kesucian agama dari terjebak ke lembah maksiat.
4. Pertambahan bilangan janda, balu dan andartu: Bertambah bilangan kumpulan di atas secara tidak langsung menambahkan bebanan sosial dan mempengaruhi kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong sesiapa yang berjiwa mulia untuk berpoligami dengan niat memelihara kehormatan dan kemulian kaum wanita.
5. Musafir: Para suami yang banyak bermusafir keluar negara dalam tempoh yang agak lama diatas urusan tertentu juga adalah antara faktor yang membolehkan lelaki untuk berpoligami. Kerana dengan itu ia dapat mengelak dari terjebak kepada dosa dan zina.
6. Pertambahan bilangan perempuan: Perkara ini berlaku disebabkan kematian ramai kaum lelaki. Keadaan ini juga adalah antara sebab sosial yang mengharuskan poligami.
Syarat-syarat poligami
Ada beberapa syarat yang ditetapkan kepada lelaki yang ingin berpoligami. Antaranya ialah:
1. Ada keinginan daripada pihak lelaki
2. Tidak boleh melebihi empat orang. Islam menghadkan poligami hanya kepada empat orang sahaja.
3. Mampu berlaku adil. Keadilan meliputi perkara-perkara berkaitan tempat tinggal, nafkah, makan pakai dan tidak termasuk hal-hal yang berkaitan dengan hati dan kecenderungan perasaan. Jika keadilan gagal dipenuhi Islam tidak mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.
Hukum berpoligami.
1. Wajib apabila dibimbangi membawa kepada zina dan maksiat
2. Harus, bila suami berkemampuan dan berkeinginan untuk berpoligami
3. Haram, apabila tidak mampu menunaikan hak yang sepatutnya kepada isteri-isterinya.
4. Makruh, apabila suami gagal menunaikan bebarapa hak isterinya dan dengan keredaan isteri
Apakah poligami harus digalak atau harus dihindari terserahlah kepada penilaian suami yang bijaksana.

ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB?












Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami: Menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri: Tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.

Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

ISTERI CURANG






RESEPI RAHSIA KU
Apabila kita berada pada hidup dan kehidupan, selalulah berpegang kepada Allah, bertawakkal, menyerahkan diri dan tidak melupakanNya. Maka Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang akan menuntun kita ke jalan yang benar.(Surah Ali Imran:ayat 101)







Banyak kisah kita pernah dengar isteri curang kepada suami dan suami curang kepada isteri. Baru-baru ini perkara ini terjadi kepada kawan aku sendiri dimana isterinya curang kepada dia. Apabila berlaku kes yang sedemikian hanya kaum hawa kita persalahkan. Kalau berlaku kepada suami yang curang, mungkin kita anggap kes ini biasa aje, jalan penyelesaiannya si suami akan mengambil wanita ini menjadi isterinya kemudian.
Kita tak tahu punca sebenar yang menyebabkan si isteri curang kepada suaminya. Banyak sebab-sebab kita boleh senaraikan, tetapi masih berlaku juga dalam masyarakat ini. Mungkin kurang pengetahuan dan pendidikan dalam soal rumahtangga, kurang membaca buku-buku motivasi dari pakar dan disebabkan kita asyik hanya menonton rancangan hiburan-hiburan, rancangan realiti TV dan hanya segelintir sahaja yang menonton rancangan TV contoh seperti Forum Perdana Islam, Bersama Dr Fadilah Kamsah dan banyak lagi rancangan yang memberi faedah dan manafaat kepada kita.
Dalam kes ini, pasangan suami isteri ini sungguh berminat menonton rancangan TV, kisah-kisah seram seperti Mistik, Misteri Nusantara dan banyak lagi. Pasangan ini kurang membaca buku-buku berkenaan soal rumahtangga. Hanya pernah menghadiri kursus perkahwinan 12 tahun dahulu sebelum berkahwin.
Masalah yang dikenalpasti berpunca adalah yang pertama, si isteri memendam perasaan bertahun-tahun lamanya. Kurang berkomunikasi antara satu sama lain, apabila diajak berbincang si suami selalu mengelakkan diri. Yang kedua masalah nafkah batin. Di abai dan selalu gersang. Dalam 12 tahun perkahwinan mereka hanya 3 tahun pertama sahaja mendapat nafkah batin. Seterusnya si suami sudah kurang berminat walaupun si isteri masih cantik dan menawan.
Si suami malu untuk mengaku beliau lemah tenaga batin. Banyak tukang urut dan pakar-pakar dalam bidang ini dan kalau kita perhatikan dalam majalah dan internet sahaja banyak iklan untuk menguatkan tenaga untuk lelaki dan untuk isteri. Jangan kita rasa malu atau rendah diri untuk melakukan sesuatu keatas diri kita demi kebahagian rumahtangga.
Isteri mana dalam dunia ini yang sanggup tidak disentuh bertahun-tahun oleh suaminya dan berdiam diri kononnya nak jaga maruah dan rumahtangga supaya nampak bahagia. Apabila si isteri yang telah lama gersang terjumpa buaya darat atau buaya tembaga yang boleh memenuhi keperluan nafkah batinnya. Ia sanggup dan berani menanggung risiko dan dosa dan tidak takut dengan azab Allah SWT nanti.
Jadi kepada Si suami dan Si Isteri cerminlah diri, ingatlah bala yang kita tempah sendiri. Kalau belum terlanjur patah balik ke pangkal jalan. Kalau yang dah terlanjur berdoa dan memohon keampunan dari Allah SWT. Kita mesti ingat dalam hidup ini bahawa kita dicipta oleh Allah SWT untuk mentaat perintahnya dan meninggal larangannya semuga hidup kita diberi Allah SWT kebahagian dunia dan juga akhirat.
13 Sebab Si Dia Curang




1. Landasan Hubungan Rapuh



Dulu dia bercinta dengan kamu atas landasan yang tidak kukuh seperti dicabar teman- teman dan dipaksa keluarga. Mungkin juga dulu dia beranggapan hendak main-main atau cuba- cuba saja dengan kamu. Tak sangka pulak kamu terus melekat! Mungkin juga kerana wajah kamu yang cantik membuat si dia rasa ingin bercinta dengan kamu dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul- betul cinta dengan kamu, sebaliknya terpaksa berpura- pura. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yang benar- benar membuat dia jatuh cinta!



2. Hidup Terkongkong



Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yang diingini dihimpit ketika berpasangan dengan kamu. Sikit-sikit kamu menelefonnya seolah-olah tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada kamu bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pengajaran berguna kepada kamu!



3. Rasa Tidak Dihargai



Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin kamu sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata-kata yang tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaannya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yang buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang kamu! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iaitu perasaan yang tidak dapat dirasakan bila bersama kamu.



4. Sering berjauhan



kamu dan si dia sering berjauhan. Contohnya kamu belajar di universiti dan sering bekerja di kampung halaman kamu. Kamu hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga kamu atau si dia asyik kerja out-station, dihantar kursus sehingga berhari-hari, berminggu- minggu atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat kamu tiada. Niat dia mungkin sekadar suka- suka tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!



5. Mahu Lebih Bahagia



Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang- kadang tidak jelas.



6. Rasa Marah



Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Kamu mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati kamu. Kamu juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dengan tidak mahu meminta maaf. Mungkin kamu juga sering menimbulkan kemarahannya dengan melakukan perkara- perkara yang tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling mnyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.



7. Ada Orang Cemburu



Si dia setia dengan kamu dab kamu juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yang begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan kamu. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan kamu. Si dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!



8. Komunikasi Hambar



Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin kamu terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata- kata cinta. Bila bertemu, kamu dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk di bincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yang dapat mengisi kekosongan hati ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.



9. Rasa Rendah Diri



Dia sayangkan kamu tetapi jauh di sudut hatinya betapa rendah diri pada diri sendiri. Kamu mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila kamu membawanya di majlis- majlis sosial yang dilingkungi orang- orang yang berjaya. Dia cintakan kamu tapi pada waktu yang sama tidak percayakan kamu. Dia mungkin beranggapan kamu hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu kamu berjumpa dengan orang yang setaraf dengan kamu. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu-buru dengan menerima cinta orang lain yang lebih menyanjungi dirinya berbanding kamu!



