Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Sunday, March 07, 2010

Mengajak suami berdakwah

Dalam kehidupan rumah tangga, kewajipan bersama yang menjadi keutamaan sepasang suami dan isteri adalah kewajipan berdakwah sebagaimana yang dicatatkan di dalam Al-Quran. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan, sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang maaruf, dan mencegah yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha perkasa maha bijaksana. (Surah at-Taubah (9), ayat 71)

Selain secara fardiyah (individual) , dakwah harus dilakukan secara berkelompok atau berjamaah seperti firman-Nya, Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat maaruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah ali-Imran (3), ayat 104)

Adalah menjadi satu kebahagiaan yang sukar digambarkan apabila suami isteri bersama-sama melaksanakan kewajipan dakwah, apatah lagi berada di dalam satu jamaah dakwah yang sama. Suami isteri yang sama-sama mempelajari Islam dan melaksanakan dakwah akan saling menyokong antara satu sama lain dan sekaligus menjadi satu kumpulan dakwah kecil. Lantaran itu, dengan pemikiran ideologis yang mereka miliki, tentangan dan cabaran terhadap dakwah bukanlah menjadi persoalan dan bukanlah satu bebanan besar bagi mereka.

Penglibatan sepasang suami dan isteri dalam satu jamaah/harakah dakwah memberi kelebihan yang tersendiri. Visi dan misi dakwah yang terpatri kuat di hati mereka membentuk persamaan dari sudut pemikiran dan perasaan sehingga terbentuknya persamaan dari segi sikap. Pengalaman menunjukkan bahawa suami isteri yang bergandingan dalam satu harakah akan saling menyokong antara satu sama lain.

Namun, bagaimanakah jika suami masih belum melakukan kewajipan menuntut ilmu, berdakwah dan melibatkan diri dengan jamaah dakwah (harakah)? Dalam situasi inilah, isteri perlu mengingatkan suami. Terdapat beberapa langkah penting dalam usaha mengajak suami untuk berdakwah;

Pertama:
Berniat dengan kuat agar suami kita berjalan bersama di jalan dakwah.


Kedua:

Mengkaji faktor yang menyebabkan suami belum mahu mengkaji Islam, berdakwah dan melibatkan diri dalam harakah; adakah kerana masih belum jelas tentang wajibnya berdakwah, atau disebabkan lemahnya keterikatan dengan perintah kewajipan berdakwah, atau bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi dalam perjuangan, atau kerana langsung tidak mengambil peduli kewajipan berdakwah dan mementingkan aktiviti lain ataupun hal ini berlaku kerana faktor-faktor lain. Setelah mengenalpasti puncanya, isteri mestilah menyusun langkah dan mengatur strategi dalam menanganinya. Karakter suami dan gaya komunikasinya perlu difahami terlebih dahulu bagi mengenalpasti pendekatan yang tepat ketika memberi peringatan.

Ketiga

: Memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala. dengan penuh kesungguhan. Berdoa secara tulus, fokus dan istiqamah, InsyaAllah akan membuahkan hasil kerana Allah melihat kesungguhan kita. Tidak salah jika kita mengkhususkan doa memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala. agar suami kita mengkaji Islam, berdakwah dan berjuang bersama dalam harakah yang sama dengan kita. Tentangan dakwah dimasa hadapan pasti akan semakin hebat. Justeru itu, kita memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang-orang sekeliling, khususnya yang paling dekat iaitu suami. Keredhaan dan sokongannya menjadi perkara pokok dalam semua aktiviti kita.

Keempat: Menjelaskan dan menggambarkan kepada suami tentang hakikat hidup dan perjuangan. Oleh itu, pendekatan intensif harus dilakukan kepada suami dalam rangka untuk menguatkan akidahnya. Misalnya, sering membincangkan tentang siapa kita, dari mana kita berasal, untuk apa kita hidup di dunia dan ke mana kita akan kembali pulang. Kita adalah hamba Allah yang wajib bersyukur atas kurniaannya dengan cara taat menjalankan tugas dan kewajipanNya.


Kelima:

Menjelaskan kepada suami bahawa dakwah adalah kewajipan seorang Muslim, sama seperti kewajipan menunaikan solat, zakat, haji dan kewajipan lain. Natijahnya, meninggalkan dakwah adalah berdosa. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. dan para sahabat menjadikan dakwah di jalan Allah sebagai aktiviti utama mereka. Fikiran mereka tercurah untuk berdakwah tidak kira di mana pun dan dalam apa jua keadaan. Dakwah adalah kunci kemuliaan hidup umat manusia. Tanpa dakwah, kebaikan hidup manusia tidak terjamin.

Keenam:
Sering membincangkan setiap permasalahan yang dihadapi dan realiti apapun yang dilihat bersama. Berdoa kepada Allah setiap kali ingin memulakan perbincangan agar lisan kita dilancarkan, dada kita dilapangkan dan kalimat yang dituturkan mudah untuk difahami. Setiap perbincangan harus didasarkan penyelesaiannya dari sudut pandangan Islam. Misalnya, ketika sedang menonton televisyen, kita memberi pandangan, menganalisis masalah utamanya dan kemudian menjelaskan penyelesaian masalah dalam pemikiran Islam.


Jika suami meminta isteri untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Islam, isteri tidak boleh membiarkannya. Kerana, Rasul Sallallahu Alaihi wa Sallammenyatakan, “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah.” Namun demikian, selama mana perintahnya yang lain yang tidak bertentangan dengan perintah Allah Subhanahu wa Taala, isteri wajib mentaati suaminya.


Isteri hendaklah selalu membincangkan tentang pendidikan anak-anak yang dilandaskan pada metode Islam, menentukan corak pendidikan dalam keluarga, memilih tempat pergaulan anak dengan masyarakat; membincangkan tempat mereka akan dibekalkan dengan ilmu yang lain; membincangkan juga corak hubungan dengan isteri, anak-anak dan dengan orang tua serta keluarga lainnya. Tiada satu pembicaraan pun yang terpesong dari tujuan mengingatkan dan mengajak suami untuk mengkaji Islam, berdakwah dan memperjuangkannya.

Ketujuh:
Menjelaskan keunggulan pemikiran Islam yang dibawa harakahnya, bahawa harakahnya mempunyai konsep dan metode penerapan Islam yang khas. Konsep dan metode ini akan digunakan dalam menyelesaikan persoalan kehidupan. Menggambarkan pemikiran yang dibawa harakahnya bersifat ideologis; iaitu mendasar, menyeluruh dan sempurna; berkarakter komprehensif dan praktis. Dalam hal ini, cara isteri menjelaskan dan menggambarkan harus baik dan benar sehingga menyentuh akal dan perasaan suami. Kerana, sasarannya adalah agar suami, melibatkan diri dalam harakah bukan kerana rasa kasihan terhadap isterinya yang tidak jemu-jemu mengajaknya untuk berdakwah ataupun kerana perasaan cinta kepada isterinya. Penglibatan suami ke dalam harakah hendaklah didasarkan kepada keyakinan akalnya dan kepuasan jiwanya dengan pemikiran Islam yang dibawa oleh harakah. Penglibatan seseorang dalam harakah yang tidak didasarkan pada pemikirannya, tetapi kerana individu yang mengajaknya, tidak akan bertahan lama. Sedikit saja masalah yang dihadapi dalam perjuangan dakwah akan membuatkannya ragu bahkan goyah pendiriannya. Oleh itu, isteri yang menunjukkan jalan dakwah kepada suami dan mengajaknya melibatkan diri dalam harakah dakwah perlu mampu meyakinkan dan memuaskan akal dan jiwanya terhadap pemikiran Islam ideologis.

Kelapan:
Meminta suami agar selain menjadi imam untuk solat berjamaah, turut memimpin tazkirah ringkas di rumah bersama anak-anak serta menyampaikan pemikiran Islam kepada keluarga. Isteri memberikan sokongan dengan menyediakan bahan-bahan yang akan disampaikan oleh suami dan membuat jadual rutin agar suami sentiasa bersedia mempersiapkan dirinya. Tambahan pula, jika suami merupakan seorang guru mengaji tetapi belum menjadi pendakwah maka isteri harus mengingatkannya untuk terus menambah wawasan dan pengetahuannya.

Kesembilan: Mengajak suami mengunjungi aktiviti-aktiviti dakwah seperti seminar, kempen dan sebagainya. Ini bertujuan untuk membentuk suasana semangat juang yang tinggi dan keyakinan yang kuat akan dekatnya pertolongan AllahSubhanahu wa Taala kepada umat Islam.

Demikian antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mewujudkan harapan sebuah keluarga yang melangkah bersama di jalan dakwah. Dalam hal ini, penglibatan suami isteri dalam dakwah wajib didasarkan atas niat beribadah kepada Allah, berlumba-lumba dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebenaran dan ketakwaan.

Jika usaha kita dalam menjalankan langkah-langkah tersebut belum menunjukkan hasil, tentu saja kita tidak boleh berputus asa. Melakukan penilaian semula terhadap langkah-langkah yang telah diambil dan muhâsabah terhadap diri kita menjadi agenda berikutnya. Kemudian dari proses penilaian dan semakan itu akan dapat mencetuskan idea dan strategi baru untuk mengajak suami berada dalam perjuangan. Tentu saja permohonan kita kepada Allah Subhanahu wa Taala agar Dia memudahkan semua urusan kita selalu menyertai langkah yang kita lakukan.

Hasbunallâhu wa ni’ma al-Wakîl, ni’ma al-Mawlâ wa ni’ma an-Nashîr. Wallahu’alam


“Dan orang-orang yang tidak menyeru ALLAH beserta Tuhan yang lain, dan tidak membunuh akan suatu diri, kecuali dengan haknya (hukumbunuh) dan tidak pula berzina. Barang siapa berbuat semacam itu, bertemulah dia dengan dosa” (al-Furqan;68)

“Hai sekelian orang, jauhilah oleh mu akan zina, kerana zina menimbulkan 6 kecelakaan. Ada pun yang 3 di dunia, dan 3 pula di akhirat, iaitu menjatuhkan harga peribadi, menyebabkan miskin dan mengurangi umur, dan 3 di akhirat ialah kebencian Tuhan, keburukan perhitungan dan azab siksa neraka.

(Hadith riwayat Huzaifah.)

Sejak dari syariat Nabi Musa adalah zina dilarang keras, dan jika Nabi Isa Almasih sendiri pun memandang berat perkara zina, sehingga beliau berpesan pada murid-muridnya kalau matamu telah terlanjur berzina yaitu pandanganmu kepada perempuan kerana syahwatmu, lebih baik di korek mata itu.

“ Janganlah didekati zina, kerana dia sangat keji dan jalan yang amat jahat (al-Isra’;32)

“ Orang laki-laki penzina, yang di nikahinya ialah perempuan penzina pula atau perempuan musyrik. Perempuan penzina jodohnya ialah laki-laki penzina pula atau laki-laki musyrik, dan diharamkan yang demikian itu atas orang yang beriman”

(Surah an-Nur;ayat 3)

Lelaki yang beriman hanya mencari jodoh orang perempuan beriman, begitu juga orang perempuan, agar sama-sama menuntut hidup baru yang diredhai ALLAH, kerana kehidupan berumah tangga bukanlah didasarkan kepada apa yang disebut di zaman sekarang “ dasar cinta” melainkan kepada dasar yang telah tinggi dan mulia yaitu amanah ALLAH.

Sabda Rasulullah yang bermaksud;

“Berwasiat-wasiatlah kamu terhadap perempuan dengan sebaik-baiknya kerana kamu mengambilnya jadi isteri ialah sebagai amanah dari ALLAH dan barulah halal kehormatannya bagi kamu, setelah dihalalkan dengan kalimah ALLAH”

(Hadith Bukhari&Muslim)

Berzina adalah segala persetubuhan diluar nikah, iaitu tidak dapat disahkan dengan nikah. Tidaklah di perhitungkan sukakah kedua belah pehak atau tidaksuka, walau pun pehak yang seorang memaksa atau memperkosa atas pehak lain. Perzinaan menurut yang ditentukan oleh islam itu ialah persetubuhan yang terjadi di luar nikah, walau pun suka sama suka. Mengapa islam sekeras itu menghukum orang yang berzina? Atau bersalah, ini adalah kerana untuk

memelihara dan menjaga kehormatan dan harga diri.

Untuk memelihara kehormatan, hendaklah bubungan lelaki dan perempuan dengan nikah. Dilarang berzina, dizaman pemerintah Khalifah Ali bin Abu Thalib pernah dilakukan hukuman bakar atas orang yang bersetubuh sejenis (liwat) yaitu laki-laki menyetubuhi laki-laki atau perempuan sesama perempuan.Dan pernah juga dijatuhkan hukuman bunuh atas orang yang tertangkap menyetubuhi binatang.

Kecelakaan zina
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”

Riwayat al-Bazzar
Huraian
i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.

ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.

iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.

iv) Hari ini seakan menjadi “trend”, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment


Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah