Allahumma 'anta-ssalam wa minka-ssalam Tabarakta Rabana Ya Dhal Jalalil Wal-'ikram, Rabbana Taqabbal Minna Innaka 'Anta-ssami^ul ^alim, Wa Tub ^Alayna innaka'Antat-Tawaubur-Rahim, Rabana 'Atina fid-Dunya Hassanah, wa fil-'Akhirati Hasanah, wa Qina ^Adhaban-Nar, Rabana Hab lana min 'azwajina wa dhuriyatina qurrata A^yunin waj^alna lilmuttaqina Imama, Wa subhana rabika Rabul-^izzati ^amma yasifoon, wa salamun ^alalmursaleen, wal-Hamdulillahi Rabil-^alameen.
Allahumma inni 'abduka, ibnu 'abdika, ibnu amatika, naasiyati biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adhlun fiyya qadha'uka asaluka bi kulli ismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, aw an-zaltahu fi kitabika, aw'allamtahu ahadan min khalqika, awista'tharta bihi fi 'ilmil-ghaibi 'indaka, an taj'alal-Qur' ana Rabbi'a qalbi, wa nura sadri, wa jalaa'a huzni, wa dhahaba

Saturday, March 13, 2010

Tumbuhan Penawar Penyakit


Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan
tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda

ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
* Madu dapat menyegarkan tubuh
* Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
* Madu boleh mengeluarkan racun
* Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
* Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk
* Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.
* Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
* senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

* Penyakit kulit
* Terbakar
* Jerawat
* Gatal-gatal
* Luka
* Kanak-kanak lumpuh
* Kurap
* Sakit gigi
* Sakit mata
* Sakit jantung
* Selesema

BUAH TIN DAN ZAITUN

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini.

Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."

ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalm Syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:

* Penyakit Buasir
* Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
* Batuk yang berpanjangan
* Melawas kencing

RAHSIA BUAH ZAITUN

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:
"sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku."

Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : "Gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat."

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.

KHASIAT BUAH ZAITUN

Antara khasiat buah zaitun ialah:

* Membaik pulihkan perut
* Mengeluarkan cacing
* Menjadi penawar racun
* Minyaknya menghaluskan kulit
* Minyaknya melambatkan tumbuh uban
* Menghilangkan melecur kena api.

KURMA/TAMAR

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar, insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa. Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

HABBAH AS-SAUDA

Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya; Rasulullah SAW bersabda ; `Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala penyakit, kecuali maut.' Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitad "al-tibb",dalam himpunan hadis-hadis sahih.

Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah penyakit. Antaranya ialah:
* Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
* Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
* Mengeluarkan angin dalam perut
* Menambah ghairah seks
* Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
* Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu bagi para ibu

Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin, Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda.Islam menggalakkan umatnya menggunakan keempat*empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat manfaat dari penggunaannya.

MADU AMAZING
* Produk istimewa yang dikomposisikan dengan 9 ramuan semulajadi Madu Asli, Kismis, Buah Tin, Kurma Merah, Habbatus Sauda, Buah Zaitun, Dong Quai, Dang Shen, Ubi Jaga dan lain-lain herba terpilih yang diilhamkan daripada kitab-kitab perubatan tradisional mampu membina imunisasi badan dan membina kembali usus. Gabungan herba-herba terpilih di dalamnya boleh diambil oleh yang menghidapi masalah gastrik, luka dalam perut dan pembedahan, asma, kelesuan dan batu karang untuk yang bermasalah.

Cara Pengambilan :
Amalkan meminum madu amazing 2 sudu sebelah pagi, 2 sudu sebelah malam. Gunakan sudu PLASTIK, Jangan diletak dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment


Taubat sebelum terlambat.

Taubat sebelum terlambat.

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Kami redha permergianmu...wahai khalifah kecil

Asma Allah