10. Ketidakpuasan Dalam Kasih Sayang



Si dia mungkin merasakan kamu tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kamu sibuk ke sana sini dan kerjaya kamu membuat kamu tidak cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta kamu dengan keluar dengan orang lain yang lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.



11. Hubungan Terlalu Rutin



Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yang akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya, malam minggu pasti kamu akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik- asyik restoran yang sama. Kamu tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat- tempat menarik dan sebagainya. Kadang- kadang aktiviti seperti melawat zoo, pameran dan muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.



12. Sikap Playboy



Ahh..... si dia memang patut kamu jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jangan menyesal jika si dia meninggalkan kamu kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi kamu sebelum kamu lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada kamu. Lelaki hidung belang.



13. Sikap yang mengada- ngada



Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang- kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang kamu minta. Malah kadang- kadang hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk kamu! Malah kamu terus mendesak seolah- olah dia anak jutawan. Kamu juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi ke kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau kamu sudah menjadi suami isteri. Si dia mungkin muak dengan sikap kamu dan mencari pengganti yang lebih memahaminya.
Dan banyak lagi sebab-sebab isteri curang, bersambung...................



KATA-KATA HIKMAH










SAYIDINA ABU BAKAR







1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub krn suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kpd para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, ttp aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kpdku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku ttp kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!" SAYIDINA






UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia- sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.







SAYIDINA ALI KARAMALLAHUWAJHAH:
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, karena sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.







UMAR AZIZ:







1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.







SUFFIAN AS THAURI:




1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapak pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada shalat sunat.







IMAM AS SHAFIE
1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
5. Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.










IMAM MALIK:




1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.










IMAM ABU HANIFAH:
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak kudapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.







IMAM AHMAD:
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.
SUFFIAN BIN UYAINAH:
1. Dua perkara yg susah sekali utk mengobatinya yaitu meninggalkan loba (tamak) utk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.
3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
5. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

PERIHAL SAHABAT:




Syarat2 bersahabat dalam Islam dan ciri2 sahabat sejati...jom jenguk,dan amalkanlah dalam melayari keindahan persahabatan sesama kita . 1.BERAKAL
Jangan anda bersahabat dengan orang yang jahil. Jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil merosakkan org yang berbudi tidak berkawan, kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat siapa sahabatnya. 2. BERAKHLAK MULIA
"Bagi hati dengan hati, menjadi bukti ketika ia bertaut”-Saidina Ali.K.W“Saudaramu yang sejati ialah siapa yang selalu bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpa ia sanggup meninggalkan sesiapa pun demi membantumu” 3. BAIK HATI
Sahabat yang sejati , hatinya bersih dan suci sepertimana wajah yang sentiasa senyum dan bersih diibaratkan yang penyayang dan sentiasa memberi nasihat berunsurkan kebaikkan. 4. ZUHUD







Apabila kamu melihatnya kamu akan segera mengingati Allah swt, merasa dekat dengan Allah. Apabila kamu melihat amalnya, kamu menjadi zuhud terhadap dunia. 5. BENAR
Sahabat yang bersifat benar sentiasa mendapat berkat apabila bersahabat. Tidak berprasangka yang tak baik dan tidak mengkhianati temannya.










SIFAT-SIFAT SAHABAT YANG BAIK:
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu Oleh yang demikian,maka ketahuilah kita syarat2 bersahabat dan bagaimana mencari sahabat yang betul2 dikatakan sahabat. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi,“ seseorang adalah dalam agama kekasihnya, maka hendaklah dilihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan kekasih (teman)”yang terakhir, antara hak2 sahabat ialah: “ Dua orang yang bersahabat dari kedua-duanya, maka yang lebih mencintai dan setia terhadap sahabatnya, itulah yang dicintai oleh Allah”. semoga sama-samalah kita insan yang dhaif lagi alpha tentang kewajipan dan tanggungjawab bersahabat dapat menjadi sahabat yang benar-benar sahabat...
Hakikatnya:

Setiap insan yang dilahirkan dikurniakan dengan keunikan masing-masing. Setiap insan juga mempunyai tujuan kewujudan masing-masing di dunia ini, dan salah satu tujuan itu, adalah untuk mengingatkan diri sendiri, betapa murninya hidup ini. Setiap kelemahan adalah tunggak kelebihan, dan setiap kelebihan, pasti ada kelemahan. Yang penting, adalah bagaimana seseorang itu menerima kelebihan itu, tanpa melihat kepada kelemahan yang datang bersama.

KATA-KATA HIKMAH







SAYIDINA ABU BAKAR
1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub krn suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kpd para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, ttp aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kpdku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku ttp kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!" SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia- sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.
SAYIDINA ALI KARAMALLAHUWAJHAH:
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, karena sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
UMAR AZIZ:
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
SUFFIAN AS THAURI:
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapak pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada shalat sunat.
IMAM AS SHAFIE
1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
5. Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.
IMAM MALIK:
1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.
IMAM ABU HANIFAH:
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak kudapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.
IMAM AHMAD:
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.
SUFFIAN BIN UYAINAH:
1. Dua perkara yg susah sekali utk mengobatinya yaitu meninggalkan loba (tamak) utk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.
3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
5. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

PERIHAL SAHABAT:
Syarat2 bersahabat dalam Islam dan ciri2 sahabat sejati...jom jenguk,dan amalkanlah dalam melayari keindahan persahabatan sesama kita . 1.BERAKAL
Jangan anda bersahabat dengan orang yang jahil. Jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil merosakkan org yang berbudi tidak berkawan, kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat siapa sahabatnya. 2. BERAKHLAK MULIA
"Bagi hati dengan hati, menjadi bukti ketika ia bertaut”-Saidina Ali.K.W“Saudaramu yang sejati ialah siapa yang selalu bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpa ia sanggup meninggalkan sesiapa pun demi membantumu” 3. BAIK HATI
Sahabat yang sejati , hatinya bersih dan suci sepertimana wajah yang sentiasa senyum dan bersih diibaratkan yang penyayang dan sentiasa memberi nasihat berunsurkan kebaikkan. 4. ZUHUD
Apabila kamu melihatnya kamu akan segera mengingati Allah swt, merasa dekat dengan Allah. Apabila kamu melihat amalnya, kamu menjadi zuhud terhadap dunia. 5. BENAR
Sahabat yang bersifat benar sentiasa mendapat berkat apabila bersahabat. Tidak berprasangka yang tak baik dan tidak mengkhianati temannya.
SIFAT-SIFAT SAHABAT YANG BAIK:
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu Oleh yang demikian,maka ketahuilah kita syarat2 bersahabat dan bagaimana mencari sahabat yang betul2 dikatakan sahabat. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi,“ seseorang adalah dalam agama kekasihnya, maka hendaklah dilihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan kekasih (teman)”yang terakhir, antara hak2 sahabat ialah: “ Dua orang yang bersahabat dari kedua-duanya, maka yang lebih mencintai dan setia terhadap sahabatnya, itulah yang dicintai oleh Allah”. semoga sama-samalah kita insan yang dhaif lagi alpha tentang kewajipan dan tanggungjawab bersahabat dapat menjadi sahabat yang benar-benar sahabat...
Hakikatnya:

Setiap insan yang dilahirkan dikurniakan dengan keunikan masing-masing. Setiap insan juga mempunyai tujuan kewujudan masing-masing di dunia ini, dan salah satu tujuan itu, adalah untuk mengingatkan diri sendiri, betapa murninya hidup ini. Setiap kelemahan adalah tunggak kelebihan, dan setiap kelebihan, pasti ada kelemahan. Yang penting, adalah bagaimana seseorang itu menerima kelebihan itu, tanpa melihat kepada kelemahan yang datang bersama.

ALLAH SWT UJI ORANG BERIMAN




Kadang-kadang hati kecil ku berkata-kata, mengapakah aku ini diuji oleh Allah SWT sehingga kadang-kadang rasa kecewa dan putus asa dengan hidup ini. Hidup hanya sederhana, cukup makan sahaja walaupun telah berusaha dengan bersungguh-sungguhnya. Bila tengok kawan atau saudara yang berjaya dan senang lenang walaupun mereka ini bukanlah dalam kumpulan orang yang beriman, kaki .....Pe, Kaki....Ju...dan macam-macam lagi, tapi berjaya dalam hidup, berkereta mewah, mempunyai rumah yang besar dan melancung bila hujung minggu.
Tertanya pada diri ku sendiri, "adakah doa mereka ini lebih baik berbanding dengan doa ku ini". ataupun Allah SWT hanya memberi mereka ini kebaikan di dunia sahaja?
Sebenarnya Allah SWT suka menguji hambanya yang bersabar dan beriman kerana ganjarannya kita tidak tahu...mungkin aku akan memperolehi kesenangan pada suatu hari nanti.
Jadi disini aku serahkan diri dan hidup ku ini bulat-bulat kepada Allah SWT kerana dia lah yang menentukkan segalanya dalam hidup ku ini. Semuga aku mendapat "Kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat".
-----------------------------------------------------------------------
Sheikh Sya'rawi berkata : Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk menthabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran.
Ayat ke-142
Firman Allah SWT yang bermaksud:Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Iktibar dan fiqh ayat
i. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Peristiwa perang Uhud banyak memberi pengajaran kepada umat Islam.
"Apa yang berlaku banyak hikmahnya antaranya memberi peluang kepada kaum Muslimin untuk muhasabah dan merapatkan saf perpaduan dan perjuangan.
"Ia juga ujian kepada kaum Muslimin dalam perjuangan mengejar syahid dan syurga".
ii. Hamka berkata: "Sebagai guru yang dijelaskan peranannya, menjadi satu harapan kepada kita semua untuk meneruskan setiap peninggalan daripada mereka.
"Banyak yang bersuara lantang, berfatwa menyuruh orang berjuang dan bersabar.
"Sangat mudah untuk berkata sedemikian sebelum mereka menyaksikan sendiri betapa payahnya berjuang dan pahitnya untuk bersabar".
iii. Al-Sonhadji berkata: "Sesungguhnya memerangi hawa nafsu untuk menunaikan hak-hak Allah dan hak-hak manusia amatlah berat memikulnya.
"Namun jika menang dalam perjuangan itu, ganjaran yang akan diperolehi ialah mendapat kemenangan dan kejayaan di dunia ini, dan mendapat ganjaran di akhirat dengan memperolehi syurga jannatunna'im".
Ayat ke-143
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).
Iktibar dan fiqh ayat
i. Ibn Kathir berkata: "Kamu orang yang beriman begitu bersemangat untuk bertempur dengan musuh sebelum hari ini. Sedangkan apabila bertemu dengan mereka kamu bimbang pula".
ii. Al-Qurtubi berkata: "Ayat ini menjadi celaan bagi mereka yang kalah lebih-lebih lagi yang menggesa Nabi SAW supaya keluar daripada Madinah dalam peperangan Uhud.
"Walaupun begitu, ditegaskan di sini ada di kalangan orang yang beriman yang memohon daripada Allah supaya dikurniakan syahid dan mereka memohon kesabaran untuk berjihad sekalipun membawa kepada kematian".
iii. Al-Alusi berkata: "Ayat ini ditujukan kepada kumpulan orang yang beriman yang tidak menyertai perang Badar kerana tidak menyangka berlakunya peperangan".
iv. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Mereka dikecam kerana berpaling dari pertemuan dengan musuh ketika diberikan kesempatan.
"Dalam satu riwayat Rasulullah SAW mengingatkan: Wahai manusia, janganlah mengharapkan pertemuan dengan musuh (peperangan), mohonlah perlindungan Allah SWT dan bersabarlah apabila bertemu mereka. Sesungguhnya syurga di bawah bayang-bayang dan naungan pedang".
v. Al-Sonhadji berkata: "Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang berjuang dalam medan perang Uhud.
"Yang demikian itu ialah kerana ramai sahabat Nabi SAW yang tidak turut serta dalam peperangan Badar, ingin benar hendak keluar menerpa musuh yang telah berkhemah menunggu di luar bandar Madinah, dengan harapan mereka dapat mengalahkan musuh dan di samping itu memperoleh pula keuntungan seperti orang-orang yang bertempur di medan perang Badar dahulu".
Ketahuilah saudaraku, syurga Allah SWT nilainya amat tinggi dan mahal. Justeru, marilah sama-sama kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya untuk melayakkan kita memasuki syurga-Nya. Amin

Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah