Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Sunday, February 21, 2010

4 JENIS MANUSIA DALAM DUNIA

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayangAllah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah.Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan". Sabda baginda lagi;"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan". Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

ILMU HIKMAH KEGUNAAN HARIAN

TERHINDAR DARI KELAPARAN DAN KEJAHATAN

• Baca Surat Quraisy sebanyak 70x sehabis Subuh dan sehabis Asar•

Lakukan secara rutin tiap hari dan ikhlas karena Allah s.w.t.

MENGUBATI BATUK

• Peras limau nipis 2 atau 3 buah dan campurkan air perahannya dengan sedikit garam, campur rata

• Minum sebelum tidur dan jangan makan dan minum lagi•

InsyaAllah biasanya besok sudah sembuh

JIKA ANDA TERSESAT DI JALAN•

Jika anda tersesat di jalan, tenangkan fikiran anda, diam sesaat sambil memejamkan mata dan membaca Ihdinas siratal mustaqim 1x dengan perlahan dan penuh yakin sambil minta Allah tunjukkan jalan yang anda tuju• InsyaAllah berdasar pengalaman, banyak terbukti membantu menemukan jalan tujuan anda, jika jalan itu tidak baik maka anda dibuat susah menemukan jalan tersebut, cukup waspada dan minta perlindungan Allah.InsyaAllah selamat. Jika baik, maka seolah ada yang menggerakkan kaki anda menuju tujuan anda.

UBAT GEMENTAR

Sebelum naik pentas bacalah Bismillah 1x lalu baca Allahu Akbar sambil menghentakkan tapak kaki ke bumi/lantai/tanah.Ulangi bacaan Allahu Akbar dan hentakan kaki ini sebanyak 3x.

BAYAR HUTANG SEGUNUNG•

Yakinkan pada diri sendiri bahawa anda beriman kepada Allah dan kepada segala kekuasaan-Nya

• Barangan kesayangan anda seperti emas, radio, TV, tabungan dan lain-lain yang tidak sanggup anda jual tapi dengan niat ikhlas kepada Allah, sedekahkan itu semua atau yang anda masih sanggup sedekahkan dengan niat di hati minta kepada Allah semoga dengan sedekah tersebut, hutang anda sebesar gunung bisa dilunasi dan diberi jalan untuk melunasinya. Besarkan nilai sedekah anda, agar Allah lebih mempermudah pelunasan hutang anda

• Seiring keyakinan anda, seiring baik sangka anda kepada Allah, seiring keikhlasan anda besedekah, seiring semakin besarnya sedekah yang anda lakukan, maka insyaAllah hutang anda akan mudah dilunasi oleh Allah, dengan jalan yang anda tanpa duga sebelumnya. Yakinlah akan kuasa Allah dan keajaibanNya

MELANCARKAN REZEKI

• Perbaiki solat anda, fahami sah dan batalnya, rukun dan syaratnya. Jangan terburu-buru. Fahami makna dari bacaan solat anda.

• Perbanyak istighfar, meminta ampun kepada Allah. Minima 100x sehari. Sebaiknya 1000x atau lebih

.

• Memperbanyak berbuat baik terutama sedekah dan zakat. Semakin sering anda lakukan sedekah, maka rezeki anda akan semakin lancar. Tapi wajib ikhlas tanpa merungut, tanpa meminta apapun, lakukan hanya kerana Allah saja. Tunaikan zakat sesuai syarat dan rukunnya, gunakan pedoman Al Qur'an, Tafsirnya dan Hadits Nabi s.a.w. Ikuti fatwa Ulama yang benar dalam mazhab

4. Serahkan zakat kepada fakir miskin dan golongan yang berhak lainnya.

• Biasakan bersedekah setiap hari Juma'at sebelum solat Juma'at atau selepasnya

• Lakukan semua perintah Allah dan jauhi semua laranganNya. Bekerjalah dan berdoalah terus disertai tawakal dan dengan disertai keyakinan yang kuat kepada Allah bahwa Allah lah Yang Memberi Rezeki bukan manusia. Bayangkan anda adalah burung yang terbang pagi hari dari sarangnya, terbang tanpa ilmu dan tanpa akal, tapi kembali dengan perut terisi dan membawa makanan untuk anak-anaknya. Burung hanyalah berusaha saja, bukan dia yang memberi rezeki, tapi Allah lah yang menggerakkan burung tersebut mendapatkan rezeki. Jika anda mencari harta dengan jalan yang haram setelah sulit mendapatkan yang halal, bererti anda seolah tidak percaya bahwa Allah lah yang memberi rezeki.

MENGURANGI RASA SAKIT PERUT

Ketika anda sedang sakit perut, cubalah cara berikut ini untuk mengurangi rasa sakit perut anda

.• Tekan pusar anda dengan ibu jari tangan kanan anda

• Bacalah dua kalimah syahadah 1x atau 3x dengan yakin InsyaAllah sakit perut anda akan berkurang

ISTIQARAH MUJARAB

Jika anda ingin mengetahui akibat dari suatu perbuatan, misalnya nikah dengan seseorang, bekerja di suatu perusahaan atau lainnya, lakukan hal berikut ini

• Berwudu' sebelum tidur

• Duduk di tempat tidurnya menghadap kiblat

• Tempat tidurnya harus suci dan bersih (boleh dilapisi sejadah/alas yang suci)

• Pakaian anda juga harus suci dan bersih

• Baca selawat Allahumma salli 'ala saidina Muhammad wa'ala ali saidina Muhammad 3 x

• Baca Surat Al Fatihah 10 x

• Baca Surat Al Ikhlas (Qulhu) 11 x

• Baca Solawat Allahumma salli 'ala saidina Muhammad wa'ala ali saidina Muhammad 3x

• Lalu berdoa meminta apa yang diinginkan

• Tidur menghadap ke kiblat, badan miring ke kanan

• InsyaAllah di dalam tidur akan diberikan penjelasan oleh Allah. Jika tidak jelas mimpinya, mimpinya perlu ditafsirkan oleh anda sendir

iBANGUN TIDUR TEPAT WAKTU

• Sebelum tidur berwudu' dahulu

• Tidurnya miring menghadap kanan dan menghadap kiblat

• Baca surat Al Fatihah 1x

• Baca surat Al Ikhlas 3x

• Baca surat Al Falaq 1x

• Baca surat An Nas 1x

• Baca surat Ayat Kursyi 1x

• Berdoa : "Ya ALLAH saya minta dibangunkan jam .....(sebutkan jam berapa) ... untuk .... (sebutkan keperluannya jika ada).

Semoga bermanfaat! Amin.

PAHITNYA MATA DUNIA KERANA MANISNYA SYURGA TUHAN

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satu pun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.
Seorang sufi bermadah- "Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".
Nabi s.a.w. bersabda- "Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya". Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".
Ulamak mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan. Istimewa jiwa pengasih.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".
Nabi s.a.w. bersabda- "Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".
Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".
Segalanya dari syahwat Rasulullah s.a.w. bersabda- "Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih.. saorang ulamak berkata- "Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon syurga.. Rasulullah s.a.w bersabda- "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".
Seorang soleh berkata- "Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat jahat musuh Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".
Kematian kekasih Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran..Nabi s.a.w. bersabda- "Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa sembahyang malam..Nabi s.a.w. bersabda- "Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak seorang soleh mengingatkan- "Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".
Manisnya iman seorang ulamak berkata- "Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti saorang yang mengenal gula tetapi belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemanisannya".
Amalan Islam terbaik seorang lelaki bertanya- "Manakah amalan Islam yang terbaik?? Nabi s.a.w. menjawab- "Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".
Kejelitaan akan pudar seorang ulamak berkata- "Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".
Mata yang beku Rasulullah bersabda- "Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku {taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".
Jika engkau mahukan kemesraan seorang bijak pandai islam berkata- "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan cakap banyak Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".
Kata pemikir islam- "Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi". Belajar dengan buku ..seorang ulama berkata- "Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara.. seorang ulama berkata- "Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam.. Nabi s.a.w. bersabda- "Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".
Jika Allah kasih ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu.
Berkasih sayang- "Kamu lihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasehi.. saling cinta menyintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh. Kalau salah satu anggota terkena penyakit.. seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas".
Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah.
Kata kata hikmah- "Kemenangan diperolehi dengan berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".
Ambillah hikmah dimana pun ia berada. Adakalanya hikmah bersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam dada si mukmin".
Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat ubatan satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih. Banyak didunia ini yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang mati kerana haus kasih sayang. KITA DAPAT MENGUBATI PENYAKIT FIZIK DENGAN:
"Kegagalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan lebih cergas" "Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan kepada orang lain" "Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami". Kesabaran ada dua macam- Sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu yang kau ingini. Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya. Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang kawan.. tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di suatu saat.. jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi hubungan denganmu. Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang lain yang berburuk sangka kepadanya. Kesusahan dalam hidup ini laksana musim dingin ..basah dan lembab .tidak disukai olih manusia dan haiwan tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula .. bunga bunga yang harum dan buah yang subur. Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain ..bulan takkan menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya di siang hari. Curahkan sedikit kebaikkan dan pasti kita akan merasai nikmatnya. Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan menggugat diri. Kesuyian.. kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesykuran kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.

Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah