Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Saturday, March 13, 2010

Salahkah saya ingin berkongsi kasih dengan suami orang?


MINGGU lalu, Cik Kuntum berehat panjang bagi meraikan Aidilfitri. Apabila sudah bertemu sanak saudara, faham-faham sajalah ada banyak cerita menarik yang membuatkan Cik Kuntum melopong apabila mendengarnya.

Kisah adik goda tunangan kakak, biras bercinta dengan biras dan cerai-berai bukan perkara baru, tetapi apabila berlaku dalam keluarga sendiri, Cik Kuntum rasa tidak selesa seolah-olah sedang melihat drama minggu ini.

Begitu pun, minggu ini Cik Kuntum akan siarkan dulu kiriman e-mel pembaca Berita Harian yang meluahkan kekecewaannya apabila cintanya dengan seorang lelaki alim ditentang isteri lelaki berkenaan.
“Saya ibu tunggal dan mempunyai seorang anak. Saya kini berkawan dengan seorang lelaki yang mempunyai tujuh anak. Kami ingin berkahwin apabila mengenangkan kami saling sayang menyayangi dan bagi saya dia lebih daripada mampu kerana kedudukan ekonomi yang kukuh.

Masalahnya hubungan kami mendapat bantahan daripada isterinya. Isterinya ada memberi kata dua sekiranya dia memilih saya, isterinya akan tuntut cerai dan sekiranya dia memilih isteri dan anak, dia mesti melupakan saya.

Dia berterus terang untuk membahagiakan kedua-duanya namun tidak dipersetujui oleh isterinya.

Saya menyayanginya kerana dia banyak membantu termasuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi sebelum ini. Dia sering kali memberi saya nasihat dan pandangan yang membina untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan fitnah apabila menyandang gelaran ibu tunggal.

Bagi saya dia seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab terhadap keluarga dan sepanjang perhubungan saya dengan dia tidak pernah sekali pun dia memburukkan isterinya.

Isterinya memberi alasan tidak sanggup bermadu dan berkongsi kasih. Lagipun menurutnya, suaminya tidak mampu dari segi masa. Itu saja alasan yang diberikan. Isterinya juga mengakui, suaminya lelaki yang baik, tetapi dia tidak sekali-kali akan menerima saya.

Haruskah saya dan dia ke sempadan bagi membolehkan kami berkahwin? Tujuan kami berkahwin adalah untuk mengelakkan dosa kerana apabila keluar berdua pun memang ditegah Islam. Sampai bila kami harus hidup begini sedangkan ada cara yang boleh menghalalkan hubungan kami.

Bagaimana harus saya berterus terang kepada isterinya bahawa saya juga menyayangi dia. Tidak salah seandainya berkongsi kasih asalkan dia adil. Persoalannya haruskah saya mengundur diri demi isteri dan anaknya?

Saya sanggup menjadi isteri keduanya kerana dia orang yang kuat pegangan agamanya. Perkahwinan saya yang lalu berantakan kerana saya gagal membimbing suami saya untuk solat dan perkara yang disyariatkan agama.

Lagi pun bekas suami saya bukan seorang yang sabar menyebabkan dia terlepas cakap sehinggakan kami bercerai di luar mahkamah. Saya tawar hati untuk rujuk kerana sepanjang lima tahun perkahwinan kami selalu ada masalah hinggakan saya terpaksa membuat laporan polis di atas tindakannya memukul saya kerana sudah banyak kali bertukar perempuan.

Saya juga membuat aduan ke pejabat agama berdekatan untuk kerukunan rumah tangga, tetapi mungkin memang tidak ada jodoh saya lalu mahkamah mengesahkan talak jatuh kerana ketika suami saya berkata begitu diiringi niat untuk menceraikan saya.

Jadi, apabila saya berjumpa dengan kekasih kini, saya yakin dia boleh membimbing saya ke jalan yang baik, cuma mendapat tentangan daripada isterinya.

Apa yang saya harapkan adalah persetujuan isterinya kerana saya hanya mahu seorang lelaki beriman yang boleh saya menumpang kasih dan sayang. Walaupun ada lelaki lain yang ingin melamar saya, saya tidak mahu kerana latar belakang agama yang tidak ada. Saya mahu lelaki yang menurut syariat Islam.

Apakah caranya saya dan dia harus tangani masalah ini? Adakah perlu saya serahkan segala-galanya kepada Yang Esa? Saya masih muda (31) dan memang amat memerlukan seseorang yang bergelar suami untuk saya dampingi.

Bila umur sudah mencapai usia 30-an seperti saya memang susah untuk cari yang bujang. Boleh dikatakan semua yang saya kenali adalah hak orang, cuma saya mencari yang beriman. Mengapakah semua orang menentang poligami?”

Kisah Awin bukan kes terpinggir. Cerita wanita yang jatuh cinta dengan suami orang bagaikan lumrah dalam kehidupan kita, maklum saja orang kata cinta itu buta. Bukan saja ibu tunggal, anak dara muda meleleh pun boleh jatuh cinta dengan suami orang

Sukar juga untuk Cik Kuntum ulas kerana bimbang kena ke batang hidung sendiri kerana orang kata hidup ini roda, sekejap kita berada di atas, mana tahu satu hari nanti kita pula yang jatuh. Tetapi sejak dulu lagi, Cik Kuntum berpegang kepada prinsip jika kita tidak mahu terjadi kepada diri kita, jangan lakukan pada orang lain.

Awin, bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan suaminya berkahwin lain hanya kerana hendak mendapatkan ‘payung emas’ kelak. Awin sendiri berpisah dengan bekas suami gara-gara kecurangannya, selain dakwaan Awin dia selalu memukul Awin.

Bukankah apa yang Awin lakukan sekarang seolah-olah mengulangi perbuatan bekas suami dulu apabila ‘menggalakkan’ kekasih Awin curang kepada isterinya?

Awin juga bercadang untuk berkahwin di negara jiran hanya kerana hendak mengelakkan dosa, tetapi Awin ingatlah, kekasih Awin sudah berkahwin, dia mempunyai isteri yang sah dan Awin hanya sekadar ‘lauk tambah’ yang ada pun tak apa, tiada pun tidak menjadi masalah.

Jika Awin mencari pengisian agama, tidak perlu berkahwin lain. Berguru saja dengan ustazah dan cara ini adalah lebih afdal. Mengahwini lelaki lain yang sudah menjadi milik orang hanya untuk mendapatkan bimbingan membuktikan Awin seorang yang lemah, tidak boleh berdikari dan terlalu bergantung kepada orang lain.

Benar Awin masih muda, tetapi inilah masanya untuk Awin bangun, berdikari dan membesarkan anak dengan sebaiknya, bukan sibuk menagih cinta suami orang.

Mungkin Cik Kuntum salah, tetapi Awin sudah dewasa fikirlah jalan terbaik. Jika hari ini kekasih Awin boleh curang kepada isterinya, tidak mustahil satu hari kelak apabila sudah berkahwin dengan Awin, perkara sama boleh dilakukan terhadap Awin. Fikir-fikirkanlah….


No comments:

Post a Comment


Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah