Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Wednesday, July 14, 2010

Hati terpaut suami orang

Menutup kata, sekadar pesanan: Nikmati hari-hari indah yang hanya akan singgah cuma sekali dalam hidup kita. Seiring dengannya, carilah sesuatu yang dapat mencegah berlakunya penderitaan sebelum penderitaan itu datang singgah dalam hidup kita.



MENJADI lumrah masyarakat hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu memahami.

Setiap yang berlaku ada sebabnya dan sebahagian daripadanya adalah ujian bagi menguji ketahanan mental dan fizikal manusia dalam mengharungi hidup.

Begitu mukadimah catatan saya minggu ini sebagai pembuka kata kepada kisah yang ingin saya paparkan, kisah seorang gadis yang kini sedang menjalin hubungan dengan suami orang.

Mendengar alasannya mungkin ramai yang mencebik tapi kata empunya diri, tepuk sebelah tangan masakan berbunyi.

Bagi memberi peluang kepada pembaca menilainya dan berkongsi pengalaman, saya catatkan kisah gadis ini yang mahu dikenali sebagai Idayu.

Idayu (bukan nama sebenar), 23, mahu masyarakat tahu bahawa tidak semua gadis yang berkawan dengan suami orang itu dianggap pengikis dan perampas.

“Saya bukan gadis yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri kewanitaan seperti yang lelaki harapkan sebagai teman hidup. Sikap saya amat kasar dan tidak tahu menjaga adab sopan apabila di khalayak. Tapi sebaik bekerja di syarikat ini saya mula berubah dan punya keyakinan untuk menjadi wanita sejati,’’ katanya.

Lima bulan setelah bekerja di sebuah syarikat korporat di Petaling Jaya, kata Idayu, seorang lelaki dikenali sebagai J cuba mendekatinya.

“Pada permulaannya, J selalu datang ke syarikat saya untuk berurusan dengan pegawai atasan kami. Setiap kali dia berkunjung ke pejabat saya kami hanya berpandangan dan saling melempar senyum.

“Selama tiga bulan itu juga saya merasakan ada perubahan pada diri saya. Hati dan perasaan saya menjadi tidak keruan setiap kali terpandang wajahnya.

“Keinginan untuk berkenalan dengannya semakin hebat. Risik punya risik, saya mendapat khabar J sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

“Menariknya pula, J sering bertanya tentang saya kepada para pegawai atasan. Rupanya saya tidak bertepuk sebelah tangan, dia juga suka kepada saya dan ingin berkenalan.

“Dengan bantuan kawan-kawan, J akhirnya dapat menghubungi saya. Mulanya kami hanya mengirim mesej. Selepas itu telefon bertanya khabar. Mungkin Kak Nor bertanya kenapa saya melayannya?

“Jawapannya mudah saja. Saya sunyi sebab tidak ada kawan lelaki. Layanan dia terhadap saya membuka hati saya untuk terus berhubung dengannya,’’ tambah Idayu.

“Perkenalan itu memberi saya harapan bahawa J baik orangnya. Dia tidak mengambil kesempatan ke atas saya. Selalu dia bercerita tentang keletah anak-anaknya apabila kami berbual di telefon. Dia juga pandai menjaga hati saya, tidak menyakiti perasaan saya, walaupun saya selalu buat perangai. Dia cukup tabah dan sabar. Yang paling penting dia pandai buat saya ketawa. Saya bahagia bila dapat mendengar celotehnya. Itu kelebihan yang dimiliki J,’’ ujar Idayu berterus terang.

Namun kata Idayu, jangan salah sangka J tidak pernah memberi kemewahan, malah tidak pernah mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

“Kami juga tidak pernah keluar berdua. Hanya berpandangan di pejabat, telefon dan bertanya khabar,’’ jelas Idayu.

Tambah Idayu, dia ingin tegaskan bahawa bukan semua gadis muda yang berkawan dengan suami orang itu ingin mengikis.

“Seperti saya, sekadar ingin menumpang kasih. Tidak lebih daripada itu. Belum terniat untuk mengahwininya sehingga ke saat ini. Ada masa, saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anaknya. Tetapi saya akui semakin hari hati saya semakin sayang kepadanya. Saya cuba tinggalkan dia dan cari yang lain tetapi lelaki-lelaki bujang di luar sana tidak menghargai saya.

“Mereka tipu dan cuba kikis duit saya, itu lebih menyakitkan hati. Sedangkan bersama J, dia terlalu menjaga hati saya. Dia percayakan saya, malah dia benarkan saya berkawan dengan orang lain yang sesuai untuk saya. Hubungannya itu turut diketahui oleh ibu,’’ kata Idayu.

“Saya tidak pernah berselindung apa-apa daripada ibu malah ibu juga pernah berbual dengan J menerusi telefon. Ibu juga mengatakan J seorang yang baik. Tapi ibu mana yang inginkan anak gadisnya berkawan dengan suami orang, tapi ibu nampak bahagia di mata saya apabila J menelefon mungkin sebab saya satu-satunya anak gadis ibu. Walau marah dia terpaksa telan.

“Kak Nor, saya sebenarnya serba salah. Sama ada hendak tinggalkan J atau meneruskan hubungan dengannya. Apa yang perlu saya lakukan? Saya betul-betul menyayangi dia tetapi setakat ini belum terfikir untuk berkahwin dengannya.

“Adakah saya perosak rumah tangga orang? Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh berkawan rapat dengan J. Tolonglah saya selesaikan masalah ini Kak Nor?’’

Kalau anda diberi peluang untuk menjawab pertanyaan Idayu apa yang ingin anda katakan? Tentu kebanyakan anda akan marah dan menasihatinya supaya memutuskan hubungan dengan J.

Tapi Idayu punya alasan sendiri untuk mengekalkan hubungannya lelaki idamannya itu.

Apa pun kerana saya ada peluang memberi komen, saya ingin menasihati Idayu agar menjauhkan diri daripada J sebelum terlambat.

Kalau sehingga saat ini masih belum ada niat untuk berkahwin dengannya, kenapa tidak berundur sebelum dibuai perasaan lebih hebat.

Jika sayangkan J dan ada simpati terhadap isteri dan anak-anaknya, elakkan hubungan ini menjadi lebih serius. Saya percaya Idayu cukup bijak untuk menilai yang mana terbaik untuknya. Jika sekadar J boleh membahagiakan dirinya, saya berkeyakinan Idayu boleh mencari lelaki lain yang boleh memberinya kebahagiaan sehingga ke hujung nyawa.

Buktikan yang anda bukan pengikis dan perampas, Idayu. Jangan menganggu kebahagiaan J dan keluarganya. Ada masa kita perlu melepaskan orang yang kita sayang kembali kepada yang lebih berhak kerana mereka adalah pemiliknya yang sah.

Macam mana sayang sekalipun, hak orang tetap hak orang. Sebagai manusia diri kita ibarat cermin bagi manusia yang lainnya. Jika kita berbudi pekerti baik, maka orang lain akan berlaku serupa kepada kita di mana raga akan tenang dan hati akan damai.

Kepada Idayu berfikirlah dengan waras. Saya tidak nafikan mungkin anda telah mula menyayangi dan mencintai J tapi tidak mahu mengaku. Risiko yang bakal dihadapi juga perlu diambil kira.


No comments:

Post a Comment


Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah