Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Saturday, March 13, 2010

Tips Cinta Sejati - Lupakan Semua Jasamu



“Dulukan aku dah buat itu…aku dah buat ini…” “Aku kan pernah tolong….”

Manusia akan sentiasa ingat jasa yang dibuat. Mereka boleh ingat dari A sampai Z. Sebaliknya, mereka mudah sekali lupa jasa orang kepada mereka.

Banyak punca pergaduhan suami isteri, laki bini mahupun pakwe makwe hari ini, adalah disebabkan oleh ketidakpuas hatian yang timbul daripada ‘jasa diberi tidak dihargai’ dan ‘jasa diterima sudah dilupai’.

Sesiapa jua, pasti merasa jasa yang diberi wajar dihargai dan dibalasi. Tetapi mengapa jasa yang diterima dipandang enteng seoalah-olah tiada apa erti? Kenapa jasa orang selalu dilupai?

“Saya nak itu…saya nak ini….boleh tak beri saya itu…beri saya ini…” “Saya nak awak buat begitu dan begini….” “Saya suka kalau awak jadi macam ini…”

Ketahuilah… permintaan sebegini tiada penghujung henti. Minta itu dan ini mencari kepuasan diri… rupanya kepuasan yang dicari pasti tidak akan ditemui.

Sebaliknya… “Terima kasih banyak kerana buat begini…” “Saya sangat hargai jasa budi yang diberi…”“Saya terharu dan terhutang budi atas pertolongan yang dikau beri…”

Ketahuilah… Apabila jasa dan budi dihargai, kegembiraan dan cinta pasti dirasai. Apabila usaha pengorbanan jasa diingati tidak dilupai, kasih sayang pasti mekar berseri.

Oleh itu… Sentiasalah ingati dan kenangi jasa pasangan sendiri. Dan lupakanlah saja jasa sendiri yang pernah diberi.

(( Nasihat No1 )) Wahai pemburu cinta sejati …

Lupakanlah saja jasamu yang pernah diberi.Sebaliknya, sentiasalah ingati dan hargai jasa yang dikau kecapi.

No comments:

Post a Comment


Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